Friday, October 22, 2010

10 MOTORSIKAL TERPANTAS (ENJIN PISTON)


1. SUZUKI HAYABUSA (321 km/j)

Motorsikal keluaran Suzuki ini mula dikeluarkan pada tahun 1999 dan dikenali juga sebagai GSX1300-R. Motorsikal ini mempunyai enjin sesaran 1350cc dan enjin 4 silinder, 4 injap/silinder ini menghasilkan kuasa kuda setinggi 200bhp.

2. DUCATI DESMOSEDICI RR (319km/j)

Motorsikal ini adalah keluaran terhad dari ducati dengan hanya 1500 model sahaja dijual. Enjin untuk motor ini adalah enjin V-twin 9O darjah 4 silinder dengan 989cc. Motorsikal ini mempunyai harga setinggi RM600k dan hanya ada 3 buah sahaja di Malaysia. Kuasa kuda ini ialah 198bhp.

3. MV AGUSTA F4-R312 (312KM/J)

312 pada penghujung motor ini adalah untuk menunjkkan kelajuannya. Direka oleh cucu kepada Enzo Ferari, F pada motor ini bermaksud Ferrari. Motor ini mempunyai 1078cc dengan 183bhp. Motor ini juga memegang rekod motorsikal terpantas mengelilingi Litar Nurburgring di Jerman.

4. KAWASAKI NINJA ZX-14 (300KM/J)

motorsikal ini adalah motorsikal paling berkusa tinggi keluaran kawasaki dengan kuasa kuda setinggi 190bhp. Enjin 4 silinder, 4 injap/silinder ini mempunyai sesaran setinggi 1352cc.

5. DUCATI 1198S (299km/j)

Dibina untuk menggantikan model lama iaitu 1098 dan mula dikeluarkan pada tahun 2009. Enjinnya yang unik dengan rekabentuk L-twin dengan 1198cc dan kuasa kuda setinggi 180bhp. Motorsikal ini hanya mempunyai 2 silinder tetapi susunan L-twin menyebabkan kuasa output yang banyak.

6. YAMAHA YZF-R1(297 KM/J)

 motorsikal ini amat diminati kerana susunan lampu-lampu hadapannya yang mengiurkan. Mulai diperkenalkan pada tahun 1998. Enjin 4 silindernya mempunyai injap-injap yang diperbuat daripada titanium dan mempunyai 998cc serta menghasilkan kuasa kuda setinggi 160bhp.

7. KAWASAKI NINJA ZX-10R (287KM/J)

R pada nama motor ini bermaksud Racing dan ianya mempunyai saspensi boleh laras dan mempunyai damper handle untuk mengurangkan gegaran. motor ini mempunyai susunan shaft dan cranks dalam kedudukan segitiga untuk mengurangkan saiz enjin. Walaubagaimanapun, motor ini menghasilkan 195bhp.

8. SUZUKI GSX-R1000 (284KM/J)

Mula diperkenalkan pada tahun 2001, motor ini kini mempunyai kuasa kuda srtinggi 191bhp. Motor ini mengunakan titanium untuk ekzosnya untuk mengurangkan berat sebanyak 1.5kg. Motorsikal ini mempunyai 990cc dengan 16 injap untuk 4 silindernya.

9. DUCATI 1098R (276km/j)

Sekali lagi Ducati mendominasi carta dengan motorsikalnya. Motorsikal ini mempunyai sesaran sebanyak 1198.2cc dan dengan kuasa kuda setinggi 178bhp. Motorsikal buatan Itali ini adalah motorsikal yang mempunyai jiwanya dan membuatkan orang ramai memilikinya kerana nilai eksklusivitinya.

10. Honda CBR1000 RR (275km/j)
Mula dikeluarkan pada tahun 2004. Motorsikal versi ini ialah edisi khas untuk peminat Motogp. Motor ini mempunyai 998cc dengan 178 kuasa kuda.

No comments:

Post a Comment