Thursday, October 21, 2010

Pak Kaduk-Barah Otak

Suatu hari, Pak kaduk mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor. Selepas diperiksa, doktor ada beberapa perkara untuk diberitahu kepada Pak Kaduk.....

 Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Kaduk nie..tapi saya mesti beritahu Pak Kaduk bahawa Pak Kaduk telah menghidap Barah Otak. 

Pak Kaduk: Yaaaaaahoooooo!!! 

Doktor: Pak Kaduk fahamkan maksud saya? 

 Pak Kaduk: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Kaduk: Sebelum ini isteri saya Mak Kaduk selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

No comments:

Post a Comment