Tuesday, January 31, 2012

MITOS a.k.a MYTH

1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukan
Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan. Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.

2. Makan Lobak Merah Meningkatkan Daya Penglihatan
Benar lobak merah (carrot) mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi (kekurangan vitamin A boleh meyebabkan buta). Namun, tidak kira berapa banyak vitamin A yang dimasukkan ke dalam badan, mata anda tidak akan menjadi mata robot, boleh melihat sejelas-jelasnya seperti kanta X-ray. Walaubagaimanapun, lumrah setiap sesuatu saling berkait. Apabila anda mengalami kesusutan vitamin A, makan lobak merah boleh membantu meningkatkan kembali tahap penglihatan.

3. Memakai Losyen Menghindari Anda Dari Kanser Kulit
Kebenaran di sini, pemakaian losyen perlindungan sinar UV boleh membuatkan anda sebagai pengguna rasa terselamat dari kanser akibat pendedahan terus cahaya matahari. Sebenarnya, losyen pelindung UV sekalipun tidak memberi perlindungan 100% kepada kanser akibat UV. UV masih boleh mencapai bahagian kulit anda. Mungkin dapat mengelakkan rasa kulit terbakar, namun perubahan genetik akibat terdedah pada cahaya matahari masih boleh berlaku. Jadi tidak kira dimana anda berada, jangan terlalu suka berjemur, kesan ekologi rumah hijau abad 21 akibat industri kita.

4. Boleh Mendapat Kanser dengan  Makan Makanan Barbeku/ Bakar
Akibat kajian saintis pada asap hitam (ash), semua yang dibakar menggunakan arang dan mengeluarkan asap hitam dikatakan pemangkin kanser (carcinogen). Walaupun benar asap hitam mengandungi heterocyclic aromatic amines (HAAs), tiada bukti perkaitan terus yang menunjukkan makanan barbeku/dibakar boleh menyebabkan kanser. Ini kerana bahan carcinogen (walaupun ada) yang terdapat dalam makanan barbeku adalah terlalu sedikit (not biologically significant) tidak mencapai tahap yang boleh memulakan kanser dalam badan.

5. Minum kopi berperanan menurunkan berat badan
Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.


6. Diet Rendah Lemak Adalah Cara Sihat Mengurangkan Berat Badan
Pengambilan makanan rendah lemak (jika keterlaluan), boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk pertumbuhan badan yang sihat. Hakikatnya, obsesi pada makanan rendah lemak dikatakan menjadi punca kepada penentangan badan terhadap insulin. Cara terbaik dan sihat untuk mengurangkan berat badan adalah hanya melalui pemakanan seimbang dan senaman berterusan.

7. Pisang Menggemukkan
Sebenarnya pisang adalah rendah lemak, hanya setengah gram lemak dan 95 gram kalori di dalamnya. Malah, pisang adalah tinggi potassium dan pelbagai pakej kesihatan yang banyak. Juga, pisang adalah lebih berkhasiat berbanding epal.

8. Tidak Mengapa Langkau Makan Pagi/Sarapan
Sarapan adalah penting. Sebenarnya makan pagi juga boleh diibaratkan sebagai sesi berbuka puasa setelah semalaman tidak makan (tidur). Walaupun ramai orang dapat mengembalikan tenaga semula pada sesi makan tengahari, namun tiada sesi makan yang lebih efisien berbanding serapan khasiat dan tenaga yang mampu diperolehi akibat bersarapan.

9. Asalkan makan makanan sihat, makan banyak mana sekalipun tidak mengapa
Tidak! Anda silap. Makanan sihat sekalipun, tetap memiliki kalori. Kalori tetap kalori. Sungguhpun oatmeal makanan sihat, sekiranya diambil empat cawan oatmeal, kalorinya akan terjumlah yang boleh memudarat dan seterusnya menjejaskan perancangan diet anda.

10. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan
Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”. Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.



11. Orang Gemuk Kerana Memiliki Metabolisma Badan Yang Rendah
Mitos ini adalah tanggapan biasa di kalangan mereka yang mengalami kegemukan. Namun, anda tidak boleh menyalahkan faktor ini sahaja terhadap keadaan fizikal anda yang berlebihan berat badan. Malah, kajian terkini menyatakan orang gemuk memiliki tahap metabolisma badan yang lebih tinggi berbanding orang biasa, dalam erti kata lain, orang gemuk kebiasaannya cepat lapar.

12. Anda Hilang Banyak Haba Melalui Kepala
Tiada keistimewaan langsung antara haba badan dan bahagian kepala anda. Haba badan boleh keluar melalui mana-masa sahaja bahagian badan yang tidak tertutup.

13. Suhu Sejuk Menyebabkan Anda Sakit
Dalam kajian pindahan penyakit akibat suhu sejuk, mereka yang berehat di dalam rumah lebih mudah jatuh sakit berbanding mereka yang keluar masuk. Kebarangkalian suhu sejuk menyebabkan ramai berlindung di dalam rumah dan pada masa yang sama pengudaraan yang tidak baik dan keadaan lembap memberi kelebihan bagi bakteria terperangkap menjangkiti anda.

14. Perlu Buang Air Besar Sekurang-kurangnya Sekali Sehari
Pendapat ini hanya setengah betul. Kerap buang air besar memang benar boleh mengilangkan rasa tidak selesa dan sembelit namun orang yang sihat tidak semestinya perlu membuang air besar setiap hari. Malah sembelit hanya didefinasikan sebagai orang yang membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu.

15. Makanan Yang Terjatuh Dan Diambil Kembali Cepat-Cepat Adalah Selamat
Makanan yang terjatuh pada lantai tile dan kayu mengambil bakteria dengan banyak. Makanan yang jatuh diatas karpet bersih bagaimanapun tidak mengambil banyak bakteria.

kredit-mikail90.blogspot.com