Tuesday, April 30, 2013

FAKTA GEMPAK PASAL SAMSUNG KALAU KORANG NAK TAU!!

Samsung ketika ini adalah pengeluar telefon mudah alih terbesar di dunia menggantikan Nokia. Tahun lalu, Samsung menjual 215.8 juta unit telefon . Lebih banyak dari kombinasi 3 pengeluar telefon mudah alih ranking di bawahnya. Mereka juga berstatus sebagai pengeluar televisyen dengan tahap penjualan terbanyak sejak tahun 2006. Kejayaan Samsung di banyak bidang eletronik membuat pengeluar elektronik berasal dari Jepun ketinggalan. Sejak tahun 2005, jenama Samsung sudah lebih popular berbanding Sony menurut kajian Interbrand. 

1. Samsung bukan perusahaan hingusan ataupun adek2 sebab dierang dah start bisnes semenjak 1938. Samsung Group merupakan perusahaan besar yang memiliki 80 anak syarikat dibawah mereka

2. Samsung adalah sebuah chaebol. Chaebol merupakan istilah bagi perusahaan konglomerat besar yang dikendalikan oleh keluarga secara turun temurun. Samsung didirikan oleh Lee Byung-chull. Setelah dia meninggal, kepemimpinan di Samsung diteruskan oleh Lee Kun-hee yang merupakan anak ketiga Byung-chull. Keluarga Lee memang sangat berkuasa di dalam Samsung. Anak Lee Kun-hee yang bernama Lee Jae-yong, saat ini menjadi presiden dan Chief Operating Officer Samsung Electronics. Lee Kun-hee sendiri mempunyai harta melimpah dan masuk senarai orang terkaya di dunia. Menurut perkiraan oleh majalah Forbes, dia mempunyai kekayaanber nilai USD 10.8 billion (RM 33 billion).
3. Syarikat ini didirikan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai syarikat perdagangan makanan. Samsung ketika itu antara lain menghasilkan mie dan beribupejabat di wilayah Daegu, Korea Selatan. Perniagaan ini berjaya dan kemudian berpindah ibupejabatnya ke Seoul. Setelah perang Korea selesai, Samsung mulai melebarkan sayap bisnesnya. Pada tahun 1954, Samsung membangunkan kilang pakaian cotton terbesar di Korea Selatan. Berjaya di bidang bisnes yang dirintisnya, Samsung akhirnya memutuskan masuk ke bisnes elektronik pada tahun 1960. Produk pertama mereka adalah televisyen berlayar hitam putih.


4. Burj Khalifa Burj Khalifa dan KLCC adalah contoh menara tertinggi di dunia. kedua-dua bangunan ini adalah hasil karya Samsung yang ditangani oleh bahagian pembinaan mereka.


5. Selain itu, Samsung turut mempunyai syarikat Samsung Heavy Industries yang bergerak di dalam industri perkapalan. Ditilik dari sisi pendapatan, divisyen ini adalah pengeluar kapal terbesar kedua di dunia. Samsung bahkan memiliki sebuah tapak pembinaan kapal seluas 4 juta ft² atau sekitar 370.000m². 6. Samsung memiliki 370.000 pekerja seluruh dunia. Seabgai perbandingan, Apple memiliki 80.000 pekerja, Microsoft 97.106 pekerja dan General Electric (GE) 305.000 karyawan.


7. Sejak tahun 1990-an, Samsung Electronics khususnya mencapai puncak kejayaan. Mereka menjadi pengeluar memori cip terbesar di dunia pada tahun 1992 dan pengeluar cip nombor dua setelah Intel.
 8. Samsung juga mengeluarkan banyak wang untuk gaji pekerja mereka. Menurut Samsung, dalam setahun pihaknya mengagihkan 14.4 juta won Korea untuk gaji pegawainya atau sekitar $12juta dolar. 9. Samsung menyumbang 17% dari produk domestik Korea selatan. 10. Promosi roduk-produk Samsung tak lepas dari promosi besar-besar yang dilakukan. Untuk keperluan iklan tahun 2012 lalu, Samsung mengeluarkan dana $4juta dan $5juta untuk biaya pemasaran.


11. Penjualan produk Di tahun 2011, Samsung menghasilkan $247juta dari penjualan seluruh produk-produknya. Untuk alatan elektronik saja, Samsung bajaya mengaut pendapatan $179juta. Sebagai perbandingan, penjualan produk-produk Apple di tahun yang sama menghasilkan $127,8juta 12. Samsung tercatat behasil menjual 215,8 juta unit smartphone. ertinya, angka tersebut lebih 3 kali ganda penjualan smartphone dari gabungan semua pembuat smartphone yang ada saat ini. 13. selama 6 tahun berturut-turut Samsung kekal sebagai pengeluar television paling laris di dunia.


14. Korea Selatan Digelar Republic of Samsung kerana  warga Korea Selatan mungkin memakai smartphone Samsung dan tinggal di apartemen yang dibuat oleh Samsung juga. Dan mengambil perlindungan insurans Samsung Life dan pergi ke tempat kerja menaiki tren samsung

15. berikut adalah antara contoh anak syarikat Samsung:
  • aT Grain
  • Brooks Automation Asia
  • POSCO-Samsung Slovakia Steel Processing Center 
  • POSCO-Samsung Suzhou Steel Processing Center
  • Samsung Air China Life Insurance 
  • Samsung Bioepis
  • Samsung Biologics 
  • Samsung BP Chemicals
  • Samsung Corning Precision Glass 
  • Samsung Sumitomo LED Materials
  • Samsung Thales 
  • Samsung Total
  • SB LiMotive 
  • SD Flex
  • Sermatech Korea 
  • Siam Samsung Life Insurance
  • Siltronic Samsung Wafer 
  • SMP\
  •  Steco 
  • Stemco
  • Toshiba Samsung Storage Technology 
  • Alpha Processor
  • GE-Samsung Lighting 
  • Global Steel Exchange
  • S-LCD 
  • Atlantico Sul
  • DGB Financial Group 
  • Doosan Engine
  • Korea Aerospace Industries 
  • MEMC KOREA
  • Rambus Incorporated 
  • Renault Samsung Motors
  • Seagate Technology 
  • SungJin Geotec
  •  Taylor Energy