Wednesday, May 15, 2019

SISTEM TULISAN MELAYU KUNO

Di alam Nusantara terdapat bnyak sistem tulisan, termasuklah aksara Bali, aksara Jawa, dan juga aksara Sasak. tapi disini aku ingin bercerita mengenai aksara2 yang pernah digunakan di MALAYSIA. Iaitu:

AKSARA KAWI
Tulisan kawi ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baharu.
Tulisan kawi asalnya adalah daripada huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M beriringan dengan runtuhnya kemaharajaan yang menggunakan huruf itu iaitu Majapahit yang kemudiannya digantikan oleh Huruf Jawa (Carakan) yang dikembangkan daripada huruf kawi oleh Kekhalifahan Demak.
Huruf-huruf dalam aksara Kawi
Dengan menggunakan huruf-huruf kawi, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat).
Aksara Kawi adalah sebuah huruf yang digubah dari huruf India Selatan. Tiap hurufnya merepresentasikan sebuah suku kata dengan vokal yang dapat diubah dengan penggunaan tanda baca. Aksara ditulis tanpa ruang kosong. Aksara Kawi memiliki sekitar 47 huruf, namun terdapat sejumlah huruf yang bentuk dan penggunaannya tidak diketahui pasti karena sedikitnya contoh yang ditemukan dalam mempraktikan sistem bertulis Kawi.
Aksara Kawi memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan untuk menulis tumpukan konsonan, sama dengan pasangan dalam aksara Bali. Namun beberapa inskripsi Aksara Kawi tidak menggunakan pasangan dalam penulisannya. 
contoh ayat menggunakan aksara kawi yang berbunyi Jahnī yāhning talaga kadi langit bermaksud 'air telaga jernih bagaikan langit'


AKSARA PALAVA/PALLAWA
Nama aksara ini berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di selatan India antara abad ke-4 sampai abad ke-9 Masehi. Dinasti Pallava adalah sebuah dinasti yang memeluk aliran Jainisme.
Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit dan ianya terdiri daripada 46 abjad .Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis.
Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit. Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.
Selain itu aksara Pallawa juga digunakan di dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan abad ke-5. dokumen2 inilah yang menjadi bukti penggunaan aksara Pallawa sebagai tanda aksara ini telah berkembang di Nusantara.
Tugu(batu bersurat) juga turut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit. Tujuh tugu tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Tugu tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.

AKSARA RENCONG
Tulisan Rencong (réncong), atau Incung ialah sistem tulisan yang diterbitkan berdasarkan aksara Pallava dan Kawi . Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masihi. Aksara ini diciptakan oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. 
Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera Selatan, Indonesia. Rencong ialah perkataan Bahasa Melayu Kuno yang membawa maksud serong kerana tulisan ini ditulis secara menyerong dan menyendeng.

Huruf Rencong iaitu huruf Melayu Purba yang banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau dan banyak didapati digunakan semasa zaman pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Huruf-huruf yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf tertua yang menyerupai bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut mempunyai kaitan dengan huruf-huruf orang Kemboja pada zaman purba.
Tulisan Rencong ini terdiri daripada tanda baca bagi suku kata berikut (diberikan dengan bunyi a):

ka, ga, nga, ta, da, na, pa, ba, ma,
ca, ja, nya, sa, ra, la, ya, wa, ha, a,
mba, ngga, nda, nja

Selain itu, huruf yang ditandakan dengan tanda titik atau sengkang yang terletak di bawah, atas ataupun di sebelah huruf tersebut asalnya akan tetap dibunyikan huruf tersebut jika tidak dinyatakan berbunyi a adalah penanda untuk dibaca sebagai huruf lain seperti huruf vokal e, i, o, u, ai, au, ataupun bermakna huruf tersebut adalah pangkal suku kata seperti -ng atau -h. Huruf-huruf ini boleh dicantumkan bersama-sama untuk menghasilkan suku kata Bahasa Melayu yang difahami. Tanda selepas huruf na, jika dicantumkan dengan tanda baca u dan -ng akan dibaca dengan bunyi nung. Terdapat juga tanda berhenti atau tanda mati yang disebut sebagai tanda bunuh yang dituliskan secara jelas pada huruf vokal a yang ditambah; contohnya huruf ka dicantumkan dengan tanda bunuh akan menjadi -k.
Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam. Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari al-Quran dan hadis secara tepat. 
Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut. Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba mengeksperimennya ke atas huruf-huruf Arab dengan mengejanya dalam bahasa Melayu. Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunapakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik. Walaubagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan

Saturday, October 21, 2017

Gibraltar.......kesan dan kepentingannya di Eropah dan tamadun islam

Gibraltar adalah Wilayah Luar Negeri milik British yang terletak di hujung selatan Semenanjung Iberia. Ia mempunyai kawasan seluas 6.7 km2 dan berkongsi sempadan di utaranya dengan Sepanyol. 

The Rock of Gibraltar adalah mercu tanda utama rantau ini. Di kaki bukit ini adalah kawasan bandar yang padat penduduk, menempatkan lebih 30,000 orang berbangsa Gibraltar dan negara lain. Pasukan Anglo-Belanda menawan Gibraltar dari Sepanyol pada tahun 1704 semasa Perang Warisan Sepanyol atas nama Raja Habsburg mendakwa ia milik takhta Sepanyol. Wilayah itu kemudiannya diserahkan kepada Great Britain "untuk selama-lamanya" di bawah Perjanjian Utrecht pada tahun 1713. 



Semasa Perang Dunia II ia menjadi pengkalan penting bagi Angkatan Laut Diraja kerana ia menjadi pintu masuk dan keluar ke Laut Mediterranean iaitu selat Gibraltar yang hanya lapan batu (13 km) luas dan bukaan laut ini tetap penting secara strategik hingga ke hari ini dengan lebih dari separuh perdagangan dunia yang melalui selat itu untuk masuk ke terusabn Suez di Afrika. Ekonomi Gibraltar kini didasarkan lebih kepada pelancongan, perjudian dalam talian, perkhidmatan kewangan, dan perkhidmatan mengisi minyak kapal kargo.

Dalam sejarah yang direkodkan, penduduk pertama adalah orang Phoenicia, sekitar 950SM. Seterusnya, Gibraltar dikenali sebagai salah satu Tiang Hercules, iaitu cerita dari legenda empayar Greek/Yunani dimana penciptaan Selat Gibraltar ini telah dilakukan oleh Hercules. 

Carthaginians dan Romans juga menubuhkan penempatan separa kekal disini. Selepas kejatuhan Empayar Rom, Gibraltar jatuh di bawah kendalian Vandals(orang German) yang menyeberangi jajahan mereka hingga ke Afrika utara atas kehendak Saint Boniface, Count (atau komander) wilayah. Kawasan ini kemudian menjadi sebahagian dari Kerajaan Visigothic Hispania dari 414M hingga penaklukan oleh Islam pada 711M.

SEJARAH
Nama Gibraltar adalah berasal dari nama Arab Jabal Ṭāriq (جبل طارق), yang bermaksud "Bukit Tariq". Ia merujuk kepada batu Gibraltar, yang dinamakan sempena Khalifah Umayyah Tariq ibn-Ziyad yang mengetuai penaklukan awal ke semenanjung Iberia  di bawah pimpinan Khalifah Umayyah Al-Walid I. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Mons Calpe, nama asal Phoenician dan salah satu daripada tiang Hercules.

Pada tahun 1160, Almohad Sultan Abd al-Mu'min memerintahkan supaya penempatan tetap, termasuk sebuah istana, dibina. Ia menerima nama Medinat al-Fath (City of Victory). Setelah selesai kerja di bandar, Sultan menyeberangi Selat untuk melihat kerja-kerja dan tinggal di Gibraltar selama dua bulan. The Tower of Homage of the Moorish Castle tetap berdiri hingga hari ini. 

Dari tahun 1274 dan seterusnya, bandar ini telah ditawan dan ditawan oleh Nasrids Granada (pada tahun 1237 dan 1374), Marinid Maghribi (pada tahun 1274 dan 1333) dan raja-raja Castile (pada tahun 1309). Pada 1462, Gibraltar akhirnya ditangkap oleh Juan Alonso de Guzmán, Duke of Medina Sidonia. 

Selepas penaklukan, Raja Henry IV dari Castile memakai gelaran Raja Gibraltar, menjadikannya sebagai sebahagian dari Campo Llano de Gibraltar. Enam tahun kemudian, Gibraltar telah diberikan pula kepada Duke of Medina Sidonia, yang menjualnya pada tahun 1474 kepada sekumpulan 4350 orang Cordova dan Seville Kristian yang menukarkan agama mereka dari Yahudi. Pada 1501, Gibraltar kembali ke Mahkota Sepanyol, dan Isabella I of Castile mengeluarkan Geran Diraja yang memberikan Gibraltar mantel yang masih digunakan hari ini.

Pada tahun 1704, semasa Perang Warisan Sepanyol, Armada gabungan Anglo-Belanda yang mewakili Grand Alliance, menawan bandar Gibraltar bagi pihak Archduke Charles of Austria dalam kempennya untuk menjadi Raja Sepanyol sbgai pemerintah di situ. Pendudukan bandar oleh Armada gabungan  menyebabkan penghijrahan penduduk ke kawasan sekitar Campo de Gibraltar. 

Apabila kempen Armada gabungan gagal, Perjanjian 1713-Utrecht telah dirundingkan dan Gibraltar diberi kawalan kpd  Britain untuk memastikan penarikan diri Britain dari perang tersebut. Percubaan banyak dilakukan oleh raja-raja Sepanyol untuk mendapatkan semula Gibraltar daripada Britain dibuat dengan pengepungan 1727 dan sekali lagi dengan Pengepungan Besar Gibraltar (1779 hingga 1783), tetapi Sepanyol tetap gagal.

Gibraltar menjadi pangkalan utama Angkatan Laut Diraja British dan memainkan peranan penting sebelum Pertempuran Trafalgar (21 Oktober 1805) dan semasa Perang Krimea 1854-1856, kerana lokasinya yang strategik. 

Nilai strategiknya meningkat dengan pembukaan Terusan Suez, kerana ia terletak di laluan laut antara UK dan Empayar British di timur Suez. Pada abad ke-19 yang lalu, terdapat pelaburan besar dalam meningkatkan benteng dan pelabuhan.

Semasa Perang Dunia II, penduduk awam Gibraltar dipindahkan (terutamanya ke London, tetapi juga ke bahagian utara Maghribi, Madeira dan Jamaica) dan batu gibraltar diperkuat lagi sebagai kubu. Pangkalan tentera laut dan kapal-kapal yang diletakkan di sana memainkan peranan penting dalam penyediaan dan bekalan pulau Malta selama pengepungannya yang panjang. 


konvoi Operasi Pedestal yg kritikal dijalankan di Gibraltar pada bulan Ogos 1942 Ini untuk menaikkan semula kepentingan pulau itu pada masa yang kritikal dalam menghadapi serangan udara yg kuat dari pasukan Jerman dan Itali. Keengganan Sepanyol [Francisco Franco] menmyerah kalah untuk membolehkan Tentera Jerman ke tanah Sepanyol mengecewakan rancangan Jerman untuk menangkap bukit tersebut, yang bernama Operasi Felix. 

HAK MILIK GREAT BRITAIN

Pada tahun 1950-an, Franco memperbaharui tuntutan Sepanyol untuk kedaulatan ke atas Gibraltar dan menghapuskan pergerakan terhad antara Gibraltar dan Sepanyol. Gibraltarian mengundi untuk tetap berada di bawah kedaulatan British dalam referendum kedaulatan Gibraltar, 1967, yang membawa kepada penggubalan undang2 Perintah Perlembagaan Gibraltar pada tahun 1969. Sebagai tindak balas, Sepanyol telah menutup sempadan dengan Gibraltar dan memisahkan semua hubungan dan komunikasi. Sempadan dengan Sepanyol sebahagiannya dibuka semula pada tahun 1982 dan dibuka semula  sepenuhnya pada tahun 1985 selepas Sepanyol masuk kedalam EU.
Kedaulatan hak milik Gibraltar adalah titik utama dalam perselisihan dalam hubungan Anglo-Spanyol ketika Sepanyol menegaskan tuntutan ke wilayah itu. Gibraltarians menolak cadangan untuk menerima kedaulatan Sepanyol dalam referendum pd tahun 1967 dan sekali lagi pada tahun 2002. Di bawah perlembagaan Gibraltar tahun 2006, Gibraltar mengatur urusannya perelembagaan sendiri, walaubagaimanapun beberapa tadbiran, seperti pertahanan dan hubungan luar negeri, tetap menjadi tanggungjawab pemerintah British.

Dalam referendum yang diadakan pada tahun 2002, Gibraltarian menolak majoriti besar (98%) cadangan kedaulatan bersama yang mana Sepanyol dan Britain. Perintah Perlembagaan baru telah diluluskan dalam referendum pada 2006. Proses rundingan tiga pihak bermula pada tahun 2006 antara Sepanyol, Gibraltar dan UK, menamatkan beberapa sekatan dan menangani pertikaian di beberapa kawasan tertentu seperti pergerakan udara, prosedur kastam, telekomunikasi, pencen dan pertukaran budaya.

Selat Gibraltar
selat sempit yang menghubungkan Lautan Atlantik ke Laut Mediterranean dan memisahkan Gibraltar dan Semenanjung Sepanyol di Eropah dan Maghribi dan Ceuta(Sepanyol) di Afrika. 

Eropah dan Afrika dipisahkan oleh 7.7 batu nautika (14.3 km) lautan di titik paling dekat. Kedalaman Selat antara 300 dan 900 meter tp paras laut purata yang lebih rendah pada 20,000 tahun yang lalu apabila paras laut dipercayai telah menurun 110-120 m. 

Feri  digunakan utk menyeberang antara dua benua setiap hari dalam masa 35 minit. Selat di sebelah Sepanyol dilindungi di bawah Taman Alam El Estrecho

mendapan Camarinal (gibraltar sill)berada didalaam  Selat Gibraltaryang membentuk titik paling cetek di dalam selat itu, telah bertindak menghadkan pencampuran antara air Atlantik yang sejuk dan kurang salin dan perairan Mediterranean yang hangat. The Camarinal Sill terletak di hujung selat barat.

Air Mediterranean adalah jauh lebih masin dari perairan Atlantik yang menyebabkan air mediteranian tenggelam di bawah air  atlantik yang sentiasa masuk dan membentuk lapisan bawah air kerana air laut mediteranian adalah sangat tinggi. Lapisan bawah air ini sentiasa menuju ke arah Atlantik sebagai aliran keluar Mediterranean. 
Di sisi selat Atlantik pula, ketumpatan ini memisahkan perairan aliran air Mediterranean pada kedalaman kira-kira 100 m (330 kaki). Perairan ini mengalir ke dasar laut, dan bercampur perlahan sehingga kehilangan sedikit kemasinan/salinasi, sehingga ia mula bercampur pada kedalaman kira-kira 1,000 m (3,300 kaki). 
Garisan air tidak bercampur semasa air Mediterranean mula keluar  dari sekat ini boleh dilihat dengan jelas untuk beribu-ribu kilometer di barat selat gibraltar, sebelum kehilangan sepenuhnya.