Monday, February 28, 2011

Y.O.U

You know I Can't Smile Without You,
You know I can't laugh Without You
You know I can't sing Without You
You know it hard to do anything Without You
You know I feel sad when Without You
You know I feel sober Without You
 
If  You know what I'm going through,
If you know that I Can't Smile Without You.
if you know that you came along just like a song
if you know that you brightened my day,
if you know that you were part of my dream

WIthout You....
I Can't Smile.......
I can't laugh......
I can't sing,
I get hard to do anything
I feel sad
I feel bad

Tuesday, February 22, 2011

AWAK SUDAH ADA YANG PUNYA...

Sudah lama daku memendam rasa cinta di dalam dada ini....
Namun tidak pernah bersuara kerana takut dikecewakan....
Aku telah tunggu waktu yang lebih baik untuk langkah seterusnya...
Jauh dari apa yang ku tahu, hatimu sudah ada yang punya....
Aku hanya mampu diam mengundurkan diri....
Keranaku sedar siapa diri ini...
Bukan niatku untuk menjadi orang ketiga...
 Di dalam mimpiku kita berdua mesra bersama dilamun cinta....
Tetapi keadaan sebenarnya aku tahu kau ada yang punya....
Mungkin juga semuanya salah ku kerana terlalu mengharapkan cintamu....
Tapi perasaan yang merasuk jiwa ini membawa diriku melayang.....


Monday, February 21, 2011

TAHUKAH KORANG.....

  1.  KAMBING MEMPUNYAI ANAK MATA BERBENTUK SEGI EMPAT TEPAT.
  2. SEEKOR LEBAH PERLU MENGHISAP 4000 KUNTUM BUNGA UNTUK MENDAPATKAN SATU SUDU BESAR MADU.
  3. SEMUT BOLEH MENGANGKAT 50 KALI GANDA BERAT BADANNYA.
  4. SEEKOR LEMBU SUSU BOLEH MENELUARKAN SEBANYAK 200,000 GELAS SUSU SEPANJANG HAYATNYA.
  5. DIET PANDA IALAH 99% POKOK BULUH.
  6. DERIA RASA RAMA-RAMA BERADA DI KAKINYA.
  7. CHEETAH BOLEH MENCAPAI KELAJUAN 110 km/j.
  8. HANYA NYAMUK BETINA SAHAJA YANG MENGHISAP DARAH KERANA PROTIN DIPERLUKAN UNTUK TELUR, NYAMUK JANTAN PULA HANYA MENGHISAP JUS DARI BUAH-BUAHAN.
  9. SEEKOR ULAR TEDUNG SELAR (COBRA) BOLEH MENYEMBURKAN BISA SEJAUH 2.5m.
  10. LALAT MEMPUNYAI 4000 KANTA DI SETIAP MATANYA.
  11. LIPAS BOLEH HIDUP LEBIH DARI SEMINGGU TANPA KEPALA SEBELUM MATI KELAPARAN.
  12. MANUSIA MEMPUNYAI 600 OTOT, TETAPI ULAT BULU MEMPUNYAI 2000 OTOT.
  13. SOTONG MEMPUNYAI 3 JANTUNG.
  14. KUDA TIDAK BOLEH BERNAFAS MELALUI MULUT MEREKA.
  15. KOALA BUKAN SEJENIS BERUANG, IANYA ADALAH DARI JENIS KANGGARU. SEBAB IA DIPANGGIL BERUANG ADALAH KERANA MUKANYA SEPERTI TEDDY BEAR.
  16. ANAK IKAN PAUS YANG BARU DILAHIRKAN ADALAH SEBERAT 50 TAN, LIDAH SEPANJANG SEEKOR GAJAH DAN SAIZ JANTUNG SAMA SEPERTI SEBUAH KERETA.
  17. SEEKOR SIPUT MEMPUNYAI 25 000 BATANG GIGI.
  18. BERUANG DEWASA BOLEH BERLARI SEPANTAS KUDA.
  19. BIAWAK KOMODO MEMPUNYAI TOKSIN YAN BERBISA, SENTUHAN DENGAN AIR LIURNYA SAHAJA BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA ANDA.
  20. TULANG-TULANG BURUNG MERPATI ADALAH LEBIH RINGAN DARI BULU PELEPAHNYA.

Monday, February 14, 2011

7 KALIMAH HARIAN

1. Mengucap Bismillah pada setiap kali hendak lakukan sesuatu perkara.

2. Mengucap Alhamdulillah pada setiap kali selesai melakukan sesuatu perkara.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersebut perkataan yang tidak patut atau melihat sesuatu yang me'munkar'kan.

4. Mengucap Insya'Allah jika merancang hendak membuat sesuatu.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tidak diingini

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima sesuatu musibah dan bala.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidah supaya kita sentiasa mengingatiNYA dan rasul kita.

Sunday, February 13, 2011

10 LAPTOP TERNIPIS DI DUNIA


10. Toshiba Portege R500

Toshiba Portege R500 hanya mempunyai berat seberat 0.78 kg dan itu dikira amat ringan. Laptop ini mempunyai ketebalan setebal 1 inci. Sesiapa yang memilikinya mesti merasa gembira kerana sifat mudah bawanya.


9. Dell Latitude E4200

Dell Latitude E4200 ini berukuran hanya 0.8 inci tebal. Kulitnya diperbuat daripada besi yang tahan lasak dan ianya bergaya untuk dibawa kemana-mana.


8. Lenovo Thinkpad X301

Lenovo Thinkpad in berukuran 0.83 inci tebal dan mempunyai ciri-ciri yang menarik walaupun rupanya masih lagi seperti laptop tahun 90-an. Ianya telah dicipta intik menggunakan elektrik sejimat-jimatnya dan semua ini ada harganya iaitu 2600dolar.


7. Lenovo IdeaPad U110

Lenovo IdeaPad U110 memiliki berat seberat 1.05 kg dan tebalnya hanyalah 0.72 inci. Kebanyakan laptop  hanya mementingkan rupa tetapi tidak boleh diharap. Dalam kes IdeaPad U110, kedua-dua itu disatukan untuk memberi satu produk yang bermutu.
6. Dell Latitude E4300

Dell Latitude ini berukuran 0.7 inci tebal dan ini membuatkannya model ternipis dalam siri Latitude. Walaupun tidak senipis mana, ianya amat menarik dan cantik. Pembuatannya amat jitu dan mungkin boleh bertahan sehingga anda wariskan laptop ini kepada keturunan anda.

5. Samsung X360


Samsung X360 mempunyai ketebalan 0.66 inci dan beratnya ialah 1.27 kg. Laptop ini amat tahan lasak kerana ia menggunakan teknologi nano untuk mengelakkan bakteria bawaan udara lembap.

4. Actius MM10 Muramasas

Laptop ini dikenalkan oleh Sharp Corparation pada tahun 2003 dan ianya adlah yang ternipis pada waktu itu dengan ketebalan 0.5 inci. Merka amat berbangga dengan laptop mereka yang nipis ini sehinggalah Apple melancarkan laptop yang lebih nipis.

3. Apple Macbook Air

Apple Macbook Air telah dihasilkan oleh syariat Apple. Inc hakmilik Steve Job. Laptop ini menggunakan OS Apple yang tersendiri dan lebih tidak serabut berbanding Microsoft. Telah diperkenalkan pada tahun 2008 dan ianya mendapat sambutan yang sangat hangat sebagaimana I-phone. Laptop ini berketebalan 0.52 inci.

2. Dell Adamo

Apabila mendapat tahu Apple talah mengeluarkan laptop nipisnya, Dell bertindak dengan mmbalas serangan dengan mengeluarkan Dell Adamo yang berketebalan 0.53 inci.Ianya mempunyai saiz yang jauh lebih kecil daripada Apple Macbook dan ini memudahkannya untuk dibawa kemana-mana untuk membuat kerja.

1. Sony Vaio Size Zero

Laptop ini mempunyai saiz yang betul-betul nipis dan kecil. Ianya boleh dimuatkan di dalam poket belakang seluar jeans anda . ianya tersangat kecil dan saya pernah menjumpainya di satu konvensyen Pc di KL dan bagi saya ia boleh didefinasikan juga sebagai laptop terkecil di dunia. Size Zero ini memang berketepatan dengan nama dan tebalnya yang hanya 0.54 inci.

Monday, February 7, 2011

TIPS HILANGKAN RASA BOSAN DI DALAM LIF

  1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain
  2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!"
  3. Bawa kamera dan ambil gambar semua orang yang berada di dalam lif 
  4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji
  5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...
  6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapal terbang 
  7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!"
  8. Buka beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg anda dan kemudian berkat, "Udaranya cukup tidak disitu?"
  9. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
  10. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA!"      

10 NEGARA PALING BERPENGARUH

1. United States of America
Negara ini mempunyai ekonomi yang paling besar dan ia juga negara yang mempunyai angkatan tentera paling maju dan kuat. Demokrasi di negara ini amat kuat dan negara ini memainkan peranan penting dalam pertubuhan-pertubuhan dunia. Pengaruh media mereka juga teramatlah kuat.

2. Russian Federation
Negara pengeluar jet Sukhoi dan senapang AK-47 ini  adalah negara ke-2 yang paling berpengaruh dan mempunyai angkatan tentera yang kuat.mereka juga menguasai sebahagian negara di asia tengah seperti Kazhastan.negara ini mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan negara paling besar tanahnya dan ini menyebabkan kemerdekaan dan mengelakkan kuasa luar masuk campur.

3. Peoples Republic of China
Negara Cina adalah dikatan negara ke-4 dunia yang mempunyai jumlah KDNK terbesar. Sejak kebelakangan ini, eknomi Cina naik dengan mendadak. Mereka telah memperoleh hak kuasa dari Perancis dan Britain. Angkatan tenteranya yang semakin lama semakin bagus boleh menjadikan mereka kuasa besar dunia pada masa akan datang

4. France
 France atau dalam Bahasa Melayunya Ialah Perancis adalah sebahagian daripada Majlis Keselamatan PBB. Mereka mempunyai kekuatan tenaga nuklear yang sangat hebat dan besar. Perancis mempunyai kekuasaan banyak negara di Africa. Perancis juga tergolong dalam kumpulan G7 iaitu negara maju dunia.

5. Britain
Britain adalah sebahagian daripada Majlis Keselamatan PBB juga. Mereka juga mempunyai kuasa nuklear yang kuat dan demokrasi beraja mereka dianggap yang terbaik di dunia. Mereka juga amat berkuasa dalam hal-hal plitik negara lain. Britain juga pernah menjadi negara penjajah terbesar dunia suatu masa dulu dan sekarang, 44 negara merdeka  menganggotai Commonwealth iaitu negara bekas jajahan Britain.

6. Japan
Kuasa Jepun sebagai pengeluar kereta dan alatan elektrik dan elektronik terbesar di dunia amatlah memainkan peranan dalam ekonomi dunia. Mereka juga mempunyai kuasa demokrasi yang kuat.


7. Republic of India
India mempunyai jumlah populasi yang amat padat. Mereka dikenali  kerana demorasi mereka yang mempunyai kuasa hasil dari Constitution of India.ekonomi mereka berkembang dengan pantas pada masa kini dan dengan kuasa nuklear mereka yang semakin maju dan kuat, India menjadi antara berpengaruh di dunia.

8. Federal Republic of Germany
Jerman adalah negara ke-3 di dunia yang mempunyai jumlah pendapatan tertinggi di dunia dan negara antara negara yang berkuasa dalam European Union . walaubagaimanapun, ini semua disebabkan perang dunia ke-2 yang menaikkan nama Jerman.

9. Republic of Pakistan

Pakistan mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai dan mempunyai kuasa nuklear yang mampu menakutkan kuasa barat. Akibat perbelanjaan yang tinggi untuk kegunaan ketenteraan, negara ini mempunyai masalah dari dalam iaitu keadaan umpama ‘pemerintahan kuku besi’. Selain itu, perang dengan India yang berlarutan hingga ke hari ini (perang dingin) menyebabkan mereka kerugian berbilion dolar.

10. Republic of Brazil
Brazil juga adalah antara negara yang berprngaruh. Mereka juga mempunyai kuasa nuklear yang agak maju. Brazil bijak dalam menangani masalah dan mereka juga menjaga hubungan baik mereka dengan banyak negara walaupun Iran.