Thursday, February 23, 2017

Sultan Muhammad Al-Fateh

Jika disebut Sultan Muhammad Al-Fateh pasti sekalian mengaitkan beliau dengan kota Konstantinopel atau dikenali sebagai Istanbul ketika ini. Beliau pastinya dikagumi oleh semua orang tidak kira bangsa atau agama. Tetapi sebagai ummat Islam,yang mempunyai ramai panglima hebat dikalangannya kita mesti nak tahu lebih lagi kan...

Latar Belakang

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 30 Mac 1432M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Merupakan Sultan yang ketujuh daripada kerajaan Uthmaniyah. Beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang tenang, pendiam, sabar, berani, tegas dan sangat cintakan ilmu. Beliau juga merupakan seorang yang sangat tawwaduk sehingga para ulama serta para pemimpin begara ikut serta dalam membina Benteng Bereli Hassan apabila melihat beliau sama-sama membuka serban dan bajunya untuk mengangkat batu dan pasir.

Kehebatan beliau terserlah dengan menguasai pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang antaranya seperti ketenteraan, sains, kejuruteraan, falsafah dan matematik. Beliau juga menguasai enam bahasa yang berbeza iaitu Arab, Latin, Greeek, Serbia, Turki dan Parsi. Hal ini menunjukkan betapa penguasaan otak kiri perlu sama hebat dengan penggunaan otak kanan agar segala jenis ilmu dapat dikuasai dengan baik dan  bukan hanya tertumpu kepada satu-satu bidang sahaja.

Pendidikan
Bapanya Sultan Murad telah menjadikan Al-Quran sebagai asas utama dalam mendidik Sultan Muhammad Al-Fateh. Hal ini kerana untuk menjadi seorang yang hebat mestilah bermula dengan hafazan Al-Quran. Penjanaan intergriti seseorang terhasil dengan konsep dosa dan pahala yang diterangkan dalam Al-Quran yang mana menjadi asas kepada syariat sunnahtullah. Betapa perlunya Al-Quran itu dijadikan asas dalam hidup kita manakala Usuluddin bertindak sebagai akar, Syariah sebagai batang dan akhlak sebagai daun serta buah.

Mempunyai guru yang hebat juga mempunyai pengaruh yang besar dalam usaha melahirkan panglima sehebat Sultan Al-Fateh. Oleh itu bapanya memastikan Sultan Al-Fateh mendapat ajaran daripada kalangan tenaga pengajar yang terbaik pada ketika itu seperti Al-Syeikh Muhammad daripada Al-Azhar. Sultan Murad juga tidak berkompromi dalam mendidik Sultan Al-Fateh dengan membenarkan penggunaan rotan digunakan dalam teknik pembelajaran bagi menghasilkan disiplin yang mantap. Seseorang raja yang hebat mestilah juga mempunyai wawasan yang tinggi agar masa tidak terbuang terhadap perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.

Oleh itu semenjak kecil lagi ibunya,Huma Hatun telah bertindak dengan membawa Sultan Al-Fateh ke atas bukit berdekatan dengan Kota Konstantinopel semenjak umur beliau 4 tahun bagi menanam wawasan yang jelas dalam diri beliau bahawa suatu hari nanti beliau akan mampu menguasai Kota Konstantinopel dan ini menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai seorang yang mempunyai matlamat yang jelas untuk dikecapi.

Menakluki Kota Konstantinopel


Beliau memulakan misi penaklukan Kota Konstantinopel pada umur 21 tahun, dua tahun selepas dilantik menjadi sultan oleh bapanya. Walaupun sebelum beliau terdapat 12 kali percubaan telah dilakukan dalam merobohkan Empayar Byzantine dan antara pemimpin-pemimpin yang berkobar-kobar untuk merealisasikan ramalan Rasulullah SAW adalah seperti Yazid bin Muawiyah yang telah melakukan tiga kali percubaan, Harun Ar-Rashid yang mengejutkan kerajaan Rom dengan kehebatan beliau, serta Muawiyah bin Abi Suffian.

Abu Ayyub Al-Ansari RA yang merupakan antara sahabat Rasulullah juga tidak ketinggalan dalam melakukan percubaan menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 86 tahun. Beliau merupakan salah seorang sahabat Nabi yang tidak pernah ketinggalan untuk menyertai peperangan menentang orang kafir dan merupakan pemegang panji tentera Islam. Selama 5 tahun beliau mengepung Kota Konstantinopel yang mana usahanya menyumbang kepada pengecilan empayar tersebut daripada saiz XL menjadi saiz S ketika era Sultan Muhammad Al-Fateh.

Pada tanggal 29 Mei 1453 Kota Konstantinopel akhirnya berjaya ditawan oleh kerajaan Islam dan nama Konstantinopel telah ditukarkan menjadi Istanbul (Islam keseluruhannya). Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah melumurkan pasir ke mukanya selepas melakukan sujud syukur di atas pembukaan kota tersebut dan pembukaan ini juga telah menyebabkan beliau digelar sebagai Al-Fateh yang membawa maksud pembukaan.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.



Beliau kemudian menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Itali, Hungari, dan Jerman. 

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sebaik-baik Raja,Sebaik-baik Tentera

Gereja Saint Sophie juga telah ditukar menjadi masjid Hayyat Sofia dan semasa ingin melakukan solat Jumaat pertama,timbul persoalan siapakah yang harus menjadi imam. Lantas beliau memilih dengan menanyakan soalan kepada tenteranya;

“Sesiapa yang di antara kamu semua yang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali,silakan duduk!’’

Namun tiada seorang pun dalam kalangan tentera beliau yang duduk kerana tidak pernah meninggalkan solat fardhu walau hanya sekali semenjak dari kecil. Kemudian beliau menanyakan lagi kepada para tenteranya,

“Sesiapakah yang antara kamu pernah meninggalkan solat rawatib walau sekali,silakan duduk!’’

Sebahagian daripada tentera beliau kemudiannya duduk.Manakala soalan yang terakhir yang diajukan oleh beliau;

“Sesiapakah yang antara kamu pernah meninggalkan solat sunat tahajud walau sekali,silakan duduk!’’

Semua ahli tentera beliau akhirnya duduk dan hanya Sultan Muhammad Al-Fateh sahajalah yang tinggal seorang sahaja berdiri. Hal ini membenarkan ramalan Rasulullah SAW,bahawa sebaik-baik raja hanyalah benar-benar layak disandang oleh beliau.



“…Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera..’’

Hadith di atas pastinya merupakan hadith masyhur yang tidak asing lagi dikalangan kita dan ia merupakan antara mukjizat Rasulullah SAW ketika dalam persediaan menghadapi perang Khandak. Mukjizat itu diterima ketika mana Rasulullah sedang menggali parit bersama para sahabat dan terdapat batu besar yang menjadi penghalang penggalian ketika itu. Batu itu kemudiannya dipecahkan dengan tiga kali pukulan yang disertai dengan percikan yang mana antara tiga percikan itu, Rasulullah S.A.W mendapat 3 bayangan dan antaranya ialah kota Konstantinopel akan dibuka oleh tentera Islam. 

Dan ramalan ini telah dirakamkan setelah 825 tahun kota Konstantinopel berada dalam tangan orang kafir pada tarikh serangan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh dilakukan dan tempat berlaku yang bertempat kira-kira 5000km jauhnya daripada kota Madinah.

Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa


-Fatin Inani binti Mohd Noh-