Sunday, August 14, 2011

LESEN P

suatu hari di sebatang jalan pekan di kampung di negeri di utara, terdapat satu road block......
tiba-tiba seorang pak cik yang menungang motosikal telah melalui kawasan itu dan telah ditahan oleh polis untuk di siasat.selepas di siasat, pak cik tadi ni x tampal sticker "P". bermulalah drama mereka di bawah...

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : Pi balik pulau sat.awat??

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
 
Pak Cik : Aku nak p balik pulau. (Dah mula naik anging).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
 
Pak Cik : Aku habaq balik pulau hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi balik pulau. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
 
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje

Pak Cik : kan mudah camtu ...

Saturday, August 6, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah. 


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. 
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Tuesday, August 2, 2011

saya tunggu awak......

kiranya awak ada disini bersama saya
mungkin diri ini tak sepi
bayanganmu yang selalu menemani saya
menghiasi malam hening saya
saya ingin bersama diri awak selalu
saya tidak akan pernah menduakan awak
walau kini awak jauh dari pandangan saya
dirimu akan slalu saya tunggu
karena saya sayangawak
hati ini selalu menyebut nama awak
dengarlah wahai bungaku
saya berjanji cinta ini hanyalah untukmu
takkan pernah ada yang lain

adakah rindu yang awak rasa
seperti rindu yang saya rasa
tak sanggup saya terus terlena
tanpa awak di sisi saya
saya akan selalu menanti awak....

Monday, August 1, 2011

FAKTA LAGI SKET.......

  1. Grafit boleh ditukar kepada berlian dengan menggunakan suhu 3000 ° C dan tekanan sebanyak 100,000 atm
  2. Lima keadaan perkara( state of matter): Plasma, Gas, Cecair, Pepejal dan Bose-Einstein Condensates.
  3.  
  4. Setiap kali kilat menyambar, beberapa gas Ozon dihasilkan, sekali gus mengukuhkan lapisan ozon dalam atmosfera Bumi.
  5. Lighter dicipta dulu sebelum mancis pada tahun 1816 oleh JW Dobereiner.
  6. Rasa bahang yang kita terima daripada cili merah adalah kerana bahan kimia yang dipanggil Capsaicin.
  7. Dua puluh peratus (20%) oksigen Bumi dihasilkan oleh hutan Amazon. 
  8. Galium adalah logam yang cair di atas telapak tangan, kerana takat lebur yang rendah (29.76 °C).
  9. Dynamite mengandungi kacang tanah sebagai bahan.
  10. Ada cukup emas dalam kerak Bumi meliputi seluruh permukaan tanah setinggi lutut.
  11. seorang manusia dewasa secara puratanya mengandungi sekitar 250g (1/2lb) garam.
  12. Nyamuk suka kepada bau estrogen, oleh itu, wanita mendapat digigit oleh nyamuk lebih kerap berbanding lelaki.
  13. Gas asli yang tidak mempunyai bau. Bau ditambah gas buatan supaya kebocoran dapat dikesan.
  14. Udara menjadi cecair pada kira-kira tolak 190 darjah Celsius.
  15. Hidrogen adalah unsur yang paling banyak di dalam Alam Semesta (75%).
  16. satu-satunya huruf yang tidak terdapat pada Jadual Berkala (periodic table) ialah huruf J.