Tuesday, May 30, 2017

Fakta Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Ada tujuh emiriah yang membentuk Emiriah Arab bersatu, iaitu Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm Al-Quain, Ras Al Khaimah, dan Fujeriah. Jadilah nama negaranya Emiriah Arab bersatu.

Istilah Dubai mungkin diambil dari istilah Daba, yang ertinya bergerak pelan-pelan, yang menunjukkan proses Anak Sungai Dubai yang mengalir pelan-pelan di daerah pedalaman. Ada lagi versi menurut penyair Ahmad Mohammad Obaid, yang mengatakan bahwa istilah Dubai berasal dari istilah Daba, yang menunjukkan sekawanan belalang.

Kadar jenayah di Dubai adalah sangat rendah sehingga ianya hampir kepada 0%. Sehingga tahun 2016, kadar jenayah yang berjaya dibanteras dan diselesaikan adalah pada 99.1%. Sikap tegas mereka terhadap penjenayah dan hukuman berat yang dikenakan adalah di antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka ini.

Di hotel Abu Dhabi’s Emirates Palace, sebuah mesin ATM yang mengeluarkan jongkong emas dipasang di lobi hotel mewah itu. Terdapat 320 item yang boleh dipilih pada mesin ATM tersebut dari jongkong emas, hinggalah kepada syiling emas yang disesuaikan mengikut citarasa pelanggan.

Menara Burj Khalifa adalah menara yang tertinggi di dunia, pusat beli-belah Dubai Mall adalah pusat beli-belah terbesar di dunia, hotel JW Marriot Marquis adalah bangunan hotel tertinggi di dunia, dan Marina Dubai adalah marina buatan manusia kedua terbesar di dunia.

Kematian akibat kemalangan jalan raya kerap dilaporkan di sini dengan purata satu kes kematian setiap 26 jam.

Dubai menempati ranking ketiga sebagai kota dengan banyak bangunan pencakar langit.

Pasukan polis menggunakan kenderaan-kenderaan mewah seperti Bentley, Lamborghini dan Ferrari dan Antara sebab pasukan polis bandar ini menggunakan kenderaan-kenderaan mewah ini ialah ianya memudahkan pihak polis untuk mengejar dan menangkap penjenayah di sini. Selain itu, pasukan polis Dubai juga memerlukan kenderaan-kenderaan seperti ini untuk menangkap para pemandu yang memandu pada kelajuan yang merbahaya. 

pihak kerajaan Dubai telah menawarkan insentif menarik bagi mendorong penduduk-penduduk negara itu untuk mengurangkan berat badan masing-masing. Bagi setiap kilogram berat badan yang berjaya diturunkan, seseorang itu akan dibayar dengan 2 gram emas.

Pulau Palm dan The World, di Dubai, adalah pulau buatan manusia terbesar di dunia. Pulau ini panjangnya hampir 500 km garis pantai. Pulau ini menghabiskan 94 juta meterpadu pasir.

Burj Al Arab Dubai adalah salah satu dari hotel paling mewah dan menawan di dunia. Inilah hotel ketiga tertinggi  di dunia. Burj Al Arab menggunakan emas untuk melindungi 46,265 lukisan dan 1790 meter persegi dari 24 karat helain emas untuk menghiasi dalaman Burj Al Arab. Lobi hotel ini lebih tinggi dariada patung Liberty.

Longgokan kereta mewah yang ditinggalkan ini adalah disebabkan ramai ekspatriat yang tergesa-gesa cuba keluar dari UAE. Setelah krisis kewangan global ada tahun 2008, banyak kereta mewah ditinggal begitu saja di banyak tempat di Dubai dan bandar

Emirates Airline yang beribu pejabat di Dubai adalah penerbangan keempat terbesar  di dunia dalam hal pembawa penumpang antarabangsa dan yang terbesar di Timur Tengah 

Stesen bas mereka dilengkapi penghawa dingin. Daripada 2700 stesen bas, 636 dilengkapi penghawa dingin.

Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dabi adalah salah satu dari masjid terbesar di dunia yang mempunyai chandelier ketiga terbesar di dunia. Masjid ini mampu menampung 40,000 orang jemaah.

Sebagai simbol kemewahan status sosial, ramai jutawan di sini yang sanggup menghabiskan jutaan ringgit (atau riyal, atau dollar dll.) untuk Nombor pendaftaran kenderaan. Malah, nombor plat kenderaan termahal di dunia dijual di sini pada harga RM63.3 juta mempunyai satu atau dua digit padanya.

Di Emiriah Arab tidak ada sungai. Sebagian besar airnya adalah air masin. Sumber utama air minum di Abu Dabi dari hasil penyulingan air laut.

Dubai Miracle garden (kebun Ajaib Dubai) adalah kebun taman bunga terbesar di dunia yang luasnya mencapai 72.000 meter per segi dan mempunyai lebih dari 45 juta bunga.

Rangkaian emas terpanjang di dunia ada di Dubai. Jumlah berat emas tersebut ialah 22 kg dan panjangnya mencapai 4.2 km. Semua emas tersebut kemudian dibeli oleh 9600 orang dalam bentuk gelang dan rantai.

No comments:

Post a Comment