Wednesday, October 18, 2017

#Sohorkini..... PERKATAAN BARU

DBP baru-baru ni mengumumkan 140 lagi perkataan baru...Perkataan atau istilah baharu ini dicipta bertujuan mendukung konsep atau perkara baharu yang timbul dalam masyarakat hari ini....So malaysian please put afford utk membiasakan diri mneggunakan perkataan baru ni....Sesuatu yang baharu pada mulanya agak canggung tetapi jika telah menjadi kebiasaan, tentulah kita dapat menerimanya, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. 

di sini aku ada senaraikan sikit yang mana aku rasa paling patut orang ramai tahu tentang perkataan baru dari DBP....


  • Suri Teladan – Role Model
  • Jerayawara – Road Show
  • Latar Pentas – Back Drop
  • Gegantung – Bunting
  • Imej Tumpu – Highlight
  • Parkir – Parking
  • Pascanilai – Postmortem
  • Swafoto – Selfie
  • Kira detik – Count Down
  • Bilik acu – Fitting Room
  • Ujana teh – Garden tea
  • Persantaian -Resort
  • imej tumpu- highlight
  • merarau - lunch
  • cicipan - hi tea
  • gabi - supper
  • tunafoto - photobomb
  • Tanda pagar - hashtag
  • Bicara pagi - breakfast talk
  • Nyah pepijat - debug
  • Pasang ganti - clean install
  • Makanan cekut - finger food
  • Iklan acah  - teaser
  • Swafoto bersama - wefie
  • Bicara santai - table talk
  • Kata pikat - pick-up line
  • meridap - nap
  • Tular - Viral
  • Sohor kini - Trending
  • Aksi rasa kilas - Flashmob
  • Sumber khalayak - Crowdsourcing
  • Rekayasa semula - Reengineering
  • pesanhantar - dropship
  • Jerayawara – Road Show
  • Latar Pentas – Back Drop
  • Imej Tumpu – Highlight
  • Kira detik – Count Down
  • Ujana teh – Garden tea


EJAAN YANG MENGELIRUKAN...!
timbul pula lagi baru2 ni aku tengok kat dbp, ada perkataan yang selama ini kita salah eja tapi sebutan lain. Penggunaan ejaan yang tepat wajar dititikberatkan oleh semua pengguna bahasa Melayu. 

sepatutnya kalau timbul kekeliruan, hal tersebut boleh diatasi dengan merujuk pakar bahasa Melayu, atau buku panduan ejaan atau kamus yang berwibawa. tapi sejak dari bangku sekolah lagi kita semua dah diajar untuk mengeja dengan apa yang kita sebut niii.... Rasa macam tak percaya dan tak logik pula ejaan yang dikatakan salah atau betul. Jauh daripada sebutan yang biasa kita gunakan dari dulu. Aku tak faham mengapa Bahasa Melayu jadi begitu!!!!? Sebutannya lain, ejaannya lain. Ini dah jadi semacam satu identiti bahasa yang pelik dan mengelirukan. Pening laaaaaa cikgu nak mula ajar balik.... haihhhhh!!!!


Di bawah ini ialah contoh ejaan perkataan yang aku susah nak terima dan kadang-kadang rasa tak puas hati..... tapi bagi diri aku laa, ADA BEBERAPA PERKATAAN aku lebih selesa guna ejaan yang dikatakan salah



  • resepi ❌ resipi ✔
  • sampin ❌ samping ✔ >:(
  • Serunding❌  Serondeng ✔
  • Satria ❌ Sateria✔ >:(
  • Zohor ❌  Zuhur ✔
  • Faksimili ❌  Faksimile ✔ >:(
  • Garuda ❌  Geroda ✔ >:(
  • menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
  • istirehat ❌ istirahat ✔ >:(
  • kadang-kala ❌ kadangkala ✔
  • sambilewa ❌ sambalewa ✔
  • dasyat ❌ dahsyat ✔ 
  • insuran ❌ insurans ✔
  • mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
  • penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
  • gambarajah ❌ gambar rajah ✔
  • redha ❌ reda ✔ >:(
  • kerinting ❌ keriting ✔ >:(
  • bergu ❌ beregu ✔
  • kontingen ❌ kontinjen ✔
  • mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔ 
  • mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
  • mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 
  • mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
  • sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
  • majerin❌ marjerin ✔ >:(
  • rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
  • alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
  • margasatwa ❌ mergastua ✔
  • workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
  • bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
  • limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
  • walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
  • mee ❌ mi ✔
  • kuey teow ❌ kuetiau ✔ >:(
  • respon ❌ respons ✔
  • sunnah ❌ sunah ✔
  • ramadhan ❌ ramadan ✔
  • leukimia ❌ leukemia ✔
  • emel ❌ e-mel ✔ 
  • katrij ❌ kartrij ✔
  • cop nama ❌ cap nama ✔
  • Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
  • alergik ❌ alergi ✔
  • ansurans ❌ ansuran ✔
  • urusetia❌ urus setia ✔
  • keretapi ❌ kereta api ✔
  • merbahaya ❌ marabahaya ✔ >:(
  • naskah ❌ naskhah ✔ >:(
  • atlit ❌ atlet ✔
  • war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔ >:(
  • urusetia ❌ urus setia ✔
  • fax ❌ faks/faksimile ✔
  • was-was ❌ waswas ✔
  • stokin ❌ stoking ✔
  • karenah❌ kerenah ✔
  • kemaskini ❌ kemas kini ✔
  • ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
  • pra sekolah ❌ prasekolah ✔
  • temu janji ❌ janji temu ✔
  • menghadkan ❌ mengehadkan ✔
  • hajjah ❌ hajah ✔ >:(
  • agen ❌ ejen ✔
  • mertua❌  mentua✔ >:(
  • unggu❌  ungu✔ >:(

KERAJAAN MELAYU PURBA

Sejak zaman Melayu Awal lagi, kawasan perairan di semenanjung emas telah menjadi laluan perdagangan utama antara Timur dan Barat.  Ini telah menyebabkan kebanyakan kerajaan awal di semenanjung emas  menjadi tempat persinggahan para pedagang terutamanya dari China dan India.  Mereka telah mengumpulkan hasil tempatan untuk didagangkan serta menjadi pusat perkembangan agama. 
KERAJAAN YANG DISENARAIKAN DI BAWAH ADALAH KERAJAAN2 YANG MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU/ MELAYU KUNO SAHAJA. KERAJAAN INI ADALAH KERAJAAN PURBA DAN SEBELUM DATANGNYA AGAMA ISLAM DI SEMENANJUNG TANAH EMAS

Tanah Merah/ Chih Tu/ Funan[3M- 545M]
Berdasarkan catatan ahli-ahli sejarah China, Funan yang dipercayai telah ditubuhkan pada abad 1masihi di Delta Mekong, tetapi penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa penempatan manusia yang luas di rantau ini mungkin telah kembali sejauh abad ke-4 sebelum masihi. Walaupun dianggap oleh pengarang Cina sebagai satu empayar, beberapa ahli sains moden berpendapat bahawa Funan mungkin merupakan gugusan kota-kota yang kadang-kadang berperang satu sama lain dan pada masa lain ada perpaduan politik.  

Funan merupakan sebuah empayar Melayu kuno yang terletak di Sungai Mekong (Vietnam). Empayar ini diasaskan oleh Kaundinyawarman, adik kpd Raja Sri Kripawarman dari Empayar Yawadwipa. Empayar Funan adalah sebuah Kerajaan yang terulung di Asia Tenggara pada kira-kira kurun 3 sehingga kurun ke 7 (Meliputi Kemboja, Selatan Vietnam, Thailand dan Utara Malaysia termasuk Kelantan). 

Pada zaman ribuan tahun yang lalu Sebelum Masihi (SM), terdapat sebuah kawasan yang dinamakan Medang Kumulang (ada juga menyebut Medang Permulaan) yang kini terletak di Kelantan. Mulai abad 1 Masihi, kawasan ini mula dikenali sebagai Medang Gana. 

Selepas itu Empayar Yawadwipa pula muncul sekirar tahun 50-100M dibawah pemerintahan Raja Sri Kripawarman. Empayar ini kekal sehingga abad ke-3 Masihi sebelum diambil alih Empayar Funan yang memerintah selama kira-kira 400 Tahun selepas itu.

Dari bukti arkeologi, termasuk barang-barang Rom, Cina, dan India yang digali di pusat perdagangan kuno ã Eo (di Khmer), di selatan Vietnam, diketahui bahawa Funan pasti telah berkuasa sbgai negeri perdagangan. Penggalian di Angkor Borei di selatan Kemboja juga telah menunjukkan bukti penting mengesahkan Óc Eo dikaitkan dengan sebuah pelabuhan di pantai dan ke Angkor Borei oleh sistem terusan, mungkin semua lokasi-lokasi ini bersama-sama membentuk pusat Funan.

Ketika ini penduduk tempatan di Funan dan jirannya , Kerajaan Champa, majoritinya adalah Melayu. Sekarang ini juga masih ada rakyat Kemboja dan Vietnam berbangsa Melayu. Namun sedihnya, ramai  diantara mereka yang telah hilang identiti malah tidak tahu langsung mengenai bangsa asal mereka

Kemudian selepas kerajaan Funan hampir hancur, muncul pula negeri kecil dinamai Kalathana. KALATHANA ini sebenarnya ialah serpihan daripada Funan. Pada asalnya, negeri  ini merupakan sebuah Negeri Persekutuan, dikenali sebagai Kalathana yang membawa maksud Tanah Raksasa.  Persekutuan ini terdiri daripada negeri Kalathana (Kelantan), Thanathana (Terengganu), Gangga Negara (Perak) dan Kuli (Pahang).

Negeri-negeri dalam Kalathana ini telah bersetuju melantik Raja Kalathana, Bhadreswararaja sebagai pemimpin persekutuan ini pada 418M. Pada waktu itu, Funan dinaungi oleh Empayar Champa, justeru kewujudan persekutuan Kalathana ini tidak direstui oleh Maharaja Champa sendiri. Lalu pada 427M, Maharaja Champa telah menghantar bala tentera melalui Langkasuka untuk menghukum Raja Kalathana. Serangan tersebut dapat dipatahkan dan perajurit Kalathana telah melakukan serangan balas. Serangan tersebut telah membuahkan hasil yang gemilang dengan merebut kawasan dari Langkasuka hingga ke Tambralingga seterusnya menguasai seluruh Segenting Kra(Selatan Thailand sekarang).


Gangga Negara [2M–1025M]
Berdasarkan buku Geographike Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150M ada menyebut tentang sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas; merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Coconagara seakan-akan menyamai sebutan Gangga Negara. 

G. Coedes dalam The Indianized States of Southeast Asia berpendapat bahawa Coconagara itu terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel Low pula berpendapat ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas. Jika perkara ini tepat, maka ketamadunan Melayu di Beruas telah wujud sekurang-kurang sejak abad ke-2Masihi lg merujuk kepada tahun penulisan Ptolemy.

jika berdasarkan sumber tempatan pula, iaitu teks Sejarah Melayu, Kerajaan Gangga Negara ialah sebuah kerajaan yang terletak di kawasan Sungai Dinding iaitu dari Kuala Sungai Dinding ke Sungai Dendang dan merangkumi kawasan Pengkalan Baharu, Segari, Beruas, Lembah Kinta, Bidor, Sungai Siput, Pengkalan di Ipoh serta kawasan-kawasan sekitarnya. Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan besar pada masa itu dan pusat pemerintahannya sentiasa berubah-ubah.

Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Kerajaan Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan kuno yang terdapat di negeri Perak. Namun, terlalu sedikit kajian dan bukti serta jumpaan artifak yang dapat menyokong dan menyingkap rahsia kewujudan kerajaan ini serta kerajaan-kerajaan awal yang lain yang terdapat di negeri Perak. Kerajaan Gangga Negara merupakan kerajaan terawal di Perak dan kemudian apabila musnah barulah lahir dua buah kerajaan yang mengambil alih kekuasaannya, iaitu Kerajaan Melayu Beruas dan kerajaan Manjung. 

Kerajaan Gangga Negara didakwa telah musnah pada kurun ke-11 Masihi, apabila diserang Srivijaya dibawah pimpinan Raja Rajendra Chola pada tahun 1025 Masihi. Peristiwa ini turut tercatat dalam kisah serangan kerajaan Srivijaya ke atas negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu khususnya peristiwa serangan terhadap kerajaan Kadaram atau Kedah.

Fakta ini turut sama dipersetujui dalam sumber tempatan khususnya melalui sumber catatan Sejarah Melayu. Namun, terdapat sedikit perbezaan berkaitan nama raja yang menyerang, iaitu Raja Suran. Tidak dapat dipastikan sama ada Raja Rajendra Chola I dan Raja Suran adalah orang yang sama. Perkara yang pasti adalah pada tahun 1025 Masihi, kerajaan Gangga Negara telah dimusnahkan. Rumusannya, tempoh masa kerajaan Gangga Negara adalah antara kurun ke-2 hingga ke 11-Masihi.

Langkasuka[2M-1902M]
Langkasuka membentuk permulaan abad ke-2M dan berada dalam rekod keadaan Cina Dinasti Wupada dari 243M Langkasuka adalah persekutuan Pantai Timur ke Pantai Barat. Antara bandar-bandar utama Langkasuka ialah Kedah Lama. 

Kedah Lama sebagai bandar pelabuhan dari awal abad ke-6 SM. Fungsi Lama Kedah sebagai bandar pelabuhan menarik ramai peniaga dari barat kerana Kedah Lama menghasilkan besi paling halus, yang banyak digunakan dalam kempen perang di masa lalu. 

Sejak zaman Assyria membentuk sebuah kerajaan, digantikan dengan Persia dan Rom, berpindah ke India Indus atau Anak Benua India Utara hingga masa penyatuan Sriwijaya. Kedah menjadi kota yang kaya, ditambah dengan adanya laluan Trans-Semenanjung Kuno yang meluas di Langkasuka, Raktamrittika dan sebagainya. Kedah Lama menyertai bandar-bandar di laluan perdagangan Trans-Peninsula untuk membentuk Langkasuka. Persaingan wujud antara Old Kedah dan Pelabuhan Takua Pa yang terletak di kawasan Funan. Kemudian, Funan menyerang dan mengawal Segmen Kra. 

Namun, pada tahun 515M, kuasa Funan merudum akibat penguasaan Chenla dalam istana Funan, menyebabkan Langkasuka berjaya memerdekakan empayarnya dan menghantar utusan ke negara China sehingga tahun 568 M. Namun,pada tahun 568 M, Raktamrittika yang muncul sebagai sebuah empayar telah menyerap Pan Pan, Langkasuka dan Tan Tan ke dalam federasinya. Istana Kedah Tua dikuasai pula oleh keturunan Raktamrittika menyebabkan bapa Merong Mahawangsa, membawa keluarganya berhijrah sampai ke Lanka. Merong Mahawangsa ini kemudiannya mengasaskan Kerajaan Kedah Tua.

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.


Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka

Raja terakhir Langkasuka atas nama raja Patani ialah Phya Tu Nakpa yang memeluk Islam pada 1457 dan menukar namanya kepada Sultan Ismail Shah Zolallah fi al-‘Alam dan Fatani Dar al-Islam (Ahmad ‘Umar 2002). Akan tetapi mengikut Hikayat Merong Mahawangsa raja Langkasuka yang pertama memeluk Islam ialah yang bernama Phra Ong Mahawangsa pada 1136 dan menukar namanya kepada Sultan Mudzafar Shah. nama raja Patani yang pertama masuk Islam itu ialah Raja Antira/Indera dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Syah. 

Kerajaan Patani wujud hingga 1902 dan separuh daripada kesultanannya amat rapat dengan Kesultanan Kelantan. Namun banyaklah sumber lain lagi yang menyatakan Islam bertapak di Langkasuka/Patani sejak abad ke-11M lagi.  Nama Langkasuka hilang selepas abad ke-15M ini dan diambil alih oleh nama barunya, Petani atau Patani.

Kedah Tua[4??M-HARI INI]
Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina. 

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

Kedah Tua dapat ditakrifkan sebagai gabungan sekumpulan penempatan pesisir pantai dan pinggir sungai yang terletak di Lembah Bujang dan berfungsi sebagai pusat pertukaran komoditi dengan struktur berkerajaan. Pe­nempatan-penempatan ini dihuni oleh masyarakat pribumi Melayu, dan juga komuniti pedagang yang tinggal dalam jangka masa pendek sementara me­nunggu pertukaran angin monsun. Perkara yang membezakan Kedah Tua dengan kerajaan Kedah yang wujud hingga kini adalah dari segi penzamanan, pola penempatan dan kegiatan ekonominya.

Kedah Tua mula wujud dan dikenali masyarakat asing sejak kurun kedua Sebelum Masihi dan posisinya sebagai pusat entrepôt berterusan sehingga kurun ke-14 Masihi. Antara kurun ke-14 hingga ke-15 Masihi memperlihatkan zaman peralihan di bawah dominasi kerajaan Majapahit. Perkembangannya menjadi sebuah kesultanan dan kerajaan dengan struktur yang kita kenali sekarang kemungkinan bermula sekitar pertengahan kurun ke-15 Masihi, sezaman dengan perkembangan empayar Melaka. 

Lembah Bujang pula satu terminologi yang diperkenalkan pada 1970-an untuk merujuk kepada kawasan di sekitar lembah Sungai Merbok-Muda tempat ditemui jumpaan arkeologi seperti monumen, seramik, arca dan prasasti yang dapat dikaitkan masyarakat Kedah Tua.

Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847M-861M). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

Sriwijaya[667M-1377M]
Kerajaan Melayu yang berpusat di Dharmasraya[sekarang Jambi] telah menjadi sebuah pusat Sriwijaya yg namanya berasal daripada nama seorang pemerintah Kalathana iaitu "Sriwijaya" yang ditulis sebagai "Shih-li-pi-cho-yeh". Raja ini ditulis menghantar utusan kepada China pada tahun 434 M oleh ahli sejarah China, Shenyao (414-512) dalam bukunya Sung Shu (Sejarah Awal Sung). Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi oleh agama-agama besar dari India, pada mulanya oleh agama Hindu kemudian diikuti pula oleh agama Buddha.

Berdasarkan Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi, kerajaan Sriwijaya didirikan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang memimpin satu armada dengan 20,000 bala tentera dari Minanga Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat lain yang ditemui di Kota Kapur di Pulau Bangka (686 masihi), Karang Birahi di Jambi Hulu (686 masihi) dan Palas Pasemah di selatan Lampung, menceritakan peristiwa yang sama. Dari keterangan batu-batu bersurat ini, dapat disimpulkan yang Jayanasa mendirikan Kerajaan Srivijaya setelah mengalahkan musuh-musuhnya di Jambi, Palembang, Selatan Lampung dan Pulau Bangka. 

Asal usul Raja Jayanasa dan kedudukan sebenar Minanga Tamwan masih diperdebatkan ahli sejarah, ada yang berpendapat armada yang dipimpin Jayanasa ini berasal dari luar Sumatera, berkemungkinan besar dari Semenanjung Tanah Melayu.

Kebesaran raja Srivijaya juga digambarkan melalui catatan saudagar Arab bernama Sulaiman dalam tahun 851M yang mensifafkannya sebagai Raja diGunung dan Maharaja diPulau. Raja diGunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak didaratan mahupun dilautan. Raja Srivijaya yang tersusun sistem pemerintahannya memerintah secara multak dengan dibantu oleh wazir-wazirnya yang menjadi perantaraan antara siraja dengan rakyat sekelian.

Dalam dunia perdagangan, Srivijiya adalah empayar yang mengawal dua laluan utama antara India dan China, iaitu Selat Sunda dari Palembang dan Selat Melaka dari Kedah. Catatan Arab menyatakan yang empayar Maharaja Srivijaya adalah sangat luas sehinggakan kapal yang paling laju pada zaman itu pun tidak mampu untuk belayar mengelilingi semua pulau-pulanya selama dua tahun. 

Menurut keterangan I-Tsing, Raja Srivijaya memiliki kapal-kapal yang banyak untuk tujuan perdagangan. Komoditi utama adalah rotan, gaharu, kino merah, kapur barus, jadam, cengkih, minyak cendana, buah pala, buah pelaga, buah pinang, buah kelapa, kemukus, gading dan timah, menjadikan kekayaan Maharajanya setanding dengan mana-mana raja di India.[28]. Srivijaya juga adalah negara yang sangat kaya dengan emas, bahkan I-Tsing pernah menggelarnya sebagai "Chin Chou" atau "Kepulauan Emas".

Pengaruh kuasa perdagangan Srivijaya di Lautan India telah membawa kepada penghijrahan penduduk kepulauan Melayu ke Madagascar. Selain itu, pengaruhnya juga menjalar ke bahagian timur ke Borneo sehingga ke kepulauan Filipina, terutamanya kepulauan Sulu dan Visayas. Pada kurun ke-10, Kerajaan Tondo yang berada di bawah pengaruh Srivijaya telah ditubuhkan di Manila.

Selepas serangan dari Rajendra raja Chola dari Koromandel [sekarang Tamil Nadu di teluk benggala, Selatan India]  , pihak berkuasa dinasti Sailendra ke atas pulau-pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu menjadi semakin lemah. Ditambah pula Penaklukan Singhasari pada 1288 serta penaklukan dr kerajaan jawa Majapahit meletakkan suatu penamatan pada kemegahan Srivijaya pada 1377.