Thursday, July 13, 2017

REKOD DUNIA....... DARI MALAYSIA :)

PEMINDAHAN LENGAN PERTAMA
Kakitangan dari Hospital Selayang, Selangor yang diketuai oleh Dr.V.Pathmanathan telah memindahkan lengan ke anggota badan seorang bayi yang berusi 4 minggu, Chong Lih Ying dalam pembedahan selama 15 jam pada 18 Mei 2000. Dia adalah manusia pertama dan yang paling muda di dunia yang menjalani pemindahan bagi anggota badan keseluruhan. Penderma Chong merupakan adik kembarnya yang dilahirkan dengan kecacatan otak yang teruk dan tidak mempunyai harapan untuk hidup.

PINTU GUA TERBESAR
Lubang Nasib Bagus di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak merupakan gua terbesar di dunia dengan panjang 700 meter dan tinggi 70 meter serta kelebaran 300 meter. Ia cukup luas untuk menempatkan 40 biji Boeing747.


BUNGA TERBESAR
Bunga terbesar di dunia adalah bunga Rafflesia. Bunga tersebut boleh membesar sehingga mencapai diameter 91 cm. Arnoldii adalah spesis yang terbesar diantara 16 spesis yang hanya boleh ditemui di kawasan Tenggara.


PENSEL TERPANJANG
Faber-Castell (M) Sdn Bhd mengambil masa 4 bulan untuk menyiapkan pensel terpanjang setinggi 20.248 meter yang diperbuat daripada kayu jelutong. Pensel tersebut kini diletakkan di pejabat urusan mereka di USJ, Subang Jaya, Selangor.

PUKULAN BULU TANGKIS TERPANTAS DUNIA
Pemain badminton negara, Tan Boon Heong memegang rekod smash terpantas dengan kelajuan 421 km/h menggunakan ” Yonex Arcsaber Z-Slash ” di Tokyo, Japan pada 26 September 2009. Dua rekod terdahulu adalah pada 2005 yang dipegang Fu Haifeng dari China dengan kelajuan 332 km/h dan 414 km/h oleh Naoki Kawamae dari Jepun. ” Radar Guns and High Speed Video” digunakan untuk mengesahkan rekod tersebut.


BANGUNAN BERKEMBAR TERTINGGI
Walau tidak lagi bergelar bangunan tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas masih lagi kekal sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Bangunan 88 tingkat 


PALING BANYAK MENJADI PENGAPIT LELAKI
Sehingga tahun 2006, Mr. Ting Ming Siong, seorang lelaki dari Sarawak, masih lagi memegang rekod dunia sebagai orang yang paling banyak menjadi pengapit pengantin lelaki. Dia telah menjadi pengapit sebanyak 1395 kali bermula daripada tahun 1975 sehingga kini.


TERPANTAS BERJALAN 1km DENGAN MENGIMBANGI BOLA ATAS KEPALA
Rekod 8 minit 35 saat ini dipegang oleh Yee Ming Low di Kompleks Sukan MPSJ pada 20 Mac 2010. Yee mencapai rekod ini tanpa menjatuhkan bola ini walau sekalipun sepanjang jarak tersebut, walaupun dibenarkan oleh Guinness World Records.


MENARIK KAPAL TERBANG GUNA RAMBUT
Pada 30 september 1990, Orang Kuat Malaysia, Mr. R.Letchemanah telah melakukan aksi hebat dengan menarik sebuah pesawat Boeing 737 seberat 32.5 tan hanya dengan menggunakan rambutnya!(korang bayangkanlah betapa kuatnya rambut dia). Beliau telah berjaya menarik pesawat itu sejauh 16.85 meter (kira-kira 55 kaki) bertempat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.


MESIN KAPSUL TERBESAR DUNIA
Mesin setinggi 9.83 meter ini selesai dibina oleh Berjaya Times Square pada 20 Julai 2013 sempena meraikan ulang tahun pasar raya besar itu yang ke-10. Mesin itu berfungsi sepenuhnya seperti mesin layan diri bersaiz biasa.


Perkataan Singkatan (abbreviation) Yang Terpanjang di Dunia
Sebuah syarikat koperasi dari Perak telah mencatatkan nama sebagai pemegang rekod nama singkatan yang paling panjang di dunia. Nama syarikat itu ialah Syarikat Kerjasam Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat Dan Pinjam-Meminjam Wang Berhad .Singkatan nama syarikat ini ialah S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.P.W.B


JAMBATAN GANTUNG TERTINGGI DI DUNIA 
Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.


Hotel Terbesar di Dunia
Dengan 7,351 bilik, First World Hotel di Genting telah dinamakan sebagai hotel terbesar dunia sekali lagi oleh Guinness World Records pada tahun 2015.


Menara kawalan trafik udara tertinggi di dunia
Ketinggian menara di KLIA2 mencecah 133.8 meter dari aras tanah dan 141.9 meter dari aras laut, melayakkannya diiktiraf dalam Guinness Book of Records sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia.


Perarakan Perahu Terbesar di Dunia
Pada 13 September 2015, perarakan bot terbesar terdiri daripada 1,180 bot sebagai sebahagian daripada perayaan Hari Malaysia di Kemaman, Terengganu, dan menjadi perarakan bot terbesar di dunia. Sebelum ini, mereka hanya mempunyai 248 bot.


Bulatan Trafik Terbesar di Dunia
bulatan ini terletak di Putrajaya mempunyai diameter 3.5km! Pusingan ini terletak berhampiran pejabat Perdana Menteri


POKOK tropikal tertinggi di dunia
Dengan memiliki ketinggian hampir 309 kaki, ia menyerupai ketinggian tiga ikan paus biru yang disusun dari hujung ke hujung. Penemuan itu diumumkan lima bulan selepas penemuan pokok meranti setinggi 294 kaki ditemui di Malaysia dianggap sebagai pokok tertinggi. Pokok – yang tergolong dalam Genus Shorea itu berada di negeri Sabah. Ia bukan sahaja dikesan dengan keadaan berdiri, tetapi kanopinya juga mencapai diameter 132 kaki.


Tikar Rotan Terpanjang Di Dunia
Tikar rotan terpanjang di dunia dihasilkan oleh komuniti Orang Ulu dari kawasan Sg. Asap, Murum, Belaga dan Telang Usan, Baram yang berukuran 1,128.272 meter panjang dan 28 sentimeter lebar telah berjaya memecah Rekod Dunia Guinness. Tikar tersebut dihasilkan oleh lebih 400 penganyam tikar wanita daripada komuniti orang ulu dan menyiapkan anyaman tersebut dengan mengambil masa selama lapan bulan bertempat di rumah panjang mereka.


Paling laju mecucuk kelapa mengunakan jari
Sifu Ho Eng Hui adalah pawang dengan kemahiran aneh. Dia boleh mencucuk kelapa dengan jari. Pada tahun 2009, dia mencipta rekod dunia baru selepas mencucuk empat buah kelapa dalam 12.15 saat dengan satu jari.