Friday, February 10, 2012

FAKTA MENGENAI CATUR

1.Chess adalah permainan dua pemain  yang dimainkan di atas papan catur, berkotak hitam-putih persegi dengan 64 kotak yang disusun dalam grid8x8. Ia merupakan salah satu permainan yang paling popular di dunia, yang dimainkan oleh 700 juta orang di seluruh dunia.

2. Dipercayai diperkenalkan di India pada kurun ke-6 dan dikenali dengn nama Chaturanga yang bermaksud '4 pihak askar' dalam bahasa sanskrit.

3.Untuk checkmate yang terpantas, terdapat formula yang boleh digunakan iaitu 1. F3 E5 2. G4 Qh4++ ini dikenali sebagai Fool’s mate ataupun Two Move Checkmate.

4. Perkataan CHECKMATE berasal dari bahasa Parsi berbunyi SHAH MAT, yang bermaksud raja dah mati.

5. Permainan terpanjang dimainkan oleh Ivan Nikolic vs. Goran Arsovic di Belgrade pada tahun1989 dimana ianya berlansung berterusan selama 20JAM 15MINIT dimana pada pengakhirannya kedua-dua menarik diri kerana terlampau penat dan akhirnya game itu seri.

6. Terdapat catur mata tertutup dimana kedua-dua pemain harus menutup mata dan mengagak di mana langkah pihak lawan. Rekod didunia direkodkan pada tahun 1960 di Budapest dimana Janos Flesch, Hungary telah bermain serentak bersama 52 org dan menang 31 daripadanya.

7.Catur sering dikutip oleh para psikolog sebagai cara yang efektif untuk meningkatkan fungsi memori.  Juga memungkinkan pikiran untuk memecahkan masalah yang kompleks dan bekerja melalui idea, maka tidak menghairankan bahwa catur disarankan dapat memerangi Alzheimer.

8. David Wei Ling Howell telah menjadi pemain termuda dalam sejarah pertandingan antarabangsa Grandmaster pada tahun 1999, dia telah mengalahkan GM John Nunn dan semasa itu umurnya adalah 8 TAHUN.

9. Negara yang telah banyak kali memenangi pertandingan dunia 'World Cup' ialah negara Rusia.


10.Pergerakan yang paling popular dunia dalam memulakan catur ialah pergerakan dari E2 ke E4.

11. Dalam dunia secara puratanya, PUTIH telah menang sebanyak 38.4%, HITAM pula 31.4% dan SERI sebanyak 38.4%.

12. Sebanyak 30 negara dalam dunia seperti Rusia, Iceland dan Venezuella telah menjadikan catur sebagai SUBJEK KURIKULUM dalam sekolah.

13. Kajian mendapati kanak-kanak yang terdedah dengan permainan catur akan 8% lebih pandai dalam matematik dan sains berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bermain catur.

14. WORLD CUP CHESS 2011 yang berlansung di Rusia menarik seramai 128 peserta mewakili 48 negara dan dari jumlah tersebut, 2 daripada meraka adalah peserta wanita.

15. Juara Catur Dunia semasa adalah Viswanathan Anand daripada India dan juara Dunia Wanita pula adalah Hou Yifan dari China