Friday, October 22, 2010

D.O.A

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, atuk".

Si ayah kurang pasti apa maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si atuk telah ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar lagi anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah yang sedang cuak secuaknya berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

No comments:

Post a Comment