Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.
Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika
dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana.
Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja
dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok
bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir
dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai
menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara (iaitu
Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato’
Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke
rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan
hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan
Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh
seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming
Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi
Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada
kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan
membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara
Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal
seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk
dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Siapakah wanita yang bernama Tun
Teja ini. Beliau adalah anak kepada Bendahara Pahang pada ketika itu.
Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang
Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya
bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang
kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga
turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum
bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik
Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya
Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan
Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat.
Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah
telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut
Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak
derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar
atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang
Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di
tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara.
Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang
tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah
masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan
membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya
berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan
membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela
sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu
sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan
Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia
bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah
yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan
memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini
masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat
bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai
orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana
dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin
satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah “Tak Melayu hilang di
dunia” yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.
Fakta-Fakta lain Tentang Hang Tuah Yang Aku pernah Baca.
- Adalah satu kajian ni yang Hang Tuah 5 bersaudara bukannya berbangsa melayu,tetapi berbangsa cina dan berketurunan dari rombongan Puteri Hang Li Poh dan pengikutnya yang seramai 500 orang ke Melaka suatu ketika dahulu. Nama cina mereka ialah Hang Tuah berbunyi Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Hanya Hang Kasturi sahaja yang dikatakan berbangsa melayu pangkal nama Hang oleh kasturi adalah kerana beliau selalu bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po dan digelar Hang Kasturi. Tp ini kajian je tau...xde bukti benar menyatakan Hang Tuah ni cina tau.. Aku x ckp...haha
- Kisah Hang Tuah pernah di bukukan dalam bahasa Inggeris oleh W.G. Shellabear pada tahun 1977 yang bertajuk “The Adventures Of Hang Tuah”
- Terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki di atas batu besar dikaitkan pula dengan sejarah apabila ada dakwaan mengatakan tapak kaki tersebut milik Hang Tuah. Di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk Di Rembau.
- Hang Tuah dikatakan berkebolehan dalam bidang seni tari yang mana dalam satu kisah menerusi hikayat ada dinyatakan bahawa keasyikan melihat Hang Tuah menunjukkan tariannya membuatkan ramai para hulubalang Majapahit leka sehingga terlupa untuk menikam Hang Tuah secara curi
- Dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Tanjung Kling, namun begitu penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun tidak tahu dimanakah kuburnya.
- Hang Tuah dan Hang Jebat di ceritakan bertarung selama 7 hari 7 malam, dan akhirnya Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah.
- Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang bersama-sama Tun Mamat dan beberapa orang lain.Oleh kerana umur yang telah tua untuk ke puncak Gunung Ledang,Dengan itu, tugasnya diserahkan kepada Tun Mamat.
http://www.fuh.my/2013/05/fakta-fakta-menarik-tentang-hang-tuah.html#.UZSf4Erh4uE