Monday, May 12, 2014

UNWRITTEN RULE IN FACEBOOK...!!

okay...seriously la geng...korang rasa la kan, ape yang buat korang meluat bila buka FB...Haaa, bende-bende yang korang x minat nak tengok, baca, dengar ataupun buka ini lah yang membuat kan satu siri undang-undang tak bertulis dalam FB. Undang-undang ini tak ade digazetkan di mana-mana atau tidak di puiblikasikan. ianya adalah satu tindakan semulajadi manusia. Tapi pada sape2 yang biasa buat perkara-perkara ni dalam FB, cadangan aku satu je, pleas stop it!really dude....

1. Ini adalah yang paling penting....JANGAN "LIKE" POST SENDIRI....kemon la geng, ko nak like post korang sendiri, pehal doe?...forever alone ke ape? hahaha

2. Tolonglah, jangan hantar request untuk main CANDY CRUSH.....kalau korang nak main, main je la, tp tolong jngn penuhkan notification list orang lain....bukan candy crush je, game lain pon same...urghhhh



3. jangan menggatal tangan nak komen dekat post member korang yang dah lama....lebih2 lagi kepada member yang berlainan jantina....Kantoi busuk dowh....STALKER!!hahahaha..Kalau post 2 , 3 bulan lepas tu boleh dimaafkan la, tapi kalau post tu SETAHUN yang lepas, ishhhh3x



4. Jangan mencadangkan "KALAU POST NI ADA 1000 LIKE, AKU AKAN MINTAK KAPEL KAT AWEK NI" , bla...bla...bla...macam bodoh je la weh, berdoa lagi bagus la....puiii


5.Jngan nak post something yang menunjukkan korang ni ada masalah percintaan ke, masalah keluarga tapi bile member tanye kenapa, korang jawab...."NOTHING, saje je"...dafaq!!.. Baik tak payah post kan....bodo je...



6. Ini biasa nya jadi kat perempuan....TOLONG JANGAN NAK PANCING PERHATIAN... seriously, Korang post..."i'm not pretty" tak pon "i'm ugly"....Lepas tu dengan harapan nnt akan ada la hero2 yang akan puji...hahaha, murahnya pujian tu, kene pancing... macam rela paksa jer...



7. kalau tak post "goodnight everyone..." tak pun " Good morning peepss... xoxoxo"....boleh tak...Perlu ke nak bgtau orang ko bngun pkul 8 x sembahyang subuh??



8.Jangan post gambar selfie bnyak2 dalam satu masa kat satu tempat yang sama,...Satu gambar kat satu tempat sudey, nak bnyak2 letak dalam blog la...kannnn



9.# atau pun Hashtag...seriously??tak perlu nak post lepas tu letak  #  bnyak gile sakan!! Lagi satu, FB ni bukan TWITTER korang berhashtag hashtag ni....boooooo!!



10. Tak perlu nak persoalkan apa crush korang buat atau pun apa yang korang pikir crush korang tengah buat...Orang tak nak tau pun sbb crush ni kene rahsia....



11. 1 like = 1 pray....1 share= 100 pray???!!! :/
amende bodohla ni.......Bila masa la plak kan dapat berkat nak share2 ni....post sekadar nasihat dan pengajaran sudey, tak perlu nak paksa-paksa orang lain like post ko tu....


12. tempat untuk komen adalah untuk komen...Bukan untuk borak panjang berjela-jela...tngah buat apa...nak makan kat mana?...malam ni jom lepak mana?...ko nak tau tak.....

kalau nak borak panjang2...I.M kan ada!!!!

tu je la kot buat masa ni...kalau korang ade ape-apa undang korang sendiri...bagi tahu la okay... <3

MELAYU

OSMAN AWANG......Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Biarpun selepas sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. PUISI ini dikongsi keran isinya halus tapi tajam. ayatnya lembut tapi membakar...Sebab kita ini Melayu, mmg sentiasa perlukan nasihat sbb melayu mudah lupa...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka