Monday, September 25, 2017

KENAPA RAMALAN BABA VANGA MENYERAMKAN??

Baba Vanga, peramal buta berasal dr Bulgaria, dikenali kerana memiliki kemampuan luar biasa dalam meramal kejadian di masa depan. Beberapa ramalannya sebelum meninggal pada 1996, dikatakan BANYAK menjadi kenyataan.

1. Peristiwa WTC 11 September 2001
Salah satu yang terkenal adalah peristiwa serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 2001 atau yang lebih dikenal dengan 9/11. Serangan paling menakutkan dalam sejarah Amerika itu telah diramalkan jauh sebelumnya oleh Baba Vanga iaitu pada tahun 1989.


2. Penggunaan bom kimia di timur tengah
Ketepatan ramalannya dinilai sesuai sekali lagi dengan konflik berpanjangan di Timur Tengah terutama Syria. Peramal yang di kenali Nostradamus dari Balkan itu mengatakan akan terjadi perang di Syria yang melibatkan penggunaan senjata kimia. Hal itu terbukti setelah sebuah bom kimia jatuh di Syria yang pelakunya adalah pasukan Bashar al Assad. Lebih dari 100 warga tak berdosa meninggal dunia akibat bom kimia.


3. Mulai Tahun 2016, Islam akan Mulai Menguasai Eropah
Vanga meramalkan pd tahun 2016, Islam akan mulai masuk ke Eropah. Sang peramal tidak mengatakan detailnya, tapi beberapa tahun setelahnya Muslim akan sepenuhnya menguasai Benua Biru. Hal ini seiring dengan pertumbuhan Islam di Eropah yang meningkat dari tahun ke tahun dan baru2 ini mengenai kes pelarian mangsa peperangan isis dan kekejaman kerajaan.


4. Perang di Timur Tengah

Vanga telah membuat ratusan ramalan dalam hidupnya, termasuk bahawa akan ada 'perang Muslim besar' yang akan dimulai dari berlakunya reformasi Arab Spring pada tahun 2010, di Syria. Perang ini akah berakhir di tahun 2043 katanya lagi (lama lagi tuh), selain itu akan berlakunya pembentukan khalifah islam di mana Rom menjadi pusat pemerintahannya.


5. China akan memiliki kekuatan besar dan berpengaruh dunia pada 2018
Tak perlukan bukti untuk membenarkan penyataan ini sbb skrg ni mmg China sudah pun mengusai ekonomi dari segi pengeluaran teknologi tenaga hijau, perlabuhan kapal yang pesat, pengeluran teknologi ketenteraan yang semakin meningkat naik dan juga pengeluaran produk2 berteknologi tinggi utk kegunaan dunia.


6. Perang besar berlaku semula di Semenanjung Korea

Kata vanga, perang di Semenanjung Korea bermula dari terpilihnya presiden ke-45 Amerika, (Donald Trump la maknyanya tuh). Perang Dunia ke-III akan menggunakan senjata nuklear. Baba Vanga yang juga menjelaskan, yang tahu pasti berlaku perang dimulai ada di tangan Presiden Trump. Tapi kalau kita tengokkan keadaan sekarang ni, sejak masa kepemimpinan Presiden Trump, ketegangan mulai meningkat di mana-mana, termasuk di Timur Tengah dan yang terbaru di Semenanjung Korea.


7. Adanya orang berkulit hitam yang akan terpilih sebagai presiden Amerika

Ramalan tersebut pun terbukti apabila Obama telah terpilih, warga Amerika melaungkan cogan kata "HOPE" (harapan) untuk menggambarkan terpilihnya Obama. Ramalannya lagi-lagi benar. Ia mengatakan, meskipun rakyat Amerika memberi harapan besar kepada sang presiden berkulit hitam ini, tapi akan terjadi malah sebalikannya. Katanya Obama akan membawa Amerika ke krisis ekonomi, yang akhirnya menjalar ke negara lain. 


8. presiden kulit hitam amerika yg membawa Amerika ke krisis ekonomi, yang akhirnya menjalar ke negara lain.

Terbukti, Amerika mengalami krisisi ekonomi hebat di masa pemerintahan Obama. Dunia, terutama Eropah, sampai mengalami krisis kewangan.
9. Perubahan cuaca bakal berlaku
Dia tahu dengan tepat tentang perubahan iklim yang drastik dan ini terjadi juga. Dia mengatakan bahawa kawasan dingin akan menjadi panas dan gunung berapi akan mulai banyak meletus. Mungkin Anda sudah mulai melihat bagaimana ais di kutub utara mulai mencair dan banyak gunung-gunung berapi yang meletus. Ini kah kebenarannya????

10. Bencana kapal selam nuklear Kursk
Pada tahun 1980, peramal yang buta ini meramalkan bahawa pada bulan Ogos 1999, "Pulau Kursk akan ditutup dengan air dan seluruh dunia akan menangis atasnya"........... tetapi apa yang berlaku adalah kapal selam Russia yang bergelar Kursk yang telah karam di Laut Barents atas masalah teknikal pada 12 Ogos 2000, dimana tragedi itu telah membunuh semua anak kapal.

11. Lain-lain ramalan Baba Vanga yang menakutkan tapi masih belum berlaku

2023 - orbit Bumi akan berubah sedikit

2028 - Manusia dapat mengemudikan pesawat ke luar angkasa sampai ke planet venus

2033 - Ais di kutub utara dan selatan mencair.

2043 - Dunia ekonomi makmur. Muslim yg menjalankan Eropah

2046 - Setiap organ dapat dihasilkan secara industri. Pertukaran organ tubuh badan menjadi cara perubatan kegemaran.

2076 - Tidak ada masyarakat kelas yg berbeza2. Maknya semua manusia mempunyai hak yang sama rata sahaja (komunisme bangkit semula???)

2088 - penyakit baru merebak


2097 - Penyakit itu mulai sembuh.

2111 - Orang-orang menjadi robot.( humanoid??)

2123 - Perang di antara negara-negara kecil.

2125 - Kelaparan di setiap pelusuk dunia

2130 - Koloni yang hidup di dalam air (mungkin makhluk asing)

2154 - Haiwan menjadi setengah manusia. (klon?? mutasi??)

2167 - Agama baru yang kuat dan ramai pengikutnya bakal muncul.

2170 - kekeringan air tawar di seantero bumi.

2183 - Koloni manusia yang berada di Marikh sudah menjadi negara pengeluar nuklear dan meminta kemerdekaan dari Bumi.   wowwww!!

2187 - Manusia berjaya menghentikan 2 letusan gunung berapi.

2195 - Koloni Laut sepenuhnya dikembangkan, tenaga dan makanan berlimpah

2196 - Kacukan campuran antara Asia dan Eropah bercambah

2201 - proses termonuklear lambat. Suhu turun.

2256 - Spaceship freighting membawa penyakit baru ke dalam bumi.

2262 - Orbit planet mulai berubah secara perlahan.

2271 - Hukum-hukum fizik berubah

2288 - Perjalanan kembali ke masa lepas. Hubungan baru dengan makhluk asing.

2296 - Perubahan gaya graviti.

2299 - Di Perancis, ada pemberontakan terhadap Islam.

2302 - Misteri tentang alam semesta yang terungkap.

2304 - Misteri Bulan terungkap.

2341 - Sesuatu yang mengerikan mendekati Bumi dari ruang angkasa.

2371 - Kelaparan dimana mana.

2378 - Kaum baru tumbuh dengan cepat. (kaum yakjuj & makjuj???)

3005 - Perang di Marikh.

3010 - Komet merobek Bulan dan menjadi lingkaran cincin mengelilingi bumi.

3797 - Bumi mulai tidak sesuai dan membunuh banyak jenis kehidupan, tetapi manusia akan dapat meletakkan benih bagi kehidupan baru di sistem bintang yg lain.

3803 - Sebuah planet baru dihuni oleh sedikit manusia, Iklim planet baru itu mempengaruhi organisma dan mereka bermutasi.

3805 - Perang antara manusia merebutkan sumber

3815 - Perang sudah tamat

3854 - Perkembangan peradaban hampir berhenti.

4302 - kota-kota baru tumbuh di dunia. pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi baru.

4302 - Perkembangan ilmu pengetahuan. Para ilmuwan menemukan kaedah keseluruhan  utk mengelakkan diri dari semua penyakit dalam perilaku organisma.

4304 - Ditemukan cara untuk mengubati semua penyakit.

4308 - Kerana mutasi pada akhirnya orang mulai menggunakan otak mereka lebih dari 34%. Manusia benar-benar bermutasi dan hilang pengertian tentang kejahatan dan kebencian.

4599 - manusia mencuba/mencapai tahap keabadian.

4674 - Perkembangan peradaban telah mencapai puncaknya. Jumlah orang yang hidup di planet yang berbeda adalah 34
0juta sahaja. Asimilasi dimulai dengan alien.

5078 - Keputusan manusia untuk meninggalkan batas-batas alam semesta. Sementara itu sekitar 40% dari populasi yang menentangnya.

5079 - End of the World.................................. KIAMAT????


Henry the Black @ Enrique de Malacca @ Panglima Awang Hitam...... SIAPAKAH DIA????

Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan. Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera / Semudera sekarang ini.

Enrique adalah pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, sultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, Enrique bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju Lisbon, Portugis pada 1512. Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka. Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau Enrique. Nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas.

Enrique de Malacca (dalam beberapa sumber dia disebut sebagai "Henry the Black") berasal dari Kepulauan Melayu, tetapi telah diperhambakan oleh penjelajah Portugis, Ferdinand Magellan semasa ekspedisinya ke Melaka pada tahun 1511. Tidak banyak sumber menyebutnya, kecuali dia disebut sebagai "Panglima Awang" dalam kesusasteraan Melayu. Walau bagaimanapun, tidak ada rekod khusus mengenai beliau dalam akaun sejarah Melayu. Rekod komprehensif yang paling terkenal tentangnya ditemui dalam perjalanan Magellan, ditulis oleh Antonio Pigafetta, seorang Itali yang menyertai kru Magellan.

Menurut Pigafetta, Enrique berasal dari Sumatera, dan tinggal di Melaka. Semasa serangan Portugis ke Melaka pada tahun 1511, Enrique adalah salah seorang pembela kota. Dia ditawan oleh Portugis dan menjadi hamba pasukan Magellan. Dengan pengetahuannya tentang navigasi dan keupayaan untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Enrique menjadi orang yang berguna untuk Magellan kerana dia memerlukan jurubahasa dan pelayar untuk meneruskan perjalanannya ke bahagian lain di Asia Tenggara selepas penangkapan Melaka. Pada tahun 1512, Magellan kembali ke Lisbon dengan pelayannya yang setia, Enrique.

Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.

Magellan menawarkan bantuannya ke Sepanyol untuk mencari laluan baru yang berlayar ke barat Pulau Spices di suatu tempat di Kepulauan Melayu. Dia berjaya meyakinkan Raja Charles dengan memperkenalkan Enrique yang mahir dalam bahasa dan alam sekitar. Ciri-ciri Enrique ini, bersama-sama dengan pengalaman hebatnya, penting untuk membuat pelayaran seterusnya ke dunia Melayu berjaya.
Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San Antonio, Conception, Victoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang. Selepas meyakinkan raja, Magellan telah dibekalkan dengan sebuah tentera dan lima kapal layar. Mereka meninggalkan Sepanyol pada 20 September 1519 untuk ekspedisi mereka. 

Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara. 

Sebaik sahaja mereka tiba di pulau, mereka mendapat bekalan makanan dan peralatan lain yang diperlukan, dan beralih ke arah selatan. Pada 17 Mac mereka sampai ke tempat yang diketahui hari ini sebagai Filipina. Pada masa ini, Enrique memainkan peranan penting sebagai jurubahasa. Dia menjadi suara dan telinga antara Magellan dan orang asli.

Pada 7 April, ekspedisi itu telah sampai ke tempat yang dikenali sebagai Cebu. Magellan bertemu Raja Humabon, penguasa Cebu. Raja meminta Magellan untuk mengalahkan kumpulan pemberontak yang dipimpin oleh seorang pahlawan, Lapu Lapu. Magellan bersetuju dan melancarkan serangan ke atas pasukan Lapu Lapu tetapi dibunuh pada 27 April.

Malangnya Magellan menjadi mangsa pertama serangan kerana lengan kanannya terkena panah beracun. Pengikut Magellan pula lari lintang - pukang kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas yang tidak terduga itu. Magellan telah tersungkur dan mati. Peperangan disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan.

selepas kematian Magellan, Enrique pergi berkabung mendalam. Menurut Pigafetta, walaupun Enrique adalah hamba Magellan, mereka mempunyai persahabatan yang baik. Pigafetta menulis bahawa, "Dia tidak lagi pergi ke darat untuk melakukan perniagaan yang diperlukan tetapi sentiasa dibungkus selimut."

Pemimpin baru penerokaan, Duarte Barbossa ingin menyimpan Enrique sebagai penterjemah dan memutuskan bahawa Enrique harus menjadi hamba kapal mereka. Keputusan ini membuat Enrique tidak senang. Dia merancang konspirasi dengan Raja Humabon melawan orang Sepanyol (Barbossa dan rakan sekerjanya). Pada keesokan harinya, Enrique memberitahu orang-orang Sepanyol bahawa Raja Humabon menyiapkan perhiasan dan hadiah untuk Raja Sepanyol dan meminta mereka untuk menerima hadiah. Sekumpulan orang Sepanyol yang diketuai oleh Barbossa pergi untuk menerima hadiah tetapi mereka diserang oleh tentera Humabon. Enrique berjaya melarikan diri dari serangan itu.

Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique of Melaka bersama 27 orang yang lain telah terselamat. Kapal tersebut kembali ke Sepanyol.18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari kepulauan Maluku. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.

Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau Cebu, Filipina.

Kemungkinan Enrique merupakan penduduk Cebu yang bekerja di Melaka semasa Portugis menyerang pada 1511. Mungkin juga Enrique dibawa dari Cebu ke Melaka dan diberi nama Enrique of Melaka. Mungkin juga Enrique seorang Filipino.

Tetapi bahasa yang digunakan oleh Enrique ialah bahasa di sekitar Cebu - Bisayan . Enrique dinyatakan bijak berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan ketua pedagang di Nusantara dan bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu.

Selepas perang ini, nama "Enrique" hilang dalam kabut sejarah. Sesetengah ahli sejarah mendakwa bahawa dia kembali ke tanah airnya di Sumatera atau mendapati jalannya kembali ke Melaka. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa dia tinggal di Cebu.

Jika dia pulang ke rumah, sesungguhnya dia adalah orang pertama yang mengelilingi dunia bukan Ferdinand Magellan atau Juan Sebastian del Cano. Walaupun terdapat banyak kontroversi dan hujah tentangnya, kita dapat menyimpulkan bahawa dia melakukan pencapaian yang luar biasa dalam sejarah. Dia telah melayari laut Hindia Timur dengan Magellan, mengikutinya di seberang lautan India dan benua Afrika, berterusan sehingga Atlantik, Afrika Selatan dan Pasifik. Dia bertarung dengan berani, menjelajah dunia baru, mengalami kehidupan dan budaya baru, dan dia memang memulakan pengembaraan terbesar yang tidak pernah dilakukan oleh manusia sebelumnya.