Saturday, January 15, 2011

10 UNIVERSITI TERBAIK

1. Harvard University
Universiti Harvard adalah universiti swasta di Cambridge, Massachusetts, AS dan anggota Ivy League. Universiti ini didirikan pada 8 September 1636 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat. Awalnya bernama New College, ia dinamakan semula menjadi Harvard College pada 13 Mac 1639 untuk menghormati penyumbang terbesarnya, John Harvard, seorang mantan mahasiswa Universiti Cambridge. Harvard adalah salah satu universiti paling bergengsi di dunia dan mempunyai pendapatan terbesar di antara universiti-universiti di seluruh dunia US$22.6 juta pada 2004, hampir dua kali ganda Universiti Yale, pesaing terdekatnya.

2. California Institute of Technology

Institut Teknologi California, biasanya dikenal dengan Caltech, adalah sebuah universiti swasta yang terbuka untuk lelaki dan perempuan dan terletak di Pasadena, California, di Amerika Syarikat.. Caltech mempertahankan penekanan kuat dalam sains semula jadi dan kejuruteraan. Caltech memiliki dan mengoperasikan kompleks penerbangan luar angkasa "autonomous" yang memimpin di dunia dikenal dengan Jet Propulsion Laboratory. 

3. Massachusetts Institute of Technology

Institut Teknologi Massachusetts (MIT) ialah sebuah universiti swasta yang terletak di Cambridge, Massachusetts. telah dibuka ada tahun 1861. Institut ini mempunyai lima buah kuliah, sebuah kolej dan 32 jabatan akademik yang menumpukan penyelidikan dalam sains dan teknologi.MIT telah melahirkan ramai tokoh yang masyhur. Sebanyak 62 bekas graduan MIT telah menjadi penerima Hadiah Nobel.

4. University of Stanford
University Stanford adalah sebuah universiti swasta yang terletak di kota Palo Alto, California, Amerika Serikat tepat di pusat Lembah Silikon.Universiti Stanford merupakan di kampus universiti kedua terbesar di dunia, dan terdiri daripada Sekolah kejuruteraan Hukum Kedoktoran, Pendidikan perniagaan, Ilmu-ilmu Bumi dan Sains. Universiti ini mempunyai sejumlah program dan sebuah hospital pendidikan selain berbagai kegiatan menjangkau ke masyarakat dan inisiatif relawan.Stanford didirikan oleh raja kereta api, Gabenor California, Senator dan Pimpinan Partai Republik Leland Stanford dan istrinya, Jane Stanford. Universitas ini diberi nama untuk menghormati anak tunggal mereka, Leland Stanford, Jr.
 5. Princeton University
Universiti Princeton, terletak di Princeton, New Jersey, adalah IPTS tertua keempat di Amerika Serikat. Salah satu universiti terkemuka di negara tersebut, Princeton memiliki bidang arkitek, kejuruteraan, dan urusan antarabangsa dan awam baik ijazah ataupun MASTER yang terkenal. Riset dijalankan di banyak bidang, termasuk fizikal plasma dan pendorongan jet. Universiti ini berhubungan dengan Brookhaven National Laboratories.

6. University of Cambridge
Universiti Cambridge ialah salah satu daripada universiti-universiti yang terkenal dan tertua di dunia. Universiti ini diasaskan di pekan Cambridge, England kira-kira pada tahun 1209. Universiti ini dianggap sebagai salah sebuah universiti berdarjat elit di dunia. Catatan-catatan awal menunjukkan bahawa universiti ini dikembangkan daripada persatuan para cendekiawan di kota Cambridge, barangkali diasaskan pada tahun 1209 oleh guru-guru yang meninggalkan Universiti Oxford selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford. Semenjak itu, universiti-universiti Oxford dan Cambridge, (juga boleh digabungkan menjadi Oxbridge), mencatat sejarah lama mengenai persaingan sesama sendiri, dan kerap dianggap sebagai maktab-maktab besar yang paling elit dan berprestij bukan sahaja di United Kingdom, bahkan juga dilabel antara universiti paling berprestij di seluruh dunia. Menurut sejarah, kedua-dua universiti ini telah melahirkan sebilangan besar ahli sains, penulis dan ahli politik yang terpenting sepanjang masa.

7.  University of Oxford

Universiti Oxford yang terletak di bandar raya Oxford, England, ialah universiti yang tertua di dalam dunia pertuturan bahasa InggerisUniversiti ini menyusur-galur asalnya pada sekurang-kurang akhir abad ke-11, walaupun tarikh pengasasan yang tepat masih tidak jelas. Pentarikhan ini menyebabkan tempoh kewujudannya sama sahaja dengan Akademi Plato (400-an SM hingga 500-an Masihi). Menurut legenda, selepas sebuah rusuhan antara pelajar-pelajar dengan orang-orang bandar tercetus pada tahun 1209, sesetengah pensyarah dari University of Oxford melarikan diri ke bandar Cambridge di arah timur laut dan mengasaskan Universiti Cambridge. Sejak masa itu, kedua-dua universiti ini telah mempunyai sejarah persaingan yang lama antara satu sama lain, dan merupakan universiti-universiti yang paling susah masuk di United Kingdom.

8. University of California, Berkeley

Didirikan pada 1868, Berkeley merupakan universiti awam yang menikmati zaman emas ilmu fizik, kimia, dan biologi pada awal 1900-an, memimpin pengembangan cyclotron pertama oleh Ernest O. Lawrence, isolasi virus polio manusia, dan penemuan banyak unsur kimia, termasuk plutonium, berkelium, dan californium. Penghargaan Nobel telah diberikan kepada 19 profesornya yang masih aktif sekarang dan di masa lalu kepada 53 orang yang berhubungan dengan universiti ini. Pada 1960-an kampus ini terkenal ke seluruh dunia dengan lahirnya Gerakan Kebebasan Berbicara dari protes para murid menentang keterlibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam.

9. Imperial College London

Imperial College London atau Kolej Imperial London adalah institusi akademik Britain yang berprestij, dan ia adalah berfokuskan sains, kejuruteraan dan perubatan, dan dilengkapi dengan sebuah sekolah perniagaan. Kampus utamanya terletak di sempadan antara Boro Diraja Kensington dan Chealsea dan Bandar Westminster di London, dan pintu masuk hadapannya berada di seberang Jalan Exhibition. Kolej Imperial adalah kolej seinduk di bawah Universiti London, sungguhpun permintaan rasminya untuk menarik diri daripada persekutuan tersebut telah diterima oleh Universiti London. Kolej Imperial akan berdiri secara sendiri sepenuhnya menjelang perayaan ulangtahun keseratusnya pada tahun 2007. Para siswa dan siswazah Kolej Imperial yang pertama masing-masing akan memulakan pengajian pada Oktober 2007 dan Oktober 2008 .

10. Yale University
Universiti Yale adalah sebuah universiti swasta di New Haven, Connecticut. Didirikan pada 1701 sebagai Collegiate School, Yale adalah institusi pendidikan tinggi ketiga tertua di Amerika Serikat. Universiti ini memiliki banyak penerima Penghargaan Nobel dan Presiden Amerika Syarikat, termasuk William Howard Taft, Gerald Ford (LL.B), George H.W. Bush (BA), Bill Clinton (JD), dan George W. Bush (BA). Penerimaan akademiknya adalah AS$12,7juta  yang merupakan kedua terbesar di dunia.Sekolah sarjana Yale termasuk program drama, muzik, arkitek, dan kedoktoran. Sekolah Hukum Yale merupakan salah satu yang paling susah masuk di Amerika Serikat, dan telah meluluskan beberapa Presiden AS dan anggota Mahkamah Agung.