Saturday, February 25, 2017

CERITA LAWAK.......yang agak kelakar :/

Budak : Auntie! Ada gula tak?

Auntie : Ada, dekat sana tu. (sambil menunjuk tempat).

Budak : Tak ada pun, garam ada lah.

Auntie : Ada lah. Ni dia. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis “Garam”).

Budak : Auntie! Saya nak gula bukan garam!

Auntie : Gula lah ni. Auntie saja je tulis “Garam” supaya semut tak datang..

_________________________________________________________

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal dunia pada setiap hari jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.Kejadian ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut. Apabila tiba hari jumaat berikutnya, beberapa doktor bersiap-sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Pada ketika itu seorang pesakit lelaki yang masih muda sedang tidur. 

Masa terus berlalu. Para doktor sabar menunggu. Tiba-tiba kelihatan pintu bilik ICU itu dibuka orang. Kemudian masuklah Mak cik Minah. Mak Cik Minah adalah seorang pekerja pencuci sambilan yang hanya bertugas pada setiap hari jumaat..

Wanita itu masuk dan mendekati katil keramat tersebut. DIA TERUS MENCABUT SOKET ELEKTRIK UNTUK ALAT BANTUAN PERNAFASAN BAGI MENGHIDUPKAN VACUUM CLEANERNYA..

________________________________________________________________

Cikgu "Kenapa saya masih dengar suara suara orang bercakap semasa saya mengajar?"  


Abu "Apa la cikgu ni, mesti la sebab cikgu ada telinga"”
________________________________________________________________

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, “Anak nak ke mana?”. Si mamat menjawab ringkas, “KL”

Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi “Ehm… bolehlah.” Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” 

Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, “Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”

Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta.

________________________________________________________________

Cikgu: Ali, kamu nak mengajar ke?

Ali: Boleh juga.

Cikgu: Ok, saya nak tengok mcm mana kamu mengajar.


Ali: Ok kelas, awak semua boleh balik.
________________________________________________________________

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah kubur."

________________________________________________________________

Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. 

Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, 

‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…”

________________________________________________________________

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, 

lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja................lalu bertanyalah kawannya itu.

Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.

Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

________________________________________________________________

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata “Syukurlah, semuanya sudah berlalu.”

“Jangan terlalu yakin,” kata Akhbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. “Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perut aku, dan aku kene menjalani pembedahan sekali lagi!”

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, “Minggu lepas, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perut aku.”

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berckp “Ada sesiapa yang nampak handphone saya?”

________________________________________________________________

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..

________________________________________________________________

ME : Mkn lobak tu. Baik utk mata.

KWN : Mana kau tahu lobak baik utk mata ? 

ME : Pernah tak kau tengok arnab pakai cermin mata 


KWN :*Insaf


________________________________________________________________

LAMBORGHINI

Kisah bermula di sebuah provinsi (negeri) dalam Itali bernama Emilia-Romagna dimana disitu pasangan Lamborghini mengusahakan ladang anggur mereka bersama-sama anak mereka Ferruccio Lamborghini. Ferruccio lahir dalam zodiak taurus (jap g aku cite kenapa benda ni penting). Lahir pada tahun 1916, Ferruccio lahir di ambang perang dunia pertama. dengan cita-cita yang amat tinggi, Ferrucio mempunyai satu dilema samada kekal dalam perusahaan anggur keluarganya atau mengejar cita2nya untuk meghasilkan jentera-jentera dan membaiki mesin.





Pilihan yang jelas telah dibuat kerana cinta yang amat mendalam kepada jentera dan mesin, Ferruccio buka bengkel sendiri di dalam garaj milik bapanya pada tahun 1935. Tetapi semua cerita tak selalu bermula indah kerana pada tahun 1940, Ferruccio telah dikerah menjadi askar sukarelawan akibat perang dunia ke-2 dan telah diserap masuk ke dalam angkatan tentera udara Itali. Disitu dia telah dilantik menjadi askar mekanik utk membaiki lori dan trak askar di mana dia mengumpul banyak penglaman. Tetapi pada tahun 1943 Itali telah menyerah kalah kerpada German-Nazi dan sebagai balasan kepada Feruccio yg sedia berkhidmat kepada askar German, dia dibenarkan membuka bengkelnya sendiri. 


Pada tahun 1946, Ferruccio telah dibenarkan kembali ke kampung halamanya. Dia mendapat untung yang sangat besar kerana 'kabel' dia yang besar semasa berada dalam askar, Ferruccio telah mendapat tender untuk membeli kebanyakan trak dan lori bekas milik askar itali dimana semuanya mahu dinyahlupuskan selepas perang tamat. Dengan kemahirannya dalam bidang mekanik beserta bantuan 3 orang pekerja barunya, semua enjin dari trak dan lori yang dibeli drpd askar Itali telah diubahsuai untuk beroperasi menggunakan diesel di mana sebelum ini ianya menggunakan petrol. 



Akhirnya pada 1948, dengan syarikat Lamborghini Trattori telah mengeluarkan produk pertama Lamborghini iaitu traktor model L33 yang digunakan diladang2 diseluruh Itali. Pada tahun 1951, hasil daripadan berkembangnya penjualan traktor Lamborghini, Ferruccio telah membeli tanah seluas 1000x1000 kaki persegi utk membuat kilangnya yang baru dengan jumlah pengeluaran mencecah sehingga 33 traktor/sehari. 



Hasil kekayan daripada menjual traktor, Ferruccio Lamborghini telah mejadi taikun traktor di Itali, dan dengan kekayaan itu dia banyak membeli kereta2 sport seperti Maserati, Alfa Romeo, Mercedes SL300, Jaguar dan yang paling bnyak dikumpulnya adalah Ferrari.  Ferruccio Lamborghini, gemar Ferrari tetapi mendapati kereta itu sangat bising untuk kegunaan biasa. Lamborghini menghadapi masalah dengan penyelenggaraan Ferrari, dimana klac kereta selalu rosak. Akibat rasa tidak puas hati, Ferruccio telah menulis surat terbuka kepada Enzo ferrari, (pengasas Ferrari) untuk memberitahu apa yang sepatutnya Ferrari lakukan utk mengatasi masalah bising dan klac tersebut. Enzo Ferrari membalas surat tersebut dengan menjawab.......


  "Masalahnya bukan dengan kereta, ia adalah kerana pemandunya. Kamu adalah pembina traktor sahaja, biarlah saya yang membina kereta sport "


Lamborghini terasa begitu terhina dia berikrar untuk membina kereta yang sempurna, menyebabkan Ferruccio mengeluarkan  GT350 dengan enjin V12 pada 1964. Kereta itu dibuat di kilang Lamborghini yang baru di Sant' Agata dengan nama syarikat yang baru juga iaitu Automobili Lamborghini. 
En. Lamborghini telah memilih lambang Lembu/kerbau kerana seperti yang aku cakap tadi dia berzodiak Taurus dan Lamborghini juga amat meminati pelawanan laga Lembu dari Sepanyol. Selepas itu, Lamborghini banyak mengeluarkan kereta sport seperti pada tahun 1966 adalah 400GT dan Miura P400, 1968 kereta Espada dan IsleroGT. nama2 lain adalah seperti Countach, Uracco, dan Jarama.

Pada 1970-an berlaku bnyak masalah kepada syarikat Lamborghini. harga stok dunia menurun, OAPEC pula telah menghadkan penjualan minyak dan menaikkan harga. Lamborghini Trattori jugak menerima kesan apabila pesanan sebanyak 5000 traktor kepada Bolivia telah dibatalkan kerana berlaku pemberontakan askar. 

Untuk menyelamatkan Lamborghini, 51% saham syarikat telah dijual kepada pembida luar. selepas itu berlaku pula mogok perkerja oleh Kesatuan Pekerja di itali akhirnya mengakibatkan Lamborghini Trattori telah dijual terus kepada syarikat lain. pada 1974 akhirnya Ferruccio Lamborghini terpaksa mengalah dan menjual baki 49% saham syarikatnya.

Lamborghini telah di beli dan di jual sebanyak 4 kali sehinggalah pada tahun 1998 syarikat gergasi kereta dari Jerman iaitu Volkswagen A.G telah membeli syarikat Lamborghini. Akhirnya Lamborghini kembali dalam kelab elit penjual kereta sport mahal. Lamborghini Gallardo ( Ga-Yar-Doh) dan Lamborghini Murciélago (mu-chi-ar-lar-goh) adalah percubaan pertama VW pada tahun 2001 dan 2003 dan ianya adalah jualan Lamborghini yang paling memberansangkan bagi syarikat kereta sport dimana Gallardo telah terjual sebanyak 14,022 unit manakala Lamborghini Murciélago terjual sebanyak 4099 unit sepanjang 10 tahun tempoh pengeluaran tersebut.


Ferruccio Lamborghini telah mati pada 20 Februari tahun 1993. walaubagaimanapun legasinya dan kemegahab nama kekal hingga hari ini. Fakta tambahan... kebanyakan nama model kereta lamborghini adalah bersempena dengan nama2 Lembu yang menang dalam pertandingan matador, contoh nama2 model lamborghini adalah:
  • Lamborghini Murcielago
  • Lamborghini Aventador
  • Lamborghini Gallardo
  • Lamborghini Countach
  • Lamborghini Espada
  • Lamborghini Diablo
  • Lamborghini Veneno
  • Lamborghini Alar
  • Lamborghini Jarama
  • Lamborghini Islero
  • Lamborghini Urraco
  • Lamborghini Jalpa
  • Lamborghini Estoque
  • Lamborghini Reventón
  • Lamborghini Miura

Thursday, February 23, 2017

Sultan Muhammad Al-Fateh

Jika disebut Sultan Muhammad Al-Fateh pasti sekalian mengaitkan beliau dengan kota Konstantinopel atau dikenali sebagai Istanbul ketika ini. Beliau pastinya dikagumi oleh semua orang tidak kira bangsa atau agama. Tetapi sebagai ummat Islam,yang mempunyai ramai panglima hebat dikalangannya kita mesti nak tahu lebih lagi kan...

Latar Belakang

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 30 Mac 1432M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Merupakan Sultan yang ketujuh daripada kerajaan Uthmaniyah. Beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang tenang, pendiam, sabar, berani, tegas dan sangat cintakan ilmu. Beliau juga merupakan seorang yang sangat tawwaduk sehingga para ulama serta para pemimpin begara ikut serta dalam membina Benteng Bereli Hassan apabila melihat beliau sama-sama membuka serban dan bajunya untuk mengangkat batu dan pasir.

Kehebatan beliau terserlah dengan menguasai pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang antaranya seperti ketenteraan, sains, kejuruteraan, falsafah dan matematik. Beliau juga menguasai enam bahasa yang berbeza iaitu Arab, Latin, Greeek, Serbia, Turki dan Parsi. Hal ini menunjukkan betapa penguasaan otak kiri perlu sama hebat dengan penggunaan otak kanan agar segala jenis ilmu dapat dikuasai dengan baik dan  bukan hanya tertumpu kepada satu-satu bidang sahaja.

Pendidikan
Bapanya Sultan Murad telah menjadikan Al-Quran sebagai asas utama dalam mendidik Sultan Muhammad Al-Fateh. Hal ini kerana untuk menjadi seorang yang hebat mestilah bermula dengan hafazan Al-Quran. Penjanaan intergriti seseorang terhasil dengan konsep dosa dan pahala yang diterangkan dalam Al-Quran yang mana menjadi asas kepada syariat sunnahtullah. Betapa perlunya Al-Quran itu dijadikan asas dalam hidup kita manakala Usuluddin bertindak sebagai akar, Syariah sebagai batang dan akhlak sebagai daun serta buah.

Mempunyai guru yang hebat juga mempunyai pengaruh yang besar dalam usaha melahirkan panglima sehebat Sultan Al-Fateh. Oleh itu bapanya memastikan Sultan Al-Fateh mendapat ajaran daripada kalangan tenaga pengajar yang terbaik pada ketika itu seperti Al-Syeikh Muhammad daripada Al-Azhar. Sultan Murad juga tidak berkompromi dalam mendidik Sultan Al-Fateh dengan membenarkan penggunaan rotan digunakan dalam teknik pembelajaran bagi menghasilkan disiplin yang mantap. Seseorang raja yang hebat mestilah juga mempunyai wawasan yang tinggi agar masa tidak terbuang terhadap perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.

Oleh itu semenjak kecil lagi ibunya,Huma Hatun telah bertindak dengan membawa Sultan Al-Fateh ke atas bukit berdekatan dengan Kota Konstantinopel semenjak umur beliau 4 tahun bagi menanam wawasan yang jelas dalam diri beliau bahawa suatu hari nanti beliau akan mampu menguasai Kota Konstantinopel dan ini menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai seorang yang mempunyai matlamat yang jelas untuk dikecapi.

Menakluki Kota Konstantinopel


Beliau memulakan misi penaklukan Kota Konstantinopel pada umur 21 tahun, dua tahun selepas dilantik menjadi sultan oleh bapanya. Walaupun sebelum beliau terdapat 12 kali percubaan telah dilakukan dalam merobohkan Empayar Byzantine dan antara pemimpin-pemimpin yang berkobar-kobar untuk merealisasikan ramalan Rasulullah SAW adalah seperti Yazid bin Muawiyah yang telah melakukan tiga kali percubaan, Harun Ar-Rashid yang mengejutkan kerajaan Rom dengan kehebatan beliau, serta Muawiyah bin Abi Suffian.

Abu Ayyub Al-Ansari RA yang merupakan antara sahabat Rasulullah juga tidak ketinggalan dalam melakukan percubaan menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 86 tahun. Beliau merupakan salah seorang sahabat Nabi yang tidak pernah ketinggalan untuk menyertai peperangan menentang orang kafir dan merupakan pemegang panji tentera Islam. Selama 5 tahun beliau mengepung Kota Konstantinopel yang mana usahanya menyumbang kepada pengecilan empayar tersebut daripada saiz XL menjadi saiz S ketika era Sultan Muhammad Al-Fateh.

Pada tanggal 29 Mei 1453 Kota Konstantinopel akhirnya berjaya ditawan oleh kerajaan Islam dan nama Konstantinopel telah ditukarkan menjadi Istanbul (Islam keseluruhannya). Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah melumurkan pasir ke mukanya selepas melakukan sujud syukur di atas pembukaan kota tersebut dan pembukaan ini juga telah menyebabkan beliau digelar sebagai Al-Fateh yang membawa maksud pembukaan.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.



Beliau kemudian menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Itali, Hungari, dan Jerman. 

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sebaik-baik Raja,Sebaik-baik Tentera

Gereja Saint Sophie juga telah ditukar menjadi masjid Hayyat Sofia dan semasa ingin melakukan solat Jumaat pertama,timbul persoalan siapakah yang harus menjadi imam. Lantas beliau memilih dengan menanyakan soalan kepada tenteranya;

“Sesiapa yang di antara kamu semua yang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali,silakan duduk!’’

Namun tiada seorang pun dalam kalangan tentera beliau yang duduk kerana tidak pernah meninggalkan solat fardhu walau hanya sekali semenjak dari kecil. Kemudian beliau menanyakan lagi kepada para tenteranya,

“Sesiapakah yang antara kamu pernah meninggalkan solat rawatib walau sekali,silakan duduk!’’

Sebahagian daripada tentera beliau kemudiannya duduk.Manakala soalan yang terakhir yang diajukan oleh beliau;

“Sesiapakah yang antara kamu pernah meninggalkan solat sunat tahajud walau sekali,silakan duduk!’’

Semua ahli tentera beliau akhirnya duduk dan hanya Sultan Muhammad Al-Fateh sahajalah yang tinggal seorang sahaja berdiri. Hal ini membenarkan ramalan Rasulullah SAW,bahawa sebaik-baik raja hanyalah benar-benar layak disandang oleh beliau.



“…Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera..’’

Hadith di atas pastinya merupakan hadith masyhur yang tidak asing lagi dikalangan kita dan ia merupakan antara mukjizat Rasulullah SAW ketika dalam persediaan menghadapi perang Khandak. Mukjizat itu diterima ketika mana Rasulullah sedang menggali parit bersama para sahabat dan terdapat batu besar yang menjadi penghalang penggalian ketika itu. Batu itu kemudiannya dipecahkan dengan tiga kali pukulan yang disertai dengan percikan yang mana antara tiga percikan itu, Rasulullah S.A.W mendapat 3 bayangan dan antaranya ialah kota Konstantinopel akan dibuka oleh tentera Islam. 

Dan ramalan ini telah dirakamkan setelah 825 tahun kota Konstantinopel berada dalam tangan orang kafir pada tarikh serangan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh dilakukan dan tempat berlaku yang bertempat kira-kira 5000km jauhnya daripada kota Madinah.

Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa


-Fatin Inani binti Mohd Noh-

Wednesday, February 22, 2017

fakta menarik orang kidal (dominan tangan kiri lahhh...duhh)

Menurut statistik dari sebuah populasi, lebih ramai lelaki kidal berbanding wanita.

Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

Jumlah orang kidal di dunia sekitar 5%-15% dari jumlah penduduk dunia.

Jika kedua ibu bapa adalah kidal, 50% berkemungkinan mereka akan mendapat keturunan kidal. Manakala jika kedua ibu bapa tidak kidal, kemungkinan pada 2% saja.

Orang kidal dapat stimulasi rangsangan lebih baik sehingga kebanyakan orang

Presiden Barrack Obama, Bill Clinton dan George Bush Sr. semuanya kidal, begitu juga dengan Gerald Ford, Harry Truman dan James Garfield..... sekitar 14peratus daripada semua presiden Amerika Syarikat.

4 dari 5 orang pereka yg menggunakan komputer Mac dilaporkan kidal.

Orang kidal dikatakan lebih pada bersukan,dan berfikiran lebih cepat.

13 ogos adalah Hari perayaan bagi orang Kidal di UK

Orang tangan kidal lebih kreatif dan dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah

orang kidal cenderung utk mengunyah makanan di sebelah kiri, sedangkan orang-orang bertangan kanan akan mengunyah di sebelah kanan

memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

Orang-orang kidal umurnya lebih pendek 3 - 9 tahun daripada yang bertangan kanan. Lebih dari 2.500 orang kidal terbunuh setiap tahun akibat menggunakan peralatan seharian yang direka untuk orang yang dominan tangan kanan

Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal

Orang kidal lebih cepat marah. Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka

Orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

sebuah survey yang dijalanakan ke atas lebih dari 2000 orang kidal menunjukkan bahwa majoriti dari orang kidal handal dlm bidang seni dan muzik

Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal

kira-kira 30% dari orang kidal lebih banyak menggunakan otak kanan mereka. Sebagai hasilnya, orang kidal memiliki risiko yang lebih tinggi terkena schizophrenia, dyslexia atau ADHD.

Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir sebagai kidal.

Albert Einstein dan Isaac NewtonBill Gates, Oprah Winfrey, paul McCartney, Angelina Jolie, Valentino Rossi, Marilyn Monroe, Presiden AS Obama, Kurt Cobain, Zacky Vengeance, Dominic Howard, Noel Gallagher (member Oasis) , dan Ringo Starr, adalah contoh selebriti kidal

Lelaki kidal kebiasaannya 26% lebih kaya dari lelaki bukan kidal.

btw... aku tak kidal

ADNAN


Pertempuran Bukit Chandu
Pada 14 Februari tahun 1942,telah berlakunya Pertempuran Bukit Chandu semasa Perang Dunia Kedua di Permatang Pasir Panjang,Singapura.Pertempuran Bukit Chandu merupakan lanjutan kepada pertempuran Pasir Panjang,yang berlaku sehari sebelumnya.Bukit Chandu merupakan garisan pertahanan terakhir Tanah Melayu dari serangan Jepun ketika itu.43 askar dibawah kepimpinan Leftenan Adnan bertarung nyawa mempertahankan benteng terakhir di Bukit Chandu.Namun Rejimen Askar Melayu pada ketika itu tewas juga dan Leftenant Adnan dibunuh oleh Jepun.

Daripada bergaduh pasal Valentine, baik kita menjadikan 14 Februari sebagai hari peringatan kepada wira bangsa yang bernama Leftenan Adnan bin Saidi. Pada tarikh keramat ini, 75 tahun yang lalu (14 Februari 1942), Leftenan Adnan yang berusia 27 tahun gugur dalam pertempuran melawan askar Jepun di Bukit Candu, Singapura yang merupakan benteng pertahanan terakhir Tanah Melayu.

Di USA ada Martin Luther King Day, di Filipina ada Hari Jose Rizal, di Indonesia ada Hari Kartini, kita pun patut mewujudkan Hari Leftenan Adnan. Mungkin ada yang rasa tak perlu sebab dah ada Hari Pahlawan. Namun Leftenan Adnan mempunyai nilai peringatan diri tersendiri. Beliau adalah lambang perwiraan atau “heroism”.

Leftenan Adnan adalah Leonidas kita. Leonidas bersama 300 pahlawan Sparta melawan 10,000 tentera Parsi, Leftenan Adnan dengan 42 anggota Platun 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu pula menghadapi 13,000 askar Jepun dari Divisyen ke-18 pimpinan Mutaguchi Renya.

Ketika itu, isteri Leftenan Adnan, Sophia sedang mengandungkan anak ketiga Leftenan Adnan dan menunggu kepulangan suaminya. Mungkin, mungkin Leftenan Adnan dapat pulang ke rumahnya jika menyerah kalah. Namun Leftenan Adnan memilih untuk tidak menyerah diri tetapi bertahan sehingga titisan darah terakhir. Beliau sedar beliau sedang membawa nama Rejimen Askar MELAYU. Beliau tidak boleh membiarkan nama Askar Melayu tercalar kerana kebahagiaan peribadi. Tak boleh!

Platun 7
Berbekalkan sumpah “biar putih tulang, jangan putih mata”, Platun 7 sempat membunuh 800 askar Jepun sebelum mereka tewas sepenuhnya dan gugur kesemuanya (hanya seorang yang hidup). Askar Jepun menikam mayat mereka bertubi-tubi menggunakan bayonet untuk melepaskan geram. Tak pernah mereka dimalukan sebegini. Tak pernah mereka menjumpai musuh yang begitu tinggi kehendak untuk melawan. 

Pengorbanan Platun 7 adalah sebuah tragedi, namun pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah epik yang mengabadikan keberanian Askar Melayu yang menjadi inspirasi sepanjang zaman. Di Bukit Candu, anak Melayu menjulang nama mereka sebagai pahlawan yang gagah dan bermaruah. British gagal mempertahankan Tanah Melayu sepertimana anak-anak tanah air ini mempertahankannya, kerana dalam hati mereka tiada rasa cinta terhadapnya.

Nama Leftenan Adnan selalu disebut-sebut apabila tiba pertengahan bulan Februari bilamana kita mengingati dan menghayati semangat juang Almarhum dan kalangan anggota dan pegawai pasukan tentera dalam Rejimen Askar Melayu dalam menentang kemaraan Jepun.

ACV-300
Di masa kini, nama beliau diabadikan oleh Angkatan Tentera Malaysia, amnya oleh Tentera Darat dan khasnya oleh Kor Armor Diraja pada kenderaan tempur mereka. Sesuai dengan tugas kenderaan tempur ACV-300 ini yang merupakan mata tombak tempur yang membolosi garisan pertahanan musuh bagi menghantar tentera infanteri di medan perang, ia dinamakan Adnan kerana sifatnya yang pemberani dan pantang mengaku kalah serta sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

ACV-300, sejenis kenderaan tempur berunut yang mempunyai salasilah asal buatan yang datang dari negara Turki. Turki menempah dan kini mengoperasikan hampir 2249 unit ACV-15 dalam pelbagai varian dan konfigurasi persenjataan, diikuti Emiriah Arab Bersatu dengan sejumlah 136 unit pelbagai varian.

Dibangunkan oleh firma FNSS Savunma Sistemleri A.S, dengan varian asal sebagai ACV-15 untuk kegunaan angkatan tentera darat Turki, ACV 300 yang merupakan varian khusus untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia yang dibina bersama firma FNSS dan DEFTECH adalah kenderaan tempur amfibia yang digunakan untuk membawa infanteri ke medan tempur. Ia dilengkapi persenjataan turet meriam 25mm Sharpshooter, atau pelancar grenad Mk.19 dan turet mesingan M2 Browning bagi varian kenderaan tempur infanteri, kenderaan pelancar mortar 81mm dan 120mm serta varian pemburu armor dengan pelancar peluru berpandu anti kereta kebal Baktar Shikan buatan Pakistan.

Sebanyak 211 unit ACV-300 Adnan ditempah dan dibina di Pekan, Pahang oleh Deftech dengan kerjasama firma FNSS dengan 9 varian yang berbeza bagi memenuhi keperluan Briged Infanteri Mekanise Tentera Darat yang terdiri dari 2 battalion dari 12 Rejimen Askar Melayu Diraja dan 7 Rejimen Renjer Diraja.

Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.
Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi2 tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun. Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Walau diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun. Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh. Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.

48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi2 silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.

Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu;

"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."

Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir. Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.

Terima kasih di atas semua pengorbananmu. Terima kasih juga kepada semua saudara2 kami yang sama gugur dan berkorban demi kami. Leka kami adalah dosa yang selalu kami abaikan. Segunung jasad terkujur, segunung nyawa melayang, segunung jiwa2 anak kecil, dan ibu2 menjadi balu demi anda semua terus mendaulatkan tanah bertuah ini.

"Tanah keramat tiada galang ganti.
Biar bercerai bijih dari besi.
Melebur reput terurai memakan diri,
Sampai bilapun tanah ini takkan pernah ada ganti.
Biar putih tulang, dibunuh celik, dan mati berdiri,
Tanah keramat ini, putih mata sekalipun, tiada galang ganti."

MENGAPA KOREA TIDAK BERSATU

Pembahagian Korea adalah tragedi yang masih menghantui bangsa Korea. Orang Korea adalah satu bangsa, satu negara, satu bahasa sejak 1,000 tahun yang lalu lagi, bermula dengan pemerintahan dinasti Goryeo/Koryo (918-1392) dan kemudian Joseon/Choson (1392-1910), sebelum dijajah oleh Jepun pada tahun 1910.


Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, Soviet Russia dan USA masing-masing ingin menguasai Semenanjung Korea yang begitu strategik dari segi geopolitik. Pada tahun 1948, Soviet melantik proksi yang bernama Kim Il-Sung untuk memerintah utara Korea dan mendirikan “Democratic People’s Republic of Korea” (DPRK), USA pula melantik proksi yang bernama Syngman Rhee untuk memerintah “Republic of Korea” (ROK) di selatan. Maka terbentuklah dua Korea. DPRK berideologi komunis. ROK berideologi kapitalis.

Pada tahun 1950, DPRK menyerang ROK (ada yang kata ROK menyerang dahulu) maka tercetuslah Perang Korea selama 3 tahun. Setelah 2,500,000 nyawa anak Korea dikorbankan semata-mata untuk memuaskan nafsu kuasa Komunis dan Kapitalis, DPRK dan ROK bersetuju untuk gencatan senjata dan menjadikan selarian ke-38 utara (Parallel 38 North) sebagai garis sempadan dan DMZ (Demilitarized Zone) dibentuk sebagai zon penampan.

Bangsa Jerman pun pernah ditimpa nasib yang sama apabila ia dibahagikan kepada Jerman Barat di bawah kuasa USA/NATO dan Jerman Timur di bawah kuasa Soviet. Cuma bangsa Jerman lebih bernasib baik kerana orang Jerman tidak bunuh-membunuh sesama sendiri. Perang Korea meninggalkan trauma psikologi yang cukup besar ke atas bangsa Korea: abang berperang dengan adik, suami berpisah dengan isteri. Nak tahu betapa tragisnya perang saudara ini, boleh tonton filem “Taegukgi” (2004).

Mengapa Jerman dapat bersatu kembali pada tahun 1990, Korea masih berpisah?
Punca utama ialah sikap rejim DPRK. Pada tahun 1998, ROK memperkenalkan “Sunshine Policy” untuk berbaik-baik dengan DPRK. ROK memberi bantuan ekonomi kepadanya. Kedua-dua Korea menjunjung bendera yang sama pada Olimpik 2000 dan 2004. Namun Sunshine Policy berakhir apabila Kim Jong-il melancarkan peluru berpandu pada tahun 2006. Motif perbuatan Kim Jong-il masih menjadi misteri, kemungkinan besar ia adalah untuk “blackmail” USA. Hubungan dua Korea semakin tegang selepas tahun 2010 apabila DPRK menenggelamkan kapal tentera laut ROK bernama Cheon-an dan mengebom Pulau Yeongpyeong di Korea Selatan.

Kedua ialah peranan kuasa-kuasa besar di sekeliling dua Korea: Jepun, China, Russia, USA. Bangsa Korea bernasib malang kerana ditakdirkan menjadi tersepit di kalangan mereka. Disebabkan keadaan Korea yang berpecah lebih menguntungkan mereka, maka mereka mahu melambat-lambatkan proses penyatuan semula Korea.
Jepun tidak mahu Korea bersatu kembali kerana Korea yang bersatu akan menjadi pesaing yang hebat kepada Jepun. Jepun juga risau Korea yang bersatu akan bergabung dengan China, menjadi ancaman kepadanya.

USA tidak mahu Korea bersatu kembali kerana hubungan pakatan dengan ROK membolehkannya menempatkan tenteranya di Semenanjung Korea, posisi yang paling hampir dengan China. Kalau DPRK tidak wujud lagi, apa alasan tentera USA nak duduk di situ lagi?
China tidak mahu Korea bersatu kembali kerana ia bimbang Korea yang bersatu akan condong kepada US. Keadaan sekarang adalah lebih baik di mana DPRK menjadi penyangga (“buffer”) antaranya dan USA.

Russia tidak mahu Korea bersatu kembali kerana ia khuatiri akan wujudnya gabungan China dan Korea yang bersatu. Gabungan ini akan menyekat pengaruh Russia di sebelah timur Siberia.
Orang Korea pun sedar negara-negara jiran yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka, dan tanggapan “jiran jahat” ini telah membentuk psikologi bangsa Korea yang unik iaitu “uri” (kekitaan) dan “han” (dendam).

“Uri” (우리) adalah perasaan cinta, keakraban dan kepercayaan sesama orang Korea. Disebabkan pengalaman sejarah yang pahit, orang Korea ini tidak akan sesekali percaya dengan orang asing, tidak kira betapa baik pun orang asing itu. Dan sebaliknya pun juga, orang Korea boleh menerima orang Korea, tidak kira betapa jahatnya. Sebab itu, tidak kira betapa agresifnya rejim DPRK, majoriti orang ROK masih bersimpati dengan DPRK dan melihat USA sebagai pihak yang bersalah.

“Han” (한 ; 恨) adalah perasaan dendam yang terpendam. Dendam kerana orang Korea merasa dirinya telah dizalimi oleh kuasa-kuasa besar di sekeliling (terutamanya Jepun); pendam kerana orang Korea sedar diri mereka itu lemah dan tidak mampu untuk membalas dendam di peringkat geopolitik. Jadi, orang Korea menyalurkan perasaan dendam ke perkara-perkara lain: ekonomi, pendidikan, teknologi, seni, sukan. Dalam bidang-bidang ini, mereka sentiasa menjadikan Jepun sebagai “musuh” untuk diatasi dan dikalahkan.

Kehidupan orang Korea adalah sebuah tragedi, tragedi ini berpunca daripada keadaan geopolitik mereka. Bilakah tragedi ini akan berakhir?
NOTA: Orang Korea jarang memanggil negara mereka sebagai Korea (berasal dari cara orang Eropah menyebut “Goryeo/Koryo”). Orang ROK menamakan negara mereka “Hanguk/Hankuk” (ringkasan Daehan Minguk yang bermaksud Republik Korea) manakala DPRK masih mengguna nama “Joseon/Choson” (nama penuh DPRK dalam Bahasa Korea ialah Joseon Minjujuui Inmin Gonghwaguk).

Bacaan terbaik tentang sejarah dan geopolitik Korea:
Bruce Cummings, Korea’s Place in the Sun (2005)
Don Oberdofer, The Two Koreas (2013)

https://www.facebook.com/thepatriots2020/posts/598545640339465:0

MENGENANG JASA MOHAMED BIN HAMZAH - Pencipta Jalur Gemilang


24 tahun sudah Allahyarham Mohamed bin Hamzah meninggalkan kita. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, sebelum usianya genap 75 tahun, di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Siapakah beliau?

Beliau adalah pencipta Bendera Malaysia (juga dikenali sebagai “Jalur Gemilang” sejak 1997). Beliau adalah orang yang usahanya dinafikan oleh mereka yang kata “Bendera Malaysia meniru bendera Amerika Syarikat”. Beliau adalah orang yang dihina oleh mereka yang kata “Jalur Gemilang bendera penjajah”. Mereka kata hanya bendera “Sang Saka Merah Putih” sahajalah bendera Nusantara yang sebenarnya.

Semasa hayat beliau, Allahyarham tidak menerima sebarang pengiktirafan. Allahyarham sendiri merahsiakan identiti beliau sebagai pencipta bendera bangsa. Hanya selepas 12 tahun pemergian beliau, baru beliau diiktiraf sebagai pencipta Jalur Gemilang oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2005, hasil daripada tinjauan yang dibuat oleh Harian Metro dan Arkib Negara.

Ketika Allahyarham berusia 29 tahun, Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu menganjurkan pertandingan merekacipta bendera bagi Tanah Melayu yang bakal merdeka. Allahyarham yang merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor telah menyertai pertandingan tersebut. 373 karyawan telah menyertai pertandingan tersebut dan rekabentuk yang dikemukakan oleh Allahyarham menjadi salah satu daripada 3 rekabentuk yang terpilih untuk penilaian terakhir.

Undian dibuka kepada umum dan hasil undian yang disiarkan oleh The Malay Mail pada 29 November 1949 menunjukkan 42% telah memilih rekabentuk Allahyarham yang menampakkan pengaruh bendera Johor, negeri asal beliau. Kemudian ia diperakui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950. Siapa kata ia “bendera penjajah”?

Jalur Gemilang tidak menciplak bendera Amerika Syarikat. Bendera Amerika Syarikat yang direka oleh Betsy Rose adalah diilhamkan oleh bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company - EIC) yang menjajah Amerika Utara sebelum 1776. Bendera EIC pula diambil daripada umbul-umbul Kerajaan Majapahit bernama “Getih-Getah Samudera” yang mempunyai 9 jalur merah putih, selepas kapal EIC belayar ke Kepulauan Melayu pada abad ke-17. Siapa meniru siapa?

Kedua-dua Getih-Getah Samudera (jalur merah dan putih) dan Sang Dwaja/Pataka (merah dan putih) adalah variasi panji-panji kebesaran Kerajaan Majapahit. Jadi, kedua-dua Jalur Gemilang dan Sang Saka adalah warisan Nusantara. Malah, bendera jalur merah putih masih dikibarkan oleh Tentera Laut Indonesia dan dinamakan sebagai “Ular-Ular Perang”. Kaki geopolitik macam saya memang melihat Getih-Getah Samudera lebih padan dengan jati diri kita sebagai bangsa pelaut/maritim.

Sayang sekali, Allahyarham tidak lagi bersama kita. Kita tidak dapat tahu apakah motif Allahyarham memilih corak Getih-Getah Samudera. Yang dapat saya lihat, Allahyarham telah berusaha untuk menggabungkan warisan identiti agama (bulan bintang Uthmaniyyah) dan warisan bangsa (jalur merah putih Majapahit) dalam representasi yang begitu moden dan dinamik (betapa indahnya corak jalur melambai ketika dibelai angin). Malang sekali, kalau Allahyarham masih hidup, pasti hati beliau teriris dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Sudah sampai masa kita berikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada Allahyarham. Hormatilah insan mulia yang telah memberikan kita Jalur Gemilang yang menjadi inspirasi kita tak kira waktu gembira, suka atau duka. Simbol yang menyatupadukan kita semua. Lambang yang menjadi kebanggaan setiap anak Malaysia.

Terima kasih Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tenanglah engkau di sana.

“Puncak dunia telah kau tawan,

Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa Merdeka,
Semangat jaya kami warganya”





Ayman Rashdan Wong -

LEBUHRAYA KARAK

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.Terdapat pelbagai kisah misteri dan seram mengenai lebuhraya ini yang dikatakan berhantu.. Berikut disenaraikan 9 kejadian misteri mengenai lebuhraya karak.

1. FRU BERTEMBUNG
Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.


2. TIDUR DI GENTING SEMPAH

Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berhenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.


3.VOLKSWAGWEN KUNING

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga, dia akan potong kemaluan kamu.
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud). Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z, dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang (Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….


4. KERETA MISTERI

Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara menimbulkan pelbagai misteri.Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta bernama Wong Kam Wai. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga hari ini polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta tersebut.  “Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi. Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan. Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!


5. KERETA ANTIK

Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik, semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah (petronas). Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!


6. KISAH KONDUKTOR BAS

Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..


7. RASHID MAIDEN


Pernah juga terbaca, beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Yang didakwa kononnya bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang.. 



8. KISAH MANAGER MC DONALD GENTING SEMPAH

mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa. Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.


9. HANTU MAKAN ORANG

Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!