Nama,Panggilan,Gelaran,Pangkat Nama,Nama Keturunan agak menarik hendak mengetahui salasilah nama2 ini. raja, ratu, sultan, sultanah, tuanku, tunku, tengku, ungku, engku, putera, puteri, megat, tun, toh puan, tan sri, puan sri, dato', datuk, datin, tuan, puan, encik, cik, pak, mak, tok, hang, dang, sang, yang, si, mat (melayu), nik, che, wan, che wan, tuan, long, ku (kelantan siam patani), pengeran, dayang, awang, abang, pehin, datu, datu patinggi (brunai borneo), syed, said, shaikh, sheikh, syarifah, mohamad, siti, abdul (arab), shah, khan (pakistan/iran), wak, raden, bung (jawa), daeng (bugis) kebanyakannya adalah gelaran yg menunjukkan kedudukan, pangkat, keluarga dan darjat mereka ataupun keturunan moyang mereka. tapi kalau nama keluarga, ia diperturunkan menurut keturunan untuk menunjukkan asal usul keturunan darah keluarga itu.
Sayyid, Syarif dan Habib, Meor
Apakah yang dimaksudkan dengan prediket Sayyid, atau Syed yang diletakkan bersama dengan nama seseorang yang berketurunan darah Rasulullah SAW? Perkataan `As-Sayyid', (jamaknya `Saadat' atau `Asyad'), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang memberi makna `ketua' atau `pemimpin'. Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah Hadeeth, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Al- Hassan : "Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil menunjuk kepada Al- Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum
Muslimin."
Rasulullah SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah sebagai `pemimpin kaum wanita Islam (sayyidah nisa' ummati)' dan cucunda baginda, Al-Hussein, sebagai `pemimpin kaum belia di syurga (sayyid syabab ahlal-jannah).' Selain itu, kalimah Sayyid dalam beberapa konteks yang lain bererti `ketua suku' (sayyid al qabilah) atau orang bangsawan. Istilah `Syarif', (jamaknya `Asyraaf), bererti ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan istilah `Sayyid'. Gelaran `Syarif' dipakai untuk Bani Hasyim di masa-masa permulaan Islam sebagai nama sebutan, atau prediket bagi mereka. Orang pertama dari Bani Hasyim yang memakai gelar `Syarif' ialah Syarif Ar-Radhiy dan saudaranya Al-Murtadho.
Di Hijaz, sebutan `Syarif' tidak digunakan kecuali untuk para Penguasa Mekah dari keturunan Al-Hassan. Menurut adat dan kebiasaan umat Islam, prediket `Sayyid' diberikan kepada ahlul-bait dari keturunan Al-Hussein sementara `Syarif' dari keturunan Al-Hassan. Keturunan Sayyidd dari Hadhramaut, iaitu sebuah negeri di Selatan Semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran `Habib', yang bererti orang yang dikasihi.
Apabila seseorang berketurunan Sharifah berkahwin dengan orang bukan berketurunan Syed, nama bayinya dengan sendirinya ditukarkan nama pangkalnya kepada Meor kepada anak lelaki dan kepada anak perempuan pula diberikan nama Wan.
Wan dan Nik
Di Negeri Kelantan asalnya Sultan dia namanya Raja Kumar. Dari keturunan Raja Kumar lah ada nya Cik Siti Wan Kembang. masa Cik Siti Wan Kembang ni jadi Raja (bukan seluruh Kelantan tapi cuma kat wilayah kat Timur Kelantan kot?), tempat dia tu jadi terkenal lah. Banyak lah pedagang pedagang datang.
Dalam negeri Kelantan juga tapi wilayah yang lain nama nya Jembal. ada juga satu Raja kat sini. Ni lah cerita Raja Saadong tadi. Yang ni tadi cerita ambil angkat angkat buluh betung dengan dari mulut ikan. And anak anak dia mula dengan nama gelaran NIK.
Balik pada cerita Cik Siti Wan Kembang tadi... dia pun tak ada anak. Jadi, dia ambil lah Puteri Saadong (konon nya memang cantik giler lah sampai Maharaja Siam datang kidnapped) jadi anak angkat and dia akan dapat jadi Raja untuk seluruh wilayah Cik Siti Wan Kembang dan wilayah Jembal.
Dipendek kan cerita, lepas dia kena culik oleh Maharaja Siam and kemudian dipulang kan ke Kelantan, dia gaduh lah dengan laki dia nama Raja apa entah. Masa gaduh gaduh tu laki dia ni mati terkena cucuk sanggul Puteri Saadong. Lepas tu Puteri Saadong larikan diri and habis lah cerita Puteri Saadong kat sini.
Kemudian, lepas tu baru mula Long Bahar (putera pada Raja Patani nama Wan Daim) jadi Raja kat Jembal. Kat sini lah mula nya keturunan WAN kat Kelantan. Sebenarnya Long Bahar tu keturunan WAN, tapi selalunya jika anak sulung secara automatik akan jadi LONG walaupun anak anak lain adalah WAN. Kira LONG tu nama panggilan lah. Kemudian, anak Long Bahar dengan Wan Anom... nama dia Long Sulaiman ganti jadi Raja lepas Long Bahar tu meninggal.
Kat sini Long Sulaiman tu guna nama gelaran LONG juga sebab dia anak WAN yang sulung. Anak Long Sulaiman nama dia Long Yunus yang lepas tu satu kan semua wilayah wilayah kat Kelantan and ishtihar diri dia sebagai Sultan Kelantan yang pertama.
Jadi, begitu lah cerita nya macam mana nama gelaran NIK and WAN ada kat Kelantan. NIK tu asal dari nama anak angkat Puteri Saadong yang dari buluh betung and mulut ikan. Dan WAN pula dari keturunan Long Yunus.
Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saadong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki. Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan. Ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini.
Cerita pasal WAN kat Kedah ni lain dari WAN kat Kelantan. Jika WAN Kelantan, mereka ni dari keturunan Raja Patani. Tapi kat Kedah, gelaran WAN ni sebenarnya dari perkataan PAHLAWAN. Sultan Kedah mula bagi gelaran WAN ni kat Panglima Panglima Istana yang banyak berbakti untuk Kedah. Masa zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Siam serang Kedah. Masa ni cerita nya mula bagi gelaran WAN kat Panglima Panglima Kedah i.e. Datuk Bendahara diberi nama Wan Mohd. Sidek and Datuk Temenggung nama dia Wan Musa. Lepas tu siapa jadi Bendahara, Temenggung, Laksama, etc akan terus bagi gelaran WAN and tu terus lah sampai cucu cicit dia.
Dayang
Kalau tengok anak anak perempuan Raja Brooke saja yang ada DAYANG, yang lelaki tak ada title apa apa pun. So, nama gelaran ABANG dari mana?
1868 - 1917 H.H. Rajah Sir Charles Anthoni Brooke, Rajah of Sarawak.
Anak anak:
1) James Harry Brooke
2) Charles Clayton Brooke
3) H.H. Rajah Sir Charles Vyner de Windt Brooke
Anak anak:
i) Dayang Leonora Margaret
ii) Dayang Elizabeth
iii) Dayang Nancy Valerie
4) Captain H.H. Bertram Willes Dayrell Brooke
Anak anak:
i) H.H. Anthony Walter Dayrell Brooke
ii) Dayang Jean Margaret Palmer
iii) Dayang Elizabeth
iv) Dayang Anne Elaine Primula
5. Harry Keppel Brooke
6. Dayang Ghita Brooke
7. Esca Brooke-Daykin
Raja
Yang guna nama gelaran RAJA ni cuma dari Perak saja. mereka yang ada gelaran RAJA ni di Perak ialah waris keturunan Kesultanan Melaka. Kalau tengok genealogy, keturunan Kesultanan Perak adalah berasal dari Sang Sapurba. So, gelaran RAJA tu kekal sampai hari ini.
Ada juga Raja di Selangor tapi zaman dulu lah. Mereka guna kan gelaran RAJA sebab diberikan oleh Sultan Perak masa tu. Selangor adalah keturunan Bugis iaitu dari keturunan Daeng Celak. Sultan Perak tabalkan anak Daeng Celak iaitu Raja Lumu jadi Sultan. Since then, keturunan Selangor guna gelaran RAJA kat depan nama. Tapi selepas tahun 1898, Sultan Alauddin Sulaiman bagi nama anak anak dia TENGKU. Tapi ada anak dia pulak yang bagi nama kat anak anak dia RAJA semula. Ni yang aku tak faham. Tapi now Sultan Sultan Selangor semua nama gelaran TENGKU
Tengku
Nama gelaran TENGKU di gunakan kat Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan.
Asal kat Pahang adalah keturunan Sultan Mansur Shah. Anak dia Sultan Muhammad jadi Sultan Pahang yang pertama. Mulanya keturunan dia semua pakai nama gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka). Sampai lah bila Bendahara Dinasti yang jadi Sultan Pahang mula dengan Tun Muhammad Tahir. Lepas tu anak anak dia semua mula guna nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU and gelaran tu lama lama berubah jadi TENGKU.
Kesultanan Terengganu sekarang pun asal dari keturunan Bendahara Johor. Sultan Johor pertama, Sultan Zainal Abidin I adalah anak pada Tun Habib Abdul Majid. Jadi keturunan dia mula lah dengan nama TUN, TUAN, ENGKU sampai lah jadi TENGKU and guna sampai today. Kelantan pun sama juga, Long Yusuf ikhtiraf diri dia jadi Sultan Kelantan. Keturunan dia mula guna nama gelaran LONG, ENGKU sampai lah jadi TENGKU.
Tunku
3 negeri guna nama gelaran Tunku iaitu Johor, Kedah, Negeri Sembilan. Untuk Johor, asal nya memang waris Kesultanan Melaka, tapi Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang memang tak ada waris. Jadi terputus kan warisan Kesultanan Melaka kat sini. Lepas tu mula lah Johor dengan Bendahara dinasty dengan Bendahara Abdul Jalil jadi Sultan. Keturunan dia mula dengan nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU sampai lah ke TENGKU and kemudian TUNKU. Kalau tengok Sultan Johor sekarang ni nama gelaran dia TUNKU. Mungkin sebab bukan sebenarnya keturunan Raja tapi Bendahara dan Temenggung. Kedah. Rasa nya mereka asal dari Raja Hindu dari India ke Sri Lanka ke. Sampai lah Kedah di Islam kan.
Negeri Sembilan apa kata kita suruh Raja Melewar cerita. Nak cerita pun tak tau sangat. zaman dulu orang orang Minangkabau kat Tanah Melayu minta satu Sultan kat negeri dia . Then tu Raja Melewar (keturunan Raja Pagaruyung) datang and lantik diri dia jadi Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Tapi tak sure macam mana nama gelaran TUNKU tu datang. Kalau ikut sejarah, Raja Melewar, bapak dia Raja Masa Bumi, Raja Khatib, etc guna gelaran RAJA bukan TUNKU. But why lepas Raja Melewar jadi Yang Dipertuan Besar dengan nama Tuanku Sultan Mahmud Shah, anak anak dia semua guna TUNKU sampai sekarang?
tulisan oleh : monofar