Monday, November 29, 2010

6 ROJEK MEGA MALAYSIA YANG MENDAPAT PERHATIAN DUNIA

1. Menara Berkembar Petronas


Terletak di Kuala Lumpur, Malaysia ianya ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur.
Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan. Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur. Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia. Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan.


Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat. Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.
Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas dan sebilangan anak syarikat dan syarikat sekutunya, manakala ruang pejabat di Menara Dua pula disewakan ke syarikat-syarikat lain. Antara syarikat-syarikat yang mendirikan pejabat dalam Menara Dua termasuk Accenture, Al Jazeera English, Carigali Hess, Bloomberg, Boeing, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, TCS, HCL Technologies, Krawler Networks, Microsoft, The Agency (syarikat peragaan) dan Reuters.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur


ianya merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).
Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara. KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.

3. Empangan Bakun



Empangan Bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik yang sedang dalam pembinaan merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia akan dibina. Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.
Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30% dari janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina Selatan.
Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Rancangan ini disebut-sebut di mesyurat negara ASEAN, tetapi tiada tindakan susulan lagi.

Spesifikasi Empangan Bakun
  • Tinggi 205 m dari tapak ke puncak. Panjang 750 m dari hujung ke hujung. Isipadu 16.71 juta meter padu.
  • Aras puncak ialah 235 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 232 m. Aras operasi adalah 228m maksima dan 195 m minima.
  • Takungan : luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
  • Rumah janakuasa di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi.
  • 8 set janakuasa merangkumi 8 turbin jenis Francis dengan bersaiz 300 MW sebuah, 8 janakuasa bersaiz 360 MVA sebuah dan 8 pembolehubah bersaiz 360 MVA sebuah.
Fakta menarik
  1. Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis CFRD yang tertinggi didunia dengan tinggi 205m.
  2. Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).
  3. Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.
  4. Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.

4. Cyberjaya 


Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.
Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan pada bulan Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pemaju utama Cyberjaya.Cyberjaya merupakan hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir.
Ekonomi
Cyberjaya merupakan satu daripada bandar siber MSC Malaysia yang diharap dapat memacu negara Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara syarikat multinasional yang beroperasi di Cyberjaya adalah BMW, HSBC, DHL, Shell, Nokia, Ericsson dan Motorola.
Pendidikan

Cyberjaya menempatkan beberapa institusi pendidikan, antaranya:
• Universiti Multimedia
• Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
• Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya
• Sekolah Seri Puteri yang merupakan sekolah berasrama penuh elit perempuan


5.Putrajaya 


Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS - syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).
Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ia seakan-akan Washington, D.C. di Amerika Syarikat, Canberra di Australia, dan Brasilia di Brazil.

6.Terowong SMART

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau di dalam bahasa Inggerisnya: "Stormwater Management and Road Tunnel" (SMART) adalah suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, dan merupakan satu projek kebangsaan di negara . Apabila siap nanti, ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Panjang terowong tersebut sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.
Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).
Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007dan kadar tol sebanyak RM2.00 dikenakan mulai 14 Jun 2007.


PHOBIA

disini disenaraikan jenis-jenis fobia yang popular didunia. Terdapat pelbagai jenis lagi fobia tetapi saya hanya menyenaraikan seberapa sahaja:-



Wednesday, November 10, 2010

Cinta kepada Rasulullah


Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah .
Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Sebegitulah juga sepatutnya rindu kita kepada Nabi Muhammad.
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata,
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak 
Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.


.

10 0RANG TERKAYA DI DUNIA.

1. Carlos Slim Helu, $60.6 billion
 Dilahirkan pada Januari 28, 1940 di Mexico. Helu tinggal di Mexico dan pemilik syarikat paling besar di Amerika Latin iaitu America Movil, syarikat telekomunikasi telefon. Dia juga memiliki beberapa syarikat lain seperti New York Times.

2. Bill Gates, $53 billion
 Nama sebenar dia ialah William Henry "Bill" Gates III dan lahir pada Oktober 28, 1955 di Seattle, Washington,Walaupun kekayaannya meningkat, tetapi dia telah jatuh ke tangga ke-2. Seperti yang kita tahu syarikatnya ialah Microsoft iaitu syarikat pengeluar OS paling laris di dunia.

3. Warren Buffett, $47 billion
 Dia telah dilahirkan pada 30 Ogos 1930 di USA. Dia adalah seorang pelabur yang berani dan kebanyakan hartanya adalah hasil daripada pelaburan ke atas syarikat-syarikat lain.

4. Mukesh Ambani, $29 billion
 Berasal dari India dan dilahirkan pada 19 april 1957. Mukesh Ambani adalah pemilik syarikat Reliance Industries Limited iaitu syarikat penghasil minyak dan gas bersaskan petroleum. Kekayaannya membolehkan dia membina rumah 27 tingkat lengkap dengan lif, heli-pad, spa dan kolam renang yang kesemuanya beharga RM280juta.

5. Lakshmi Mittal, $28.7 billion

Lakshmi Mittal adalah pemilik syarikat Acelor Mittal iaitu syarikat pembekal dan pembuat besi terbesar di dunia dari India. Syarikat mula diusahakan oleh ayahnya dan telah mula dikembangkan olehnya pada tahun 70an. Dia telah lahir pada 15 Jun 1950.

6. Lawrence Ellison, $28 billion
 Lawrence Ellison adalah pengasas syarikat Oracle iaitu syarikat pembekal software dan database. Semenjak 5 tahun lepas, dia telah membeli lebih dari 50 syarikat pencipta gadget dan software lain di seluruh dunia. Lawrence dahulunya ialah seorang pelajar yang nakal dan pernah dibuang kolej(yang nie jangan tiru!).

7. Bernard Arnault, $27.5 billion
Dilahirkan pada 5 Mac 1945 di Perancis. Dia adalah pemilik kepada syarikat fesyen popular dunia iaitu LVMH dan antara anak syarikatnya ialah ialah Louis Vuitton, Moet & Chandon,Dior dan Fendi.

8. Eike Batista, $27 billion
Berasal dari Brazil dan lahir pada 3 November 1957. Dia memiliki syarikat perlombongan minyak bernama Vele. Pada tahun lepas, dia berkedudukan di tangga ke-61 tetapi pada tahun ini melonjak ke tempat ke-8

9. Amancio Ortega, $25 billion
Dilahirkan pada 28 Mac 1936 di Sepanyol. Dia adalah pemilik keada syarikat Inditex iaitu syarikat pereka fesyan dan antara anak syarikatnya ialah ZARA. Outlet syarikatnya terdapat di 73 buah negara termasuk Malaysia.

10. Karl Albrecht, $23.5 billion
Dilahirkan pada 20 Februari 1920 di Jerman. Dia adalah pemilik kepada pusat beli-belah ALDI. Outletnya banyak terdapat di serata Eropah.

BERSIH

Dengan perasan marah yang membara, Puan Nina masuk ke bilik Guru Besar.

"Saya ingin tahu," katanya dengan kasar,
"Mengapa anak saya, Murni, diberi markah kosong untuk ujian bahasa?!"

"bawa bertenang, puan," kata Guru Besar.
"Biar saya panggil guru bahasanya... tentu dia ada alasan sendiri."

Beberapa minit kemudian datanglah guru yang dimaksud.

"Mengapa awak berikan markah kosong untuk ujian bahasa kepada Murni?" tanya puan Nina.

"Tidak ada pilihan lain," kata guru itu.
"Ia menghantar kertas putih, tak satu pun yang ditulisnya."

"Itu bukan alasan," potong puan Nina dengan kasarnya.
"Sekurang-kurangnya bagilah 10 markah untuk kebersihannya itu." .........................

Monday, November 8, 2010

10 MASJID TERBESAR DI DUNIA.

1. Masjidil Haram



Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram adalah masjid paling suci bagi umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah, Arab Saudi. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat. Masjid Al-Haram dibina di atas tanah berkeluasan 88.2 ekar. Ianya boleh memuatkan sehingga 4juta orang jemaah pada satu-satu masa.

2. Masjid An-Nabawi.



Seringkali juga dipanggil masjid Nabi dan ianya terletak di Madinah, Arab Saudi. Di dalam masjid ini terdapatnya makam Nabi Muhammad S.A.W. Masjid ini mula dibina oleh rasulullah dan sehingga hari ini selepas beberapa penguahsuaian, 1juta orang boleh berjemaah didalam masjid yang berhawa dingin ini.

3. Masjid Imam Reza, Iran.


Masjid ini mempunyai perpustakaan, muzium, dewan seminar, dewan makan, universiti, kawasan perkuburan dan ruang solat yang besar. Dibina di Mashhad, Iran dan ianya mampu menampung sehingga 700,000 orang jemaah.

4.Masjid Istiqlal, Indonesia.


Masjid ini adalah masjid yang terbesar di asia dan maksud Istiqlal(arab) ialah kemerdekaan. Masjid ini dibina di Jakarta, indonesia dan mula digunakan pada tahun 1978. Masjid ini boleh dipenuhi dangan 120,000 orang jemaah.

5. Masjid Hassan ke-2, Maghribi.



Masjid ini dibina di Casablanca dan ianya terletak berhadapan dengan laut atlantik dan separuh daripada asas masjid ini adalah di dalam air. Masjid ini mempunyai menara masjid paling tinggi di dunia dengan ketinggian 210m. Ianya boleh memuatkan sehingga 105,000 jemaah.

6. Masjid Raja Faisal, Pakistan.


Masjid ini dibina di Islamabad dan ia adalah masjid terbesar di Pakistan. Masjid ini dinamakan sedemikian untuk memperingati Allahyarham Raja Faisal iaitu bekas raja arab saudi yang membiayai pembinaan masjid ini. Masjid ini mampu untuk mengisi 74,000 orang di ruang sembahyangnya tetapi sekiranya dibuka sehingga ke lamannya, 100,000 orang mampu memenuhinya.

7. Masjid Badshahi, Pakistan.


Masjid Badshahi ini bermaksud Masjid Raja. Ianya dibina di Lahore. Masjid ini telah dibina pada 1671 dan telah didaftarkan dalam UNESCO sebagai warisan dunia. Masjid ini mampu menampung sehingga 95,000 orang jemaah.

8. Masjid Jama, India.



Masjid ini terletak di Delhi dan ianya mula dibina pada tahun 1656 oleh Shah Jahan slepas dia membna Taj Mahal.Jama diambil dari nama Jumaat. Masjid ini mampu menampung sehingga 85,000 orang jemaah.

9. Masjid Sheikh Zayed, Arab Emiriah.



Masjid ini adalah masjid yang sangat cantik kerana keseluruhan masjid ini adalah marmar. Nama masjid ini adalah sempena presiden pertama UAE. Masjid ini boleh menampug sehingga 40,000 orang jemaah.

Baitul Mukarram, Bangladesh.


Ini adalah sebuah masjid yang terletak di Dhaka. Masjid ini menggunakan Kaabah sebagai inspirasi menjadikan ia unik dan mampu memuatkan sehingga 40,000 orang jemaah.

10 kereta terpantas di dunia....

1. Bugatti Veyron Super Sport


Walaupun sudah tersenarai sebagai kereta ke-2 termahal di dunia, ianya tetap memenangi pertandingan untuk kereta terpantas didunia. Dengan harga mencecah RM10juta. Kereta ini mempunyai kelajuan maksima 430 km/j. Sebelum ini, versi standard kereta ini mampu mencapai 420km/j.

2.Hennessey Venom GT


 Dengan menggunakan rangka dan badan daripada lotus elise, kesemua komponen dalam kereta ini telah ditukar oleh syarikat Hennessey termasuklah enjinnya. Enjin lotus yang berkapasiti 1.8L 4 silinder 200bhp telah ditukar dengan enjin baru yang berkapasiti 6.2L V8 daripada GMC dan ianya menghasilkan kuasa kuda setinggi 1200bhp. Kelajuan maksima kereta ini ialah 428 km/j.

3.Koenigsegg Agera


Pengeluar kereta dari sweeden ini mungkin anda tidak pernah tahu tetapi ianya popular di amerika dan eropah. mempunyai enjin V8 5.0L buatan tangan dan mempunyai kuasa kuda setinggi 910bhp mampu membawa kereta ini ke kelajuan 416km/j.

4. Koenigsegg CCX-R



 Kereta ini adalah keluaran edisi khas dan hanya lima sahaja dikeluarkan. Mempunyai enjin 4.7L V8 buatan tangan. Enjinnya dibuat daripada aluminium aloi dan luaran kereta ini adalah Gentian karbon (carbon fibre) yang hanya dicat dengan warna jernih. Kelajuan maksima kereta ini adalah 414km/j.

5. SSC Ultimate Aero


 Kereta keluaran USA ini mempunyai enjin 6.4L V8 dan mempunyai kuasa kuda setinggi 1287bhp. Harga kereta ini ialah RM2.4juta dan kelajuan maksima kereta ini ialah 410km/j.

6. Hennessey Viper Venom 1000 Twin Turbo


Kereta ini adalah kereta ubah suai daripada Dodge Viper V10. Enjin kereta ini telah ditala daripada 700bhp kepada 2360bhp. Itu adalah sebuah peningkatan yang amat banyak dan kebanyakkan bahagian kereta ini ditukar seperti spoiler, skirting, suspension, brek, rim, tayar, dan lain-lain lagi. Kelajuan maksima kereta ini ialah 408km/j.

 

7. Saleen S7 Twin Turbo

 Kereta ini adalah keluaran daripada negara USA juga. Dengan menggunakan enjin V8 7.0L dan mempunyai 1000bhp. Harga kereta ini ialah RM2.36 juta. Kelajuan maksima kereta ini ialah 399km/j.

8. Porsche Carrera GT

Kereta buatan Jerman ini menggunakan enjin 5.7L V10 yang menghasilkan kuasa kuda setinggi 600bhp. Kebanyakkan bahan yang digunakan untuk membuat kereta ini ialah karbon dan karbida(carbide). Kelajuan maksima kereta ini ialah 392km/j.


9. McLaren F1

Kereta kelaran Britain ini menggunakan enjin V12 daripada BMW dengan kapasiti 6.0L dan kuasa kuda setinggi 620bhp. Kereta ini adalah kereta pertama menggunakan gentian karbon sepenuhnya untuk rangka dan badan. Kelajuan maksima kereta ini ialah 389km/j.

10. koenigsegg CC8

Sekali lagi koenigsegg masuk dalam senarai dan untuk kereta ini, ia masih menggunakan enjin konfigurasi V8 tetapi dengan hanya 4.7L.sahaja. Walaubagaimanapun, ianya mempunyai kuasa kuda setinggi 660bhp dan mampu menarik kereta ini sehigga ke kelajuan 387km/j.