Tuesday, October 19, 2010

Haruan dan Anak


Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. 


Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!!
bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. 


Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
Mahal nih!!! Dah, pegi keluar

MUTIARA KATA 1

1. Yang paling jauh dengan kita bukan bulan, bintang dan bukan jua mentari tapi adalah masa yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi, semalam yang telah pergi menjadi kenangan, yang ada adalah hari ini dan akan datang, gunakanlah hari ini dengan sebaik yang mungkin kerana esok belum tentu untuk kita.

2. Pastikan hari esok lebih baik dari hari ini.

3. Ilmu yang bermanfaat adalah harta milik orang mukmin yang hilang, maka bila dan di mana pun ia menemukannya, ia lebih berhak mengambilnya.

4. Kalau hendak menguasai orang lain, hendaklah engkau mengetahui dirimu sendiri lebih dahulu.

5. Dengan kemahuan yang kuat dan tekad yang bulat, segala sesuatu pasti dapat diselesaikan.

6. Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia menuntut. Tetapi apabila sesuatu ketika dia berkata ‘aku sudah pintar’, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan dirinya sendiri.

7. It is more important to do the right things than to do things right.

20 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA


Rasa jatuh cinta sukar digambarkan dengan kata-kata dan ia amat indah di sulami perasaan warna-warni percintaan.

1. Sukar melelapkan mata kerana wajahnya terbayang2 di ruang mata....

2. Sentiasa berdebar dan dengupan jantung sentiasa berdenyut kencang apabila bertembung dengannya.

3. Ambil tahu iaitu kamu semakin berminat mengetahui tentang latar belakang dirinya. tekun mendengar setiap citer tentang dirinya.

4. Resah gelisah kerana hatimu sering dirundung kegelisahan bila si dia tidak kelihatan..

5. Dihinggapi perasan cemburu  bila melihat si dia mesra dengan orang lain.ikutkan hati biar si dia berbual dengan kamu sahaja.

6. Hobi terbaru,TERMENUNG oleh kerana fikiranmu melayang terbayangkan wajah pujaan mu itu.

7. Dating dan ada saja alasan untukmu bertemu dengannya. Hujung minggu pula habis dengan keluar dating sahaja.

8. Rindu yang teramat sangat pada si dia.

9. Bergayut d telefon sehinggakan sehari tak dengar suaranya bikin kamu sakit kepala.

10. Berubah cita rasa iaitu kamu lebih gemar menghayati lagu-lagu cintan ...



11. Memberi hadiah dan kalau dah suka tu sebuah banglo pun kamu sanggup nak beri.

12. Awal ke tempat kerja/kuliah/sekolah kerana kamu bersemangat untuk melangkah ke hari-hari baru mu....semuanya kerana si dia!

13. Lebih rajin dan prestasi kamu semakin meningkat,kreatif dan berfikiran positif

14.Menjaga penampilan penampilan mu seiring dengan arus fesyen masa kini.Tapi tidak bermakna kamu perlu seksi.Dari rambut hinggah kuku kakimu cantik mempesonakan!

15. Bersikap defensif, maknanya kamu melakukan pembelaan dan pantang diusik kamu pantas membela si dia!

16. Merajuk - kamu terlalu mudah merajuk...yelah, nak minta dimemujuknya.

17. Mudah salah sangka iaitu kamu mudah berasa hampa jika kemahuan mu tidak di turuti, ataupun selalu simpan perasaan yang si dia tidak menyayangi mu walhal dia memang sayang sangat.

18. Sentiasa kata YA pada semua pendapatnya dan kamu sentiasa akur dengan permintaan dan pendapatnya walaupun kamu agak tidak berapa setuju.

19. Sanggup berkorban untuk si, kamu sanggup renangi lautan luas.menuruni lurah dan paling penting sanggup berkorban demi si dia, nak terjun klcc pun sanggup kot!

20. Jadi orang lain iaitu kamu selalu menjadi pelakon bila berhadapan dengannya, yelah nak tunjuk diri tu perfect di depan si dia.

MALAYSIA BOLEH...hehehehe
















amiklah korunk kalu nak bwt wallpaper.....bende ni tetiap hari ak tngok kat sekeliling aku.....hahahaha