Monday, November 18, 2013

GAJET YANG KORANG TAKKAN SANGKA MENGGUNAKAN ANDROID

ANDROID.....Sape yang tak kenal dengan Operating System dari Google ni kan...Siapa sangka bahawa Android akan menjadi sistem operasi yang paling banyak digunakan di dunia selepas Google membeli Android pada tahun 2005 dan penggunanya sentiasa meningkat membuat Android kuasa dominan yang disegani dengan perkongsian pasaran sebanyak 70.1%. Android digunakan oleh gergasi teknologi terkenal seperti Samsung, HTC, Hauwei, ZTE, Motorola, Sony, LG dan banyak lagi.

Seperti orang lain mesti korang hanya tahu yang android ni untuk telefon dan tablet je kan... Tahu tak korang yang Android ni adalah OS yang paling versatail sekali dalam dunia ni. Jadi disini, aku nak kongsi ngan korang gajet2 yang korang x sangka menngunakan Android OS.


1. Permainan Mudah alih.



Dengan menggunakan Android sebagai OS. Korang boleh main game yang ade kat dalam PlayStore menggunakan Kayu ria (joy stick la..duh!!) Senang cerita macam ni lah, korang bayangkan tablet 7 inci korang tu tapi tambah lagi dalam 1 inci kiri kanan untuk letak joy stick. contoh gambar kat atas ni adalah JXD ngn Nvidia Sheild




2. Kamera.
 


kalau yang ni pulak mesti ada antara korang dah tau kot. senang cerita, buang fungsi telefon, tapi letak la pula kamera yang boleh zoom. Contoh gambar kat atas ni adalah Polaroid dengan samsung



3. Jam tangan
  

mesti korang terpikir pasal galaxy gear, yea...memang jam tu pakai android tapi jam tu kene berpasangan dengan telefon lain untuk berfungsi. tapi jam yang aku nak tunjuk ni memang betol2 jam tangan tapi guna Android OS. so, telefon kecik ada di tapak tangan korang.



4. Kotak TV android




Untuk gajet ni pula, memang best sangat-sangat. Aku ada satu tapi android 2.2 gingerbread la. Lama punya gajet. Apa yang best nye kat kotak t.v ni adalah korang boleh guna android korang kat t.v dengan mengawal menggunakan Alat kawalan jauh(remote control) , mouse, keyboard atau pun joy stick. Gajet ni macam tablet cuma buang je skrin ngan speaker die, letak dalam satu kotak kecil...kalau nak guna kene cucu kat t.v. Bayangkan la kalau korang boleh instagram, fb, weechat, main game android kat t.v!!! Bende ni kat Malaysia jarang cume,tapi kalau order online dapat la. Kalau dapat yang lagi seronok adalah yang mempunyai kamera terbina, baru la boleh Skype ngn wee chat video call. haha



5. Radio kereta


Yang ni mungkin ada yang dah tahu sebab kat kereta proton suprima pakai radio ni la. Apa yang membezakan android biasa denagn kereta punya adalah layout yang lagi besar supaya senang nak tekan dan satu lagi, playstore telah diganti dengan AppGarrage. Antara produk yang guna android for car ini adalah Clarion.


6) Pemancar LCD (projector)



Dengan pemancar LCD terbina di dalamnya jadi korang boleh pancarkan dimana mana sahaja. ,fungsi pemancar ini adalah memancarkan applikasi android di skrin korang. Katakanlah nak tayangkan video kat Youtube, tngok gambar, presentation kecil-kecilan dan juga saja-saja nbak main game kat skrin besar. projektor ni memudahkan kerja membawa jadi tak perlu lah korang nak bawak laptop dan projektor. Dari saiz sebesar ensiklopedia untuk boleh sambung kat laptop sampai lah saiz tapak tangan pun ada.




7) Permainan konsol

Console gaming system......mesti korang semua terbayangkan PS, Xbox dan Nintendo Wii kan. Tapi ada satu produk konsol ni menggunakan antara muka android untuk permainanya. So terdapat game2 yang selama ni kita main kat tablet boleh main kat TV cuma masalahnya adalah selalu lagging, permainan yang disediakan tak banyak dan joy sticknye macam bangang. so benda ni terkubur sahaja. Nama produk ni adalah OUYA.



8) Peti ais

memang pelik tapi inilah produk terbaru dari Samsung..haha...aku pon tak tau la macam mana benda ni berfungsi. tapi yang aku tau benda ni mcm android juga cumafungsinya di kurangkan supay ianya lebih tetumpu untuk memberitahu kepada pemilikapa barang yang kurang, menu apa nak masak, resepi, radio, fb, twitter, mcm android gak la dan berita. Nama produk ini adalah samsung T9000



9) telefon talian darat



yup, lpas ni telefon rumah korang boleh jadi telefon android untuk buat main fb, twitter ngan internet cume korang tak boleh nak bawak la. haha.




10) cermin muka


untuk yang terakhir ni adalah cermin muka kat tandas yang melekat kat dinding. yang ni cuma tablet yuang diletakkan dalam cermin yang di kawal menggunakan gerakan tangan. idea nya disini adalah memudah kan kita tengok berita, carta, minit2 mesyuarat dan macam macam lagi lah semasa sedang mencuci muka, berak ke, mandi