Monday, December 31, 2012

PUASA


PUASA WAJIB

Puasa yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika ditinggalkan mendapat dosa.Puasa-puasa tersebut ialah:



  • Puasa Ramadan 
puasa yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam pada bulan Ramadan, jika cukup syarat-syaratnya.

  • Puasa nazar
Puasa yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang telah berjanji kerana sebab-sebab tertentu. Contohnya seorang pelajar yang berjanji untuk berpuasa sekiranya ibunya sembuh daripada penyakit. Dia wajib berpuasa setelah ibunya sembuh.


  • Puasa kifarah
puasa untuk membayar denda kerana sesuatu kesalahan seperti bersetubuh pada waktu siang bulan Ramadan, dan mereka yang bernazar tetapi tidak melaksanakannya.


  • Puasa Qada 
Puasa ganti bagi puasa-puasa yang tertinggal pada bulan Ramadan kerana sebab-sebab yang diharuskan syara.


PUASA SUNAT

puasa yang boleh dilakukan pada sepanjang tahun pada hari tertentu dengan syarat tertentu


  • Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
  • Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
  • Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
  • Puasa pada 9 haribulan Muharram.
  • Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
  • Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  • Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
  • Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
  • Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah 

 
HARAM BERPUASA

Waktu haram puasa adalah waktu di mana umat Islam dilarang berpuasa. Hikmahnya adalah ketika semua orang bergembira, seseorang itu perlu turut bersama merayakannya.

  • Hari Syak 
hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban)

  • Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha 
hari pertama pada hari raya tersebut iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.


  • Hari-hari tasyrik 
11, 12 dan 13 Zulhijjah. Pada tiga hari itu umat Islam masih dalam suasana perayaan hari Raya Idul Adha sehingga masih diharamkan untuk berpuasa. Namun sebagian pendapat mengatakan bahwa hukumnya makruh, bukan haram. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  • Hari Haid dan Nifas.
hari di mana seorang wanita uzur mengeluarkan darah


  • separuh akhir bulan Sya'ban
di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)


  • Puasa sehari saja pada hari Jumaat
Puasa ini haram hukumnya bila tanpa didahului dengan hari sebelum atau sesudahnya. Kecuali ada kaitannya dengan puasa sunat lainnya seperti puasa sunah nabi Daud, iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak. Maka bila jatuh hari Jumaat giliran untuk puasa, boleh berpuasa.



  • Puasa sunat bagi wanita tanpa izin suaminya
Seorang isteri bila akan mengerjakan puasa sunnah, maka harus meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya. Bila mendapatkan izin, maka boleh lah dia berpuasa. Sedangkan bila tidak diizinkan tetapi tetap puasa, maka puasanya haram secara syar‘i.