Budak : Auntie! Ada gula tak?
Auntie : Ada, dekat sana tu. (sambil menunjuk tempat).
Budak : Tak ada pun, garam ada lah.
Auntie : Ada lah. Ni dia. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis “Garam”).
Budak : Auntie! Saya nak gula bukan garam!
Auntie : Gula lah ni. Auntie saja je tulis “Garam” supaya semut tak datang..
_________________________________________________________
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal dunia pada setiap hari jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.Kejadian ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut. Apabila tiba hari jumaat berikutnya, beberapa doktor bersiap-sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Pada ketika itu seorang pesakit lelaki yang masih muda sedang tidur.
Masa terus berlalu. Para doktor sabar menunggu. Tiba-tiba kelihatan pintu bilik ICU itu dibuka orang. Kemudian masuklah Mak cik Minah. Mak Cik Minah adalah seorang pekerja pencuci sambilan yang hanya bertugas pada setiap hari jumaat..
Wanita itu masuk dan mendekati katil keramat tersebut. DIA TERUS MENCABUT SOKET ELEKTRIK UNTUK ALAT BANTUAN PERNAFASAN BAGI MENGHIDUPKAN VACUUM CLEANERNYA..
________________________________________________________________
Cikgu "Kenapa saya masih dengar suara suara orang bercakap semasa saya mengajar?"
Abu "Apa la cikgu ni, mesti la sebab cikgu ada telinga"”
________________________________________________________________
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, “Anak nak ke mana?”. Si mamat menjawab ringkas, “KL”
Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi “Ehm… bolehlah.” Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?”
Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, “Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”
Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta.
________________________________________________________________
Cikgu: Ali, kamu nak mengajar ke?
Ali: Boleh juga.
Cikgu: Ok, saya nak tengok mcm mana kamu mengajar.
Ali: Ok kelas, awak semua boleh balik.
________________________________________________________________
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.
"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"
Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".
Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"
"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah kubur."
________________________________________________________________
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti.
Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata,
‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…”
________________________________________________________________
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang,
lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja................lalu bertanyalah kawannya itu.
Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
________________________________________________________________
Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata “Syukurlah, semuanya sudah berlalu.”
“Jangan terlalu yakin,” kata Akhbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. “Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perut aku, dan aku kene menjalani pembedahan sekali lagi!”
Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, “Minggu lepas, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perut aku.”
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berckp “Ada sesiapa yang nampak handphone saya?”
________________________________________________________________
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.
Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol : Setuju, bos..
Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?
Dol : 3 bulan lagi, bos..
________________________________________________________________
ME : Mkn lobak tu. Baik utk mata.
KWN : Mana kau tahu lobak baik utk mata ?
ME : Pernah tak kau tengok arnab pakai cermin mata
KWN :*Insaf
________________________________________________________________
Saturday, February 25, 2017
LAMBORGHINI
Kisah bermula di sebuah provinsi (negeri) dalam Itali bernama Emilia-Romagna dimana disitu pasangan Lamborghini mengusahakan ladang anggur mereka bersama-sama anak mereka Ferruccio Lamborghini. Ferruccio lahir dalam zodiak taurus (jap g aku cite kenapa benda ni penting). Lahir pada tahun 1916, Ferruccio lahir di ambang perang dunia pertama. dengan cita-cita yang amat tinggi, Ferrucio mempunyai satu dilema samada kekal dalam perusahaan anggur keluarganya atau mengejar cita2nya untuk meghasilkan jentera-jentera dan membaiki mesin.
Pilihan yang jelas telah dibuat kerana cinta yang amat mendalam kepada jentera dan mesin, Ferruccio buka bengkel sendiri di dalam garaj milik bapanya pada tahun 1935. Tetapi semua cerita tak selalu bermula indah kerana pada tahun 1940, Ferruccio telah dikerah menjadi askar sukarelawan akibat perang dunia ke-2 dan telah diserap masuk ke dalam angkatan tentera udara Itali. Disitu dia telah dilantik menjadi askar mekanik utk membaiki lori dan trak askar di mana dia mengumpul banyak penglaman. Tetapi pada tahun 1943 Itali telah menyerah kalah kerpada German-Nazi dan sebagai balasan kepada Feruccio yg sedia berkhidmat kepada askar German, dia dibenarkan membuka bengkelnya sendiri.
Pada tahun 1946, Ferruccio telah dibenarkan kembali ke kampung halamanya. Dia mendapat untung yang sangat besar kerana 'kabel' dia yang besar semasa berada dalam askar, Ferruccio telah mendapat tender untuk membeli kebanyakan trak dan lori bekas milik askar itali dimana semuanya mahu dinyahlupuskan selepas perang tamat. Dengan kemahirannya dalam bidang mekanik beserta bantuan 3 orang pekerja barunya, semua enjin dari trak dan lori yang dibeli drpd askar Itali telah diubahsuai untuk beroperasi menggunakan diesel di mana sebelum ini ianya menggunakan petrol.
Akhirnya pada 1948, dengan syarikat Lamborghini Trattori telah mengeluarkan produk pertama Lamborghini iaitu traktor model L33 yang digunakan diladang2 diseluruh Itali. Pada tahun 1951, hasil daripadan berkembangnya penjualan traktor Lamborghini, Ferruccio telah membeli tanah seluas 1000x1000 kaki persegi utk membuat kilangnya yang baru dengan jumlah pengeluaran mencecah sehingga 33 traktor/sehari.
Hasil kekayan daripada menjual traktor, Ferruccio Lamborghini telah mejadi taikun traktor di Itali, dan dengan kekayaan itu dia banyak membeli kereta2 sport seperti Maserati, Alfa Romeo, Mercedes SL300, Jaguar dan yang paling bnyak dikumpulnya adalah Ferrari. Ferruccio Lamborghini, gemar Ferrari tetapi mendapati kereta itu sangat bising untuk kegunaan biasa. Lamborghini menghadapi masalah dengan penyelenggaraan Ferrari, dimana klac kereta selalu rosak. Akibat rasa tidak puas hati, Ferruccio telah menulis surat terbuka kepada Enzo ferrari, (pengasas Ferrari) untuk memberitahu apa yang sepatutnya Ferrari lakukan utk mengatasi masalah bising dan klac tersebut. Enzo Ferrari membalas surat tersebut dengan menjawab.......
Lamborghini terasa begitu terhina dia berikrar untuk membina kereta yang sempurna, menyebabkan Ferruccio mengeluarkan GT350 dengan enjin V12 pada 1964. Kereta itu dibuat di kilang Lamborghini yang baru di Sant' Agata dengan nama syarikat yang baru juga iaitu Automobili Lamborghini.
En. Lamborghini telah memilih lambang Lembu/kerbau kerana seperti yang aku cakap tadi dia berzodiak Taurus dan Lamborghini juga amat meminati pelawanan laga Lembu dari Sepanyol. Selepas itu, Lamborghini banyak mengeluarkan kereta sport seperti pada tahun 1966 adalah 400GT dan Miura P400, 1968 kereta Espada dan IsleroGT. nama2 lain adalah seperti Countach, Uracco, dan Jarama.
Pada 1970-an berlaku bnyak masalah kepada syarikat Lamborghini. harga stok dunia menurun, OAPEC pula telah menghadkan penjualan minyak dan menaikkan harga. Lamborghini Trattori jugak menerima kesan apabila pesanan sebanyak 5000 traktor kepada Bolivia telah dibatalkan kerana berlaku pemberontakan askar.
Untuk menyelamatkan Lamborghini, 51% saham syarikat telah dijual kepada pembida luar. selepas itu berlaku pula mogok perkerja oleh Kesatuan Pekerja di itali akhirnya mengakibatkan Lamborghini Trattori telah dijual terus kepada syarikat lain. pada 1974 akhirnya Ferruccio Lamborghini terpaksa mengalah dan menjual baki 49% saham syarikatnya.
Lamborghini telah di beli dan di jual sebanyak 4 kali sehinggalah pada tahun 1998 syarikat gergasi kereta dari Jerman iaitu Volkswagen A.G telah membeli syarikat Lamborghini. Akhirnya Lamborghini kembali dalam kelab elit penjual kereta sport mahal. Lamborghini Gallardo ( Ga-Yar-Doh) dan Lamborghini Murciélago (mu-chi-ar-lar-goh) adalah percubaan pertama VW pada tahun 2001 dan 2003 dan ianya adalah jualan Lamborghini yang paling memberansangkan bagi syarikat kereta sport dimana Gallardo telah terjual sebanyak 14,022 unit manakala Lamborghini Murciélago terjual sebanyak 4099 unit sepanjang 10 tahun tempoh pengeluaran tersebut.
Ferruccio Lamborghini telah mati pada 20 Februari tahun 1993. walaubagaimanapun legasinya dan kemegahab nama kekal hingga hari ini. Fakta tambahan... kebanyakan nama model kereta lamborghini adalah bersempena dengan nama2 Lembu yang menang dalam pertandingan matador, contoh nama2 model lamborghini adalah:
- Lamborghini Murcielago
- Lamborghini Aventador
- Lamborghini Gallardo
- Lamborghini Countach
- Lamborghini Espada
- Lamborghini Diablo
- Lamborghini Veneno
- Lamborghini Alar
- Lamborghini Jarama
- Lamborghini Islero
- Lamborghini Urraco
- Lamborghini Jalpa
- Lamborghini Estoque
- Lamborghini Reventón
- Lamborghini Miura
Subscribe to:
Posts (Atom)