Wednesday, December 19, 2012

MELATAH- tabiat, buat-buat, penyakit?

anda semua mesti pernah kan cucuk2 orang-orang yang melatah kan. mesti seronok melihat aksi lawak jenaka spontan meraka kerana ianya amat kelakar. tapi tahukan anda apakah sebenarnya melatah tue?? 

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, latah boleh didefinisikan sebagai sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang yang kebiasaannya perempuan tidak sedar apa yang dilakukannya. Selain itu, mereka suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari. Latah ini juga boleh berlaku apabila seseorang terperanjat lalu mengeluarkan perkataan atau melakukan perbuatan dengan tidak sengaja.

1.Latah juga di kenali dalam bidang perubatan sebagai "A nervous disorder characterized by an exaggerated physical response to being startled or to unexpected suggestion."

2. didefinisikan sebagai satu fenomena tingkah laku dikaitkan dengan kaum tertentu di Asia Tenggara khususnya kaum Melayu. tapi ada juga yang cakap orang eskimo pon melatah jugak. tp tak tahu la pulak betul ke tidak.  Budaya lain juga mencatatkan tentang latah.  ada yang di kenali sebagai Jumping Frenchmen of Maine, wanita di Ainu Jepun (imu), Siberia (miryachit), Filipino dan Thai;

3. fenomena tersebut dianggap pelik atau seperti satu jenis penyakit.  Namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan berulangan.kadang2, orang yan kuat mencucuk orang yang melatah ni pon, satu hari die akan terikot.(macam aku,hahahaha)

4.  Menurut Pakar Perunding Psikiatri Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman,  fenomena melatah ini dari segi statistiknya melibatkan 80 hingga 90 peratus daripadanya adalah golongan wanita yang telah agak berumur. Katanya, dari segi aspek psikologi, orang melatah ini sebenarnya ada ciri personaliti tertentu iaitu neurotik. tabiat melatah dikaitkan dengan faktor genetik turun-temurun dalam keluarga kerana wujudnya unsur 'berjangkit'. Mungkin bukan daripada ibu atau bapa yang melatah tetapi pakcik atau makcik yang melatah juga dapat 'dijangkitkan' kepada anak saudara mahupun cucu mereka.

5. mereka yang tergolong dalam perlakuan ini dianggap mempunyai personaliti yang celaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah semangat (easily hyperstartle response) termasuk apabila melihat berita yang menggerunkan serta mudah mendapat serangan panik (panic attack)

6.Ahli keluarga terdedah kepada tingkah laku melatah sekiranya mereka berdepan dengan masalah psikologi. Ia juga boleh dikaitkan dengan aspek keturunan dan persekitaran yang mendorong kepada berlakunya keresahan, kesedihan dan kecenderungan mewarisi personaliti cepat gemuruh.

7.Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

8. Ketika melatah, individu ini seolah-olah terpisah dari alam sekeliling, tidak sedar apa yang berlaku yang membentuk keadaan trance state (di bawah sedar). Pada ketika ini tahap kesedarannya amat rendah bagaikan bermimpi, ralit atau seolah-olah dipukau seperti yang berlaku pada pengangkat kavadi ketika Thaipusam, pemain wayang kulit, penari kuda kepang dan sebagainya

9.  individu yang melatah boleh menggunakan cara hipnosis untuk menyelami keadaan di bawah sedarnya yang menyebabkan punca-punca berlakunya latah. Minda manusia terdiri daripada pemikiran sedar (12 peratus) dan pemikiran di bawah sedar (88 peratus). Justeru kaedah hipnosis ini akan mencungkil kisah lalu pengalaman di bawah sedarnya yang mempengaruhi tabiat melatahnya

10. sebaiknya lepas melatah tu cepat-cepatlah istighfar dan mengucap ingat Allah. paling utama, ingatkan kepada kaki usik orang melatah, jangan lah cucuk2 orang yang melatah tu.

11.Jenis-jenis Latah
  • Ekolalia: mengulangi perkataan orang lain 
  • Ekopraksia: meniru gerakan orang lain
  • Koprolalia: mengucapkan kata-kata yang dianggap tabu / kotor 
  • Automatic obedience: melaksanakan perintah secara spontan pada saat terkejut
12. Tiada sebarang ubat untuk merawat tabiat melatah, namun ia boleh dikawal menerusi sesi kaunseling psikoterapi bagi mengesan perkara-perkara yang boleh menjadi pencetus kepada tabiat melatah. Lebih-lebih lagi jika ianya mempunyai hubungkait dengan aspek kognitif dan tingkah laku si pelatah.



No comments:

Post a Comment