Friday, September 22, 2017

•• Borneo ••

Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Pulau ini dikongsi oleh tiga negara: Brunei, Malaysia (Malaysia Timur) dan Indonesia (Kalimantan) Sebelum Perang Dunia II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina. Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Pulau ini terletak di sebelah utara Pulau Jawa dan di sebelah barat Pulau Sulawesi. Terbagi menjadi wilayah Brunei, Indonesia dan Malaysia. Dahulu nama pulau terbesar ketiga di dunia ini adalah Warunadwipa yang artinya Pulau Dewa Laut. Seringkali pulau ini secara keseluruhan disebut Borneo sedangkan wilayah Indonesia disebut Kalimantan, lalu wilayah Malaysia disebut Sarawak dan Sabah. Selain itu ada pula kesultanan Brunei. Pada zaman dahulu, Borneo adalah nama yang dipakai oleh kolonial Inggeris dan Belanda, sedangkan nama pulau Kalimantan digunakan oleh penduduk Indonesia. 

Dalam bahasa Indonesia dahulu, Kalimantan Utara adalah sebutan untuk Borneo Utara (Sabah), tetapi dalam pengertian sekarang Kalimantan Utara adalah Kalimantan Timur bagian utara. Jadi dalam arti luas Kalimantan meliputi seluruh pulau Borneo, sedangkan dalam arti sempit Kalimantan hanya mengacu pada wilayah Indonesia.
Borneo memiliki penduduk 18.59juta (bancian 2009), dengan kepadatan penduduk 17 orang per km persegi. Sebahagian besar penduduk tinggal di bandar-bandar persisiran, walaupun pedalaman pun ditempati iaitu di bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di sepanjang sungai. Penduduk terutama terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan kumpulan etnik Dayak. Orang-orang Cina yang membentuk 29% daripada penduduk Sarawak dan 17% daripada penduduk Kalimantan Barat, awalnya berhijrah dari China tenggara. 

Majoriti penduduk di Kalimantan beragama Islam atau animisme. Sekitar 15% dari Dayak beragama Kristian, agama yang diperkenalkan oleh para misionari di abad ke-19. Di Kalimantan Tengah juga ada minoriti kecil pengamal agama Hindu Bali. Di pedalaman Kalimantan juga terdapat etnik Penan, yang beberapa masih mengutamakan amalan pemburu-pengumpul dalam mencari sumber rezeki mereka. Di beberapa daerah pesisir dengan petempatan marjinal dapat dijumpai etnik Bajau, yang sejak lama bertempat tinggal di dekat laut sebagai nelayan dan hidup secara nomad. 

Di barat laut Borneo, kumpulan etnik Dayak terbesar adalah Iban dengan jumlah lebih kurang 710,000 orang.
Berikut ini adalah daftar 10 bandar terbesar di Borneo berdasarkan perhitungan penduduk 2008 yang disusun oleh The World Gazetteer.

Peringkat Bandar Populasi Negara
1 Kuching, Sarawak (632,505) Malaysia
2 Banjarmasin, Kalsel (598,518) Indonesia
3 Kota Kinabalu, Sabah (543,765) Malaysia
4 Pontianak, Kalbar (466,090) Indonesia
5 Sandakan, Sabah (453,759) Malaysia
6 Balikpapan, Kaltim (453,575) Indonesia
7 Bandar Seri Begawan (388,190) Brunei
8 Samarinda, Kaltim (356,034) Indonesia
9 Tawau, Sabah (354,243) Malaysia
10 Miri, Sarawak (257,305) Malaysia

No comments:

Post a Comment