Sunday, February 13, 2011

10 LAPTOP TERNIPIS DI DUNIA


10. Toshiba Portege R500

Toshiba Portege R500 hanya mempunyai berat seberat 0.78 kg dan itu dikira amat ringan. Laptop ini mempunyai ketebalan setebal 1 inci. Sesiapa yang memilikinya mesti merasa gembira kerana sifat mudah bawanya.


9. Dell Latitude E4200

Dell Latitude E4200 ini berukuran hanya 0.8 inci tebal. Kulitnya diperbuat daripada besi yang tahan lasak dan ianya bergaya untuk dibawa kemana-mana.


8. Lenovo Thinkpad X301

Lenovo Thinkpad in berukuran 0.83 inci tebal dan mempunyai ciri-ciri yang menarik walaupun rupanya masih lagi seperti laptop tahun 90-an. Ianya telah dicipta intik menggunakan elektrik sejimat-jimatnya dan semua ini ada harganya iaitu 2600dolar.


7. Lenovo IdeaPad U110

Lenovo IdeaPad U110 memiliki berat seberat 1.05 kg dan tebalnya hanyalah 0.72 inci. Kebanyakan laptop  hanya mementingkan rupa tetapi tidak boleh diharap. Dalam kes IdeaPad U110, kedua-dua itu disatukan untuk memberi satu produk yang bermutu.
6. Dell Latitude E4300

Dell Latitude ini berukuran 0.7 inci tebal dan ini membuatkannya model ternipis dalam siri Latitude. Walaupun tidak senipis mana, ianya amat menarik dan cantik. Pembuatannya amat jitu dan mungkin boleh bertahan sehingga anda wariskan laptop ini kepada keturunan anda.

5. Samsung X360


Samsung X360 mempunyai ketebalan 0.66 inci dan beratnya ialah 1.27 kg. Laptop ini amat tahan lasak kerana ia menggunakan teknologi nano untuk mengelakkan bakteria bawaan udara lembap.

4. Actius MM10 Muramasas

Laptop ini dikenalkan oleh Sharp Corparation pada tahun 2003 dan ianya adlah yang ternipis pada waktu itu dengan ketebalan 0.5 inci. Merka amat berbangga dengan laptop mereka yang nipis ini sehinggalah Apple melancarkan laptop yang lebih nipis.

3. Apple Macbook Air

Apple Macbook Air telah dihasilkan oleh syariat Apple. Inc hakmilik Steve Job. Laptop ini menggunakan OS Apple yang tersendiri dan lebih tidak serabut berbanding Microsoft. Telah diperkenalkan pada tahun 2008 dan ianya mendapat sambutan yang sangat hangat sebagaimana I-phone. Laptop ini berketebalan 0.52 inci.

2. Dell Adamo

Apabila mendapat tahu Apple talah mengeluarkan laptop nipisnya, Dell bertindak dengan mmbalas serangan dengan mengeluarkan Dell Adamo yang berketebalan 0.53 inci.Ianya mempunyai saiz yang jauh lebih kecil daripada Apple Macbook dan ini memudahkannya untuk dibawa kemana-mana untuk membuat kerja.

1. Sony Vaio Size Zero

Laptop ini mempunyai saiz yang betul-betul nipis dan kecil. Ianya boleh dimuatkan di dalam poket belakang seluar jeans anda . ianya tersangat kecil dan saya pernah menjumpainya di satu konvensyen Pc di KL dan bagi saya ia boleh didefinasikan juga sebagai laptop terkecil di dunia. Size Zero ini memang berketepatan dengan nama dan tebalnya yang hanya 0.54 inci.