Saturday, May 11, 2013

Laknatullah Mustafa Kamal

BIODATA



Mustafa Kemal Ataturk  diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan perkatan Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik. Laknatullah Mustafa Kamal ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).Laknatullah Mustafa Kamal dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan kerajaan dinasti Uthmaniyyah.

Ada yang berpendapat Laknatullah Mustafa Kamal ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada Laknatullah Mustafa Kamal. Sejak Laknatullah Mustafa Kamal kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

Ketika Laknatullah Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, Laknatullah Mustafa Kamal memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian Laknatullah Mustafa Kamal menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), Laknatullah Mustafa Kamal memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya,Laknatullah Mustafa Kamal telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Keburukan Laknatullah Mustafa Kamal semakin terserlah apabila Laknatullah Mustafa Kamal tidak berminat dengan didikan agama dan  sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula Laknatullah Mustafa Kamal cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Disini bermulanya usaha Laknatullah Mustafa Kamal dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Laknatullah Mustafa Kamal telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Laknatullah Mustafa Kamal telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi benteng umat islam diseluruh dunia ketika itu dimana telah  digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan  si laknatullah Mustafa Kemal Ataturk

khalifah dinasti Utmaniyah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Laknatullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.  

IDEOLOGI TERKUTUK MUSTAFA LAKNATULLAH

1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.
2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.
4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.
6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
 7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.
10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.
11. Islam diserang secara terbuka.
12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.
13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja.
14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.
15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.
16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.
17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.
18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun.
KEMATIAAN YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada Laknatullah Mustafa Kamal  sehingga Laknatullah Mustafa Kamal rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi
Laknatullah Mustafa Kamal juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, Laknatullah Mustafa Kamal meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan Laknatullah Mustafa Kamal di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan Laknatullah Mustafa Kamal akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, Laknatullah Mustafa Kamal pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu Laknatullah Mustafa Kamal sedar tetapi telah hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, sekali lagi Laknatullah Mustafa Kamal pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad Laknatullah Mustafa Kamal. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasad Laknatullah Mustafa Kamal diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut. menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
 rujukan : http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/mustafa-kamal-ataturk-kematian-yang-menyeksakan/