Friday, December 31, 2010

Universiti Teknologi MARA


Universiti Teknologi MARA atau nama manjanya UiTM adalah merupakan salah sebuah universiti awam di Malaysia.Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selain kampus utamanya di Shah Alam, Selangor, UiTM mempunyai 3 buah kampus satelit, 12 kampus cawangan dan 6 kampus bandar. Boleh dikatakan UiTM mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan. Kampus-kampus tersebut adalah :-

Kampus Satelit
  1. Kampus UiTM Seksyen 17 (INTEC), Shah Alam, Selangor
  2. Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
  3. Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
  4. Kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam, Selangor (dalam pembinaan)
  5. Kampus UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor (hospital pengajar untuk Fakulti Perubatan UiTM)
Kampus Cawangan (Branch Campus)
  1. Kampus UiTM Arau, Perlis
  2. Kampus UiTM Sungai Petani, Kedah
  3. Kampus UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  4. Kampus UiTM Sri Iskandar, Perak
  5. Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  6. Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka
  7. Kampus UiTM Segamat, Johor
  8. Kampus UiTM Jengka, Pahang
  9. Kampus UiTM Dungun, Terengganu
  10. Kampus UiTM Machang, Kelantan
  11. Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  12. Kampus UiTM Samarahan, Sarawak
Kampus Bandar
  1. Kampus UiTM Mukah, Sarawak
  2. Kampus UiTM Tawau, Sabah
  3. Kampus UiTM Johor Bahru, Johor
  4. Kampus UiTM Raub, Pahang
  5. Kampus UiTM Kuantan, Pahang
  6. Kampus UiTM Alor Setar, Kedah
  7. Kampus UiTM Kota Bharu, Kelantan
  8. Kampus UiTM Bandaraya Melaka, Melaka


berikut pula adalah senarai fakulti-fakulti yang terdapat di UiTM.

Kluster Sains & Teknologi
  • Fakulti Sains Gunaan (AS)
  • Fakulti Sains Matematik & Komputer (CS)
  • Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (SR)
  • Fakulti Seni Bina, Perancangan & Ukur (AP)

Kluster Sains Perubatan
  • Fakulti Farmasi (PH)
  • Fakulti Pergigian (DS)
  • Fakulti Perubatan (MD)
  • Fakulti Sains Kesihatan (HS)
Kluster Kejuruteraan
  • Fakulti Kejuruteraan Awam (EC)
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik (EE)
  • Fakulti Kejuruteraan Kimia (EH)
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (EM)
Kluster Sains Sosial & Kemanusian
  • Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (MC)
  • Fakulti Muzik (MU)
  • Fakulti Pendidikan (ED)
  • Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (AM)
  • Fakulti Seni Rekaan (AD)
  • Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (CT)
  • Fakulti Undang-Undang (LW)
Kluster Ekonomi & Pengurusan
  • Fakulti Perhotelan & Pengurusan Pelancongan (HM)
  • Fakulti Pengurusan Maklumat (IS)
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan (BM)
  • Fakulti Pengurusan Pejabat & Teknologi (OM)
  • Fakulti Perakaunan (AC)
Pusat Pengajian & Penyelidikan
  • Akademi Pengajian Bahasa (APB)
  • Pusat Antarabangsa UiTM (INTEC)
  • Pusat Kefahaman & Pemikiran Islam (CITU)
     

UiTM Di Hatiku

Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup,budaya bangsa,agama,negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna
Ku yang melangkah di sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa
Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM...USAHA,TAQWA,MULIA
Komposer & Lirik: Osman Mohamed


Wawasan Setia Warga UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita...jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita...jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita...berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya
Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk Negaraku.

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin