cinta pertama selalunya indah
kali pertama hati jadi gundah
kali pertama hati pandai bermadah
kali pertama lidah yang petah
tiba-tiba terkelu seribu patah
cinta pertama memang indah
kalau boleh tak mahu dilupa peristiwa sudah
dia dan aku saling memandang wajah
kalau sehari tak berjumpa dah keluh kesah
kalau sehari tak berhubung dah resah gelisah
cinta pertama dikenang selamanya indah
walaupun tak semesti akhirnya indah
adakalanya hati kita yang punah
kerana penangan kata si dia yang memusnah
segala ikatan akhirnya terlerai sudah
cinta pertama kiranya akhirnya indah
walau kini berpisah sudah
menjadi kenangan seribu wajah