Pada 14 Februari tahun 1942,telah berlakunya Pertempuran Bukit Chandu semasa Perang Dunia Kedua di Permatang Pasir Panjang,Singapura.Pertempuran Bukit Chandu merupakan lanjutan kepada pertempuran Pasir Panjang,yang berlaku sehari sebelumnya.Bukit Chandu merupakan garisan pertahanan terakhir Tanah Melayu dari serangan Jepun ketika itu.43 askar dibawah kepimpinan Leftenan Adnan bertarung nyawa mempertahankan benteng terakhir di Bukit Chandu.Namun Rejimen Askar Melayu pada ketika itu tewas juga dan Leftenant Adnan dibunuh oleh Jepun.
Daripada bergaduh pasal Valentine, baik kita menjadikan 14 Februari sebagai hari peringatan kepada wira bangsa yang bernama Leftenan Adnan bin Saidi. Pada tarikh keramat ini, 75 tahun yang lalu (14 Februari 1942), Leftenan Adnan yang berusia 27 tahun gugur dalam pertempuran melawan askar Jepun di Bukit Candu, Singapura yang merupakan benteng pertahanan terakhir Tanah Melayu.
Di USA ada Martin Luther King Day, di Filipina ada Hari Jose Rizal, di Indonesia ada Hari Kartini, kita pun patut mewujudkan Hari Leftenan Adnan. Mungkin ada yang rasa tak perlu sebab dah ada Hari Pahlawan. Namun Leftenan Adnan mempunyai nilai peringatan diri tersendiri. Beliau adalah lambang perwiraan atau “heroism”.
Leftenan Adnan adalah Leonidas kita. Leonidas bersama 300 pahlawan Sparta melawan 10,000 tentera Parsi, Leftenan Adnan dengan 42 anggota Platun 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu pula menghadapi 13,000 askar Jepun dari Divisyen ke-18 pimpinan Mutaguchi Renya.
Ketika itu, isteri Leftenan Adnan, Sophia sedang mengandungkan anak ketiga Leftenan Adnan dan menunggu kepulangan suaminya. Mungkin, mungkin Leftenan Adnan dapat pulang ke rumahnya jika menyerah kalah. Namun Leftenan Adnan memilih untuk tidak menyerah diri tetapi bertahan sehingga titisan darah terakhir. Beliau sedar beliau sedang membawa nama Rejimen Askar MELAYU. Beliau tidak boleh membiarkan nama Askar Melayu tercalar kerana kebahagiaan peribadi. Tak boleh!
Platun 7
Berbekalkan sumpah “biar putih tulang, jangan putih mata”, Platun 7 sempat membunuh 800 askar Jepun sebelum mereka tewas sepenuhnya dan gugur kesemuanya (hanya seorang yang hidup). Askar Jepun menikam mayat mereka bertubi-tubi menggunakan bayonet untuk melepaskan geram. Tak pernah mereka dimalukan sebegini. Tak pernah mereka menjumpai musuh yang begitu tinggi kehendak untuk melawan.
Pengorbanan Platun 7 adalah sebuah tragedi, namun pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah epik yang mengabadikan keberanian Askar Melayu yang menjadi inspirasi sepanjang zaman. Di Bukit Candu, anak Melayu menjulang nama mereka sebagai pahlawan yang gagah dan bermaruah. British gagal mempertahankan Tanah Melayu sepertimana anak-anak tanah air ini mempertahankannya, kerana dalam hati mereka tiada rasa cinta terhadapnya.
Nama Leftenan Adnan selalu disebut-sebut apabila tiba pertengahan bulan Februari bilamana kita mengingati dan menghayati semangat juang Almarhum dan kalangan anggota dan pegawai pasukan tentera dalam Rejimen Askar Melayu dalam menentang kemaraan Jepun.
ACV-300
Di masa kini, nama beliau diabadikan oleh Angkatan Tentera Malaysia, amnya oleh Tentera Darat dan khasnya oleh Kor Armor Diraja pada kenderaan tempur mereka. Sesuai dengan tugas kenderaan tempur ACV-300 ini yang merupakan mata tombak tempur yang membolosi garisan pertahanan musuh bagi menghantar tentera infanteri di medan perang, ia dinamakan Adnan kerana sifatnya yang pemberani dan pantang mengaku kalah serta sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.
ACV-300, sejenis kenderaan tempur berunut yang mempunyai salasilah asal buatan yang datang dari negara Turki. Turki menempah dan kini mengoperasikan hampir 2249 unit ACV-15 dalam pelbagai varian dan konfigurasi persenjataan, diikuti Emiriah Arab Bersatu dengan sejumlah 136 unit pelbagai varian.
Dibangunkan oleh firma FNSS Savunma Sistemleri A.S, dengan varian asal sebagai ACV-15 untuk kegunaan angkatan tentera darat Turki, ACV 300 yang merupakan varian khusus untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia yang dibina bersama firma FNSS dan DEFTECH adalah kenderaan tempur amfibia yang digunakan untuk membawa infanteri ke medan tempur. Ia dilengkapi persenjataan turet meriam 25mm Sharpshooter, atau pelancar grenad Mk.19 dan turet mesingan M2 Browning bagi varian kenderaan tempur infanteri, kenderaan pelancar mortar 81mm dan 120mm serta varian pemburu armor dengan pelancar peluru berpandu anti kereta kebal Baktar Shikan buatan Pakistan.
Sebanyak 211 unit ACV-300 Adnan ditempah dan dibina di Pekan, Pahang oleh Deftech dengan kerjasama firma FNSS dengan 9 varian yang berbeza bagi memenuhi keperluan Briged Infanteri Mekanise Tentera Darat yang terdiri dari 2 battalion dari 12 Rejimen Askar Melayu Diraja dan 7 Rejimen Renjer Diraja.
Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.
Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi2 tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun. Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.
Walau diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun. Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh. Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.
48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi2 silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.
Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu;
"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."
Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir. Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.
Terima kasih di atas semua pengorbananmu. Terima kasih juga kepada semua saudara2 kami yang sama gugur dan berkorban demi kami. Leka kami adalah dosa yang selalu kami abaikan. Segunung jasad terkujur, segunung nyawa melayang, segunung jiwa2 anak kecil, dan ibu2 menjadi balu demi anda semua terus mendaulatkan tanah bertuah ini.
"Tanah keramat tiada galang ganti.
Biar bercerai bijih dari besi.
Melebur reput terurai memakan diri,
Sampai bilapun tanah ini takkan pernah ada ganti.
Biar putih tulang, dibunuh celik, dan mati berdiri,
Tanah keramat ini, putih mata sekalipun, tiada galang ganti."
🇲🇾
ReplyDelete