Tuesday, January 17, 2017

FAKTA BUKAN AUTA

Kelajuan pancutan air mani ketika ejakulasi adalah 55 km/jam.

Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Dalam tempoh 18 bulan, dua ekor tikus boleh membiak lebih dari SEJUTA ANAK TIKUS.

Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk da mereput  adalah MADU

Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan) dengan ketinggian 988.31 meter

Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trillion

Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt

Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.

Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)

dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960

bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia

Menahan berak lebih dari seminggu boleh menyebabkan lumpuh.

Perkataan 'cop' berasal daripada 'Constable on Patrol' yang sering digunakan oleh anggota polis di England.

Terdapat kira-kira 15gram garam dalam setiap gelen air laut

Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebut 'Bicth' (perempuan jalang).

Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.

1,700 tahun diperlukan oleh seseorang untuk menonton semua video dalam Youtube.

Jika korang mempunyai harta sebanyak 1 bilion dan membelanjakan RM1,000 sehari ia akan mengambil masa selama 2,740 tahun untuk dihabiskan semua wang itu

kutu dapat melompat hingga 30cm,dua puluh kali panjang tubuh mereka sendiri.

sekitar 20-30 gunung berapi meletus setiap tahun,sebahagian besar dibawah laut.

seekor katak panah emas beracun boleh membunuh lebih dari 1500 orang dengan racunnya

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.