>>>>>Stokin tu basah lah....
Dalam banyak-banyak api la kan, api yang tak panas?
>>>>>Bil api
Dalam byk2 air mata, air mata apa yang rasa manis?
>>>>>Air mata kucing
Apakah binatang yang hidup di udara, darat, dan juga air
>>>>>Burung Raja Udang
Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
>>>>>Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).
Sekolah apa yang tak gurunya tak ada, muridnya pun tak ada
>>>>>Sekolah cuti
Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
>>>>>Buang tebiat nak mampus
Adalah sebuah kampung terpencil di selatan Malaysia, ada seorang perempuan yang baru melahirkan anak semasa dalam perjalanan pulang dari zoo naik kereta perodua rusa. Lepas anak dia lahir, dia terus namakan “Aminah”. Kenapa ?
>>>>>Sebab anak dia perempuan la
Kambing reka robot, lembu reka kereta, aku reka apa?
>>>>>Aku reka cerita la
Dalam banyak2 kucing, kucing apa ada 9 kaki?
>>>>>Kucing duduk kat kaki 5.
Macamana nak tangkap burung empat ekor sekaligus?
>>>>>Tangkap la gambar burung tu.
Kenapa agaknya hidung lembu biasanya berair?
>>>>Sebab lembu tak pandai kesat hidung dengan tisu.
Apakah bendanya naik lambat, tetapi turun cepat?
>>>>>Hingus.
Ada sebuah basikal, ada tayar, lepas tayar tempat duduk, lepas tempat duduk ada besi, lepas besi, ada handle, lepas handle?
>>>>>Kalau lepas handle jatuh la.
sebuah kapal layar pergi ke China dari Amerika. Kapal itu belayar menuju ke arah timur. Kemanakah asap kapal itu akan pergi?
>>>>>Kapal layar mana ada asap.
Kenapa lelaki perlu beristeri tiga?
>>>>>Kerana kalau kawin satu isONE, kalau kawin dua isTWO, kalau kawin tiga barulah isTERI
Kenapa semut kecik?
>>>>>Pasal mak bapak dia kecik
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling cepat naik kawasan paling tinggi?
>>>>>Kuih lepat liat laaa sbb masuk mulut je trus sampai lelangit
Dalam banyak banyak mi, mi apa yang banyak kolestrol?
>>>>>MinyakKenapa kalau naik teksi kita tak bayar duit dulu?
>>>>>Sebab duit dulu tak laku.
Yang mana satu betul, 18 + 19 'ialah' 36..... atau...... 18 + 19 'adalah' 36
>>>>>Kedua-dua salah. Kerana 18 + 19 = 37
Dalam banyak-banyak hantu..hantu apa yang pandai bersilat?
>>>>>HangTuah
Pada suatu hari,ibu monyet membawa 2 ekor anaknya berjalan-jalan sambil melintas jalan,bila sampai di seberang ,ibu monyet itu menyatakan "selamat kita lima beranak!"Masalahnya,kenapa ibu monyet tu menyatakan demikian sedangkan dia hanya 3 beranak sahaja?
>>>>>monyet mana pandai mengira
Tujuh orang gadis berteduh didalam sebuah payung. Tetapi, tiada seorang pun di antara mereka yang basah. mcmmana mereka buat??
>>>>>sbb hari tidak hujan.
betik apa yang bahaya kalau di makan?
>>>>>betik yang di makan di tengah-tengah jalan.
Apakah yang terletak ditengah2 antara langit dan bumi?
>>>>>Dan
Bila beli kereta apa yang dapat free?
>>>>>Free Gear.
Jika anda menunggang motorsikal, tiba tiba ada 2 ekor binatang iaitu ular dan biawak melintas maka yang mana satukah dahulu korang kene pijak?
>>>>>brek
Seekor monyet, tupai, dan burung berlumba memanjat pokok kelapa. Di antara monyet, tupai, dan burung, yang manakah akan mendapatkan pisang terlebih dahulu?
>>>>>Mereka panjat pokok kelapa, mana boleh dapat pisang pulak.
Bagaimana anda tahu carrot itu baik untuk mata anda?
>>>>>pernah tengok arnab pakai cermin mata ke.....
No comments:
Post a Comment