Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka,
pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah
air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana
keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api? Adakah benar
orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?
Ketika Portugis menawan Melaka, tentera Portugis telah
merampas beberapa ribu senjata api (bukan keris) milik tentera Melaka.
Dianggarkan sekitar 30,000 senjata api telah dirampas , dimana 8,000
daripadanya adalah senjata berat atau senjata pemusnah (Weapon of Mass
Destruction) pada ketika itu. Antara senjata api yang digunakan oleh tentera
Melaka pada ketika itu ialah Senapang dan Meriam. Beberapa laras senapang ini telah di bawa oleh tentera
Portugis ke Jepun. Dari senapang milik tentera Melaka inilah, Jepun mula
mencipta senapang mereka sendiri selepas meniru teknologi senapang tentera
Melaka. Di mana beribu-ribu senapang milik tentera Melaka itu pada
masa kini? Beberapa senapang milik Panglima Melayu tahun 1800an kini dilelong
di Eropah, mencapai harga sekitar RM35,000.
Filem Queen of Langkasuka...pengawal2
istana yang
menggunakan istinggar
Memetik dari buku The Golden Chersonese and the way Thither,
penulisnya Isabella L Bird telah mencatatkan bahawa senjata-senjata utama
orang-orang Melayu ada keris, pedang (mengikut catatan Bird, jarang digunakan
tetapi lebih kepada perhiasan), parang (juga untuk kegunaan harian selain
daripada senjata) dan tombak-tombak bermata besi (menurut Bird, senjata yang
memakan banyak nyawa ketika Perang Perak). Selain daripada senjata-senjata
perang tradisional, bird juga mencatatkan kehadiran Matchlocks, Blunderbusses
dan Lelahs. Bird dipetik sebagai berkata:
"The malay weapons consist of the celebrated kris with
its flamed shape wavy blade, the sword, regarded, however, more as an ornament,
the parang, which is both knife and weapon, the steel headed spear, which costs
us many lives if the Perak war, Matchlocks, Blunderbusses and Lelahs, long
hevay brass gun used for the defence of the stockade behind which the malays
usually fight.they make their own gunpowder and uses cartridges made of
cane."
Mungkin kepada yang sudah arif tentang terma-terma
persenjataan moden, perkataan-perkataan ini mungkin tidak asing, namun bagi
yang kurang pengetahuan tentang ilmu senjata, saya terpinga-pinga dengan
istilah-istilah asing ini. Jika terma umum seperti Grenade Launchers, Machine
Guns atau Bazooka mungkin juga pernah saya dengar tapi Matchlocks,
Blunderbusses dan Lelahs?
Putera Pahang yang digambarkan sebagai pakar menembak
dalam Filem Queen of Langkasuka
Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing
(locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu
memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis
senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu
memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol
atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut
Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.
Didalam buku Political and Statistical Account of the
British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John
Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:
"Their matchlocks, of which the Satengar, or Istengara
Menangkabowe, is most esteemed, are long heavy unwieldy pieces: the barrels are
formed by twisting a flat bar, of tough beaten iron, round a rod of the same,
and beating it into a consistent hollow cylinder. The stocks of these pieces
are not adapted for the shoulder, nor for taking an accurate and speedy aim,
and a rest is absolutely necessary, from the great weight and length of the
barrel. The Malays, in fact, scarcely ever fire without resting the muzzle,
lowering, instead of raising it to their object, nor do they apply the butt to
the shoulder. The locks for holding the Tunam, or match of coir rope, are generally
of brass or copper, finely worked and ornamented. The European pieces, with
locks, are most preferred, and now commonly used instead of the
matchlocks."
Newbold seterusnya mencatatkan bahawa senjata-senjata api
ini sememangnya tidak asing dengan orang-orang Melayu malah untuk melihat
seorang lelaki melayu dengan senapang-senapang tersisip kemas ditangannya
adalah bukan perkara yang aneh malah menjadi kelaziman. Cerobong mulut
senapang-senapang ini selalunya diukir dengan ukiran-ukiran mulut harimau atau
ular. Newbold seterusnya menyambung seperti berikut:
"Muskets, blunderbusses (Pemuras), and rifles are not
uncommonly found in their hands. The barrels of the blunderbusses are
frequently made by themselves, with muzzles in various fantastic forms, such as
the mouth of a tiger or snake, and mounted with European locks. When going to
war, a Malay considers himself completely armed with a kris, a golok, a badik
(sort of knife), a chenankas, or pedang (sword), a musket and cartridges, or
the tombak (spear), and a quiver of ranjows, or caltrops, at his back."
Roughly a century after firearms were invented by the Arabs, the Malays began making guns. Evidence of these activities were documented by W Linehan in his paper entitled Some Discoveries on the Tembeling. On the banks of the Tembeling river in Peninsular Malaysia, he found molds that were used to cast cannons in the 13th or 14th century.
According to the conqueror of Malacca,Alfonso d'Albuquerque, Malaccan gun foundries were as good as those in Germany. This could mean they were better than Portuguese ones but the most powerful guns in those days were made by the Ottoman Turks. When the Portuguese defeated Malacca, they found thousands of cannons including an extraordinarily large one which Alfonso sent to his Hindu ally the Zamorin of Calicut.Guns produced by Malay kingdoms were of varied quality.
The most powerful ones were no doubt made by the wealthiest sultanates. The best Malay cannons had no problem blasting the best European ships out of the water ; for instance the Dutch East Indies Company lost a battleship when they attacked Makassar in 1667 and another one in the 18th century when they attacked a Bugis stronghold in Bintan. Guns made by Makassar were of such high quality they were demanded by the Dutch as part of war reparation payments (even though the war was started by the Dutch).
MALAY FIREARMS are :
1. Pemuras (Malay Blunderbuss)
2. Istinggar (Malay Flintlock Musket)
3. Tarkul ((Malay Flintlock Pistol)
Terakol
Terakol Melayu di Istana Kayang, Perlis
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau
Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga
adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan.
Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular
berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di
dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.
Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan
pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan
pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas
dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya
satu tembakan dari jarak dekat.
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan
pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan
teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini
membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan
'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari
Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan
Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah
Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang
Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju
dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih
dikenali sebagai pistol di Barat.
Istinggar
(Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah
sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian
ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu
api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos
pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock
musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih
awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama
seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis.
Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh
seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan
sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar
yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban
dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar
Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam
kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera
Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga
digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina
loji-loji di Sungai Perak.
Pemuras
Senjata yang gemar digunakan oleh
orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris
menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga
Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol
Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu
Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras
atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan
dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan
yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru
timah hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu
digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari
penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti
pistol. Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah
diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah
sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei
dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas
menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan
cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan
Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras
adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan
terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47)
di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan
Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai
lambang kerajaan.
Orang Melayu Mudah Lupa!! Buta Sejarah..
Sebenarnya kita bangsa melayu telah pun maju sebelum
kedatangan penjajah-penjajah ini... Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris.
Kita bukanlah bangsa yang malas, yang hanya layak untuk
tinggal di kampung-kampung sebagai petani. Kita bukan bangsa yang sentiasa
sukakan hiburan. Sebenarnya kita adalah bangsa yang GAH, KUAT dan MASYHUR...
yang berdagang dengan memiliki kapal-kapal dagang sendiri jauh lebih awal dari
kedatangan orang-orang cina ke Semenanjung Tanah Melayu.
Kita telah pun berdagang hingga ke Benua Afrika dan Arab
sebelum kedatangan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu. Malah Tanah Jajahan Melayu
membawa hingga ke sempadan negara Cina.
Syed Mashor dgn meriam melayu
Allahyarham Saiyid Mashor Bin Mohd Ash-Shahab adalah seorang pahlawan melayu yang terkenal dengan kehandalannya dan merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perang saudara di Selangor pada tahun ( 1868 – 1873 ) yang berpunca dari persengketaan mengenai perebutan kuasa di kalangan Kerabat Diraja Selangor.Allahyarham juga turut membantu Pembesar-pembesar Pahang dalam peperangan menentang kekuasaan British.
Dengan membaca apa yg ada ini, maka dapatlah kita menilai semula dan BERTEKAD untuk mencapai semula zaman kegemilangan tersebut. Juga dapat kita mengkaji di mana silapnya hingga kita ketinggalan jauh terkebelakang dengan bangsa-bangsa yang datang menumpang dan terkemudian dari kita.