Tuesday, October 19, 2010

20 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA


Rasa jatuh cinta sukar digambarkan dengan kata-kata dan ia amat indah di sulami perasaan warna-warni percintaan.

1. Sukar melelapkan mata kerana wajahnya terbayang2 di ruang mata....

2. Sentiasa berdebar dan dengupan jantung sentiasa berdenyut kencang apabila bertembung dengannya.

3. Ambil tahu iaitu kamu semakin berminat mengetahui tentang latar belakang dirinya. tekun mendengar setiap citer tentang dirinya.

4. Resah gelisah kerana hatimu sering dirundung kegelisahan bila si dia tidak kelihatan..

5. Dihinggapi perasan cemburu  bila melihat si dia mesra dengan orang lain.ikutkan hati biar si dia berbual dengan kamu sahaja.

6. Hobi terbaru,TERMENUNG oleh kerana fikiranmu melayang terbayangkan wajah pujaan mu itu.

7. Dating dan ada saja alasan untukmu bertemu dengannya. Hujung minggu pula habis dengan keluar dating sahaja.

8. Rindu yang teramat sangat pada si dia.

9. Bergayut d telefon sehinggakan sehari tak dengar suaranya bikin kamu sakit kepala.

10. Berubah cita rasa iaitu kamu lebih gemar menghayati lagu-lagu cintan ...



11. Memberi hadiah dan kalau dah suka tu sebuah banglo pun kamu sanggup nak beri.

12. Awal ke tempat kerja/kuliah/sekolah kerana kamu bersemangat untuk melangkah ke hari-hari baru mu....semuanya kerana si dia!

13. Lebih rajin dan prestasi kamu semakin meningkat,kreatif dan berfikiran positif

14.Menjaga penampilan penampilan mu seiring dengan arus fesyen masa kini.Tapi tidak bermakna kamu perlu seksi.Dari rambut hinggah kuku kakimu cantik mempesonakan!

15. Bersikap defensif, maknanya kamu melakukan pembelaan dan pantang diusik kamu pantas membela si dia!

16. Merajuk - kamu terlalu mudah merajuk...yelah, nak minta dimemujuknya.

17. Mudah salah sangka iaitu kamu mudah berasa hampa jika kemahuan mu tidak di turuti, ataupun selalu simpan perasaan yang si dia tidak menyayangi mu walhal dia memang sayang sangat.

18. Sentiasa kata YA pada semua pendapatnya dan kamu sentiasa akur dengan permintaan dan pendapatnya walaupun kamu agak tidak berapa setuju.

19. Sanggup berkorban untuk si, kamu sanggup renangi lautan luas.menuruni lurah dan paling penting sanggup berkorban demi si dia, nak terjun klcc pun sanggup kot!

20. Jadi orang lain iaitu kamu selalu menjadi pelakon bila berhadapan dengannya, yelah nak tunjuk diri tu perfect di depan si dia.

No comments:

Post a Comment