Saturday, January 8, 2011

Alasan Terbaik Yang Boleh Dipraktikkan

1. Anda datang lambat ke pejabat dan supervisor bertanya "kenapa lambat?"....
Anda jawab....
(a)Sorry encik, saya punyer jamban tetiber meletop, so terpakser pinjam jamban jiran
(b)Saya ingat encik cuti...tu pasal lah saya lambat
(c)Maaf encik, saya ternaik kretapi KTM instead of kretapi SMRT
(d)Oh lambat ye? tah eh...tak prasan plak, (lepas tu dudok buat kerjer jgn toleh2)


2. Anda malas nak kerja dan pergi jumpa doktor mahukan MC....
anda cakap....
(a)Uhuk Uhuk Uhuk Uhuk arghhhh..arghhhh (sambil jari tunjuk kat tinger)
(b)Dokter, semlm saya termakan kucing saya, sekarang nie diarhoea ah
(c)Semalam saya takbleh tido pasal tertengok Euro2000, sekarang nie macam nak terMC, bleh terkasi?
(d)Dokter idong saya bleh dengar...saya saket kan dokter?


3. Anda terkentot kuat, baunya sampai ke tekak, semua orang tengok anda....
anda buat.....
(a) Bangun dari tempat duduk dan eksen kener sawan babi, mulot kasi kuar buih siket, nampak realistik
(b)Dgn pantas menoleh ke org yg duduk sebelah anda sambil menutop idong, kalao bleh try muntah
(c)Anda senyum lalu berkater"Ye sedare demikianlah tadi demonstrasi saya yg terunggul, diharap anda telahpun terhibur dgn demonstarsi tersebut..terimakasih"
(d)Buat muker sarden


4. Anda ditahan polis trafik kerana memandu terlalu laju, utk menyelamatkan diri dari disaman....
anda cakap.....
(a) Saya nyer tapak kaki nie tetiber je cramp, jadik saya takleh naik kan pedal accelerator tu
(b) Maaf encik, saya ingat encik kejar saya pasal saya pandu takder lesen, sebabtu lah saya pecut, ruper rupernyer pasal saya speeding eh?
(c) Ok ok i speeding u catch lah...but u speeding to catch me who will catch you??
(d) Alamak sori ah ader urgent ah..nak terberak nie...dah kat ujung...anytime je nie


5. Anda makan mlm dgn seorang wanita yg baru dikenali, waktu  hendak bayar anda baru prasan yg anda tiada duit...
anda pun cakap pada dia....
(a)"Eh?...alamak!.....maner pegi beg duit i?....shit!.." pastu buat muker penik, but make sure jgn tunjuk wallet yg terselit kat poket tu.
(b)"I nie bukan aper...i nie baru teringat tadi i dah dermerkan duit i kat budak kutip derma tu, sian tengok muker dia, tak sampai hati i tengok org susah macam tu, u bleh bayakan dulu? besok i ganti...pomis"
(c)"Hey! c'mone..u nie cute ahh...nak bergurao dgn i ye? cepatlah pulangkan beg duit i...i nak baya nie"
(d)Jgn cakap aper aper...angkat kaki teros lari, jgn toleh belakang lagi dah.


6.Kawan anda tiba-tiba datang nak pinjam duit...anda memang tak mahu kasi pinjam....
anda cakap....
(a) " Aku tengah kumpul duit buat naik haji tahun depan ah"
(b) " Alerrrrrrr....aku baru nak pinjam duit dari kao"
(c)" Maaf..hari nie mesen cap duit aku rosak ah" kalao dia tanyer biler tak rosak? Anda jawab "Biler kao taknak pinjam duit baru dia tak rosak"
(d) " Siaper kao?"

UJANG


Amir nih org Trengganu, manakala Zaid ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Zaid kat atas.. Amir kat bawah. Zaid ni suker baca majalah dan komik.. si Amir lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Zaid ader sedikit bengang ler kat Amir ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Amir dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Zaid.

One day, Zaid balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Amir ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Amir kat bawah dia bersuara..

" Zaid.. nok ujang.."

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.."
jawab lembut jer Zaid.

"
Zaid.. nok ujang tu" Amir tak putus asa.

" Nanti la dulu..
bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Zaid.

" Zaid ! Nok ujang !! " Suara Amir sedikit keras.

"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

Zaid dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Amir jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat..
Baju Zaid kat ampaian pun basah kembali.


10 CIPTAAN TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

Disini saya hanya mengutarakan pendapat saya mengenai 10 ciptaan terhebat sepanjang zaman....

1. INTERNET
mula diperkenalkan pada tahun 1960-an oleh jabatan pertahanan Amerika Syarikat pada masa itu untuk kegunaan tenteranya yang diberi nama ARPANET ataupun Advanced Research Project Agency Network. Pada hari ini, internet adalah segala-galanya dari pengurusan wang di bank, membuat urusan jual beli, berhubung dan bersosial, dan juga belajar.

2. TELEVISYEN
Pada awalnya, televisyen hanya menggunakan teknologi optik, mekanik dan elektronik dan antara yang digunakan ialah cakera Nipkow yang dicipta oleh Paul Gottlieb Nipkow untuk memaparkan gambar. Menjelang 1920-an, televisyen telah mula dikembangkan dengan menggunakan arus denyutan elektrik yang bertindak membawa bunyi dan gambar dan bahan utamanya ialah tiub katod. Televisyen mula menjadi produk komersial menjelang 1930-an dan perkara bersejarah yang disiarkan pada waktu itu ialah sukan olimpik di Berlin pada 1936.

3. TELEFON
Mula dipatenkan pada tahun 1844 dengan nama 'telegraf bercakap' tetapi pada waktu itu, hanya suara boleh dipindahkan tetapi tidak boleh dibalas. Pada tahun 1875, Alexander Graham Bell telah membuat sebuah telefon yang berfungsi untuk kedua-dua hala dan itulah telefon yang kita gunakan hari ini. Pada masa kini, telefon sudah menjadi semakin maju dengan pengenalan telefon bimbit pada tahun 1973 oleh syarikat telefon amerika iaitu Motorola dan hari ini ianya boleh melakukan apa sahaja seperti memainkan mp3, mp4, e-mail, GPS, planner, camera, perakam video dan lain-lain lagi.

4. MENTOL LAMPU
Mula dicipta pada tahun 1810-an dan ianya menggunakan arca karbon dan ianya amatlah membahayakan kesihatan dan juga mengluarkan api yang malap. Pada tahun 1879, Thomas Alva Edison memperkenalkan lampu pijar dengan filamen yang membuatkan lampu beliau boleh bertahan 1200 jam iaitu 40 kali ganda lebih baik dari lampu lama. Hingga ke hari ini, mentol lampu sudah melalui banyak evolusi antaranya lampu Penduflor, LED, dan juga HID.

5. AUTOMOBIL
kenderaan mula dicipta pada tahun 1672 dengan menggunakan enjin stim yang dicipta oleh Ferdinand Verbiest di cina tetapi itu hanyalah kenderaan untuk 1 orang. Pada tahun 1807 telah tercipta enjin pembakaran dalaman yang menyebabkan terpatennya kereta 3 tayar yang dicipta oleh Karl Benz pada tahun 1881 dan akhirnya memasarkan kereta itu pada tahun 1885 dan selepas banyak syarikat yang beliau usahakan akhirnya terciptalah Mercedes-Benz yang kita kenali hari ini. Pada hari ini, lebih 600juta orang memandu kenderaan setiap hari termasuklah kereta, motosikal, lori dan juga trak. Kenderaan memainkan peranan penting dalam hidup kita untuk memudahkan kita bergerak.
6. RADIO
Gelombang radio adalah satu bentuk dari radiasi elektromagnetik, dan terbentuk ketika objek bermuatan listrik dimodulasi (dinaikkan frekuensinya) pada frekuensi yang terdapat dalam frekuensi gelombang radio (RF) dalam suatu spektrum elektromagnetik, dan radiasi elektromagnetiknya bergerak dengan cara osilasi elektrik maupun magnetik. Pada 1878 David E. Hughes adalah orang pertama yang mengirimkan dan menerima gelombang radio ketika dia menemukan bahwa keseimbangan induksinya menyebabkan gangguan ke telefon buatannya.

7. KOMPUTER
komputer elektronik pertama yang dicipta adalah pada tahun 1937 dan ianya bukanlah komputer yang kita lihat hari ini kerana ianya ialah umpama sebesar almari pakaian. Komputer sebenar mula tercipta pada 1970-an apabila litar pintar tercipta dan menggantikan tiub vakum. pada tahun 1984, syarikat Apple telah memperkenlkan Macintosh iaitu sebuah komputer untuk kegunaan di rumah dan ianya mendapat sambutan yang hangat kerana ia menggunakan 'user interface' dimana pengguna boleh menggunakan komputer tanpa perlu menaipkan arahan seperti 'SAVE'.

8. SATELIT
satelit adalah amat penting bagi tujuan navigasi dan peninjauan. Pada hari ini terdapat lebih dari 2000 satelit ynag terdapat di angkasa lepas. Sekranya tiada satelit, kita tidak akan mampu untuk menonton tv, menggunakan GPS, keramal cuaca malahan mengintip musuh. Satelit pertama telah dilanjcarkan pada tahun 1957 oleh Soviet dengan nama Sputnik 1.

9. PETI SEJUK
peti ais telah mengubah cara kita hidup hari ini. tanpanya kita tidak boleh merasa ais krim, minuman ais, dan juga daging yang hendak dimakan akan menjadi busuk. Sebelum peti sejuk tercipta, mereka yang tinggal di kawasan yang sejuk dan pergunungan akan menggunakan kotak ais untuk menyimpan makanan. pada tahun 1805 barulah paten peti sejuk sebenar terhasil dimana ia telah dicipta oleh Oliver Evans.

10. TANDAS
mungkin anda semua tergelak tetapi inilah salah satu ciptaan terpenting dalam sejarah manusia. Sistem pengairan dan pembuangan sisa najis ini telah bermula sekitar tahun 6000s.m dimana kaum Indus telah membuat parit di bawah mangkuk jamban mereka untuk mengalirkan buangan itu ke tempat yang jauh. Tandas juga telah berevolusi dan negara yang banyak membuat teknologii tandas ialah Jepun.