Tuesday, April 22, 2014

GOOGLE

Dalam sehari la kan...berapa kali korang search guna Google, tak pon tengok video kat Youtube tak pon...guna henset android. Dan yang paling lazim skali, Blog ni...semua ni Google yang punye. Jujur aku cakap, sebagai student Ijazah sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Pembinaan(chewah, nak bgtau gak tu..haha) tetiap hari search Google nak wat assgment, thesis, quiz pon aku search...haha
Tapi korang tau tak ape dan sape Google ni....haa, kat sini aku nak kongsi sikit la fakta pasal Google....




Pada tahun 1998 apabila Larry Page dan Sergey Brin pelajar PhD di Stanford, mereka telah bekerja di Projek Perpustakaan Digital. Mereka memerlukan sejumlah besar ruang cakera untuk menguji algoritma PageRank pada data web di seluruh dunia. Pada masa penyelidikan mereka, saiz cakera keras terbesar adalah 4 gigabait …so mereka pasang 10 hard disk ni kat dalam kabinet kos rendah dibuat daripada Lego. Dua tahun kemudian, syarikat itu mempunyai 5,000 PC untuk mencari dan web browsing

Nama 'Google' adalah tidak disengajakan sebab pengasas Google sbnarnye nak tulis 'Googol' (istilah matematik bagi satu nombor diikuti dengan seratus sifar). Dan sekiranya pengasas Google tidak menukar nama asal Google, ianya adalah’BACKRUB’. Pelik ya amat ko…!

Tweet pertama Google adalah "I’m 01100110 01100101 01100101 01101100 01101001 01101110 01100111 00100000 01101100 01110101 01100011 01101011 01111001 00001010." Ini bermakna perasaan ‘ I’m Feeling Lucky’ dalam kod binari.(kod data digital lah… kalo payah sngat ko nak paham)

Halaman utama Google telah dikenali untuk kesederhanaan. Kesederhanaan dan reka bentuk yang minimum adalah salah satu sebab utama mengapa Google menjadi lebih popular daripada pesaing mereka seperti MSN, Yahoo!, dan AltaVista. Reka bentuk yang minimum telah diwujudkan kerana Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin ni, diorang tak tahu pon macamne nak gunakan HTML waktu tu, so…disebabkan pengguna google dah terbiasa dngan kekosongan kat web page google ni, diaorang ni pon x tambah ape2 lah….

Ini adalah statistic indeks laman web yang telah di link kan kepada google.30 juta laman diindeks pada tahun 1998. 1 bilion laman diindeks pada tahun 2000, 8 bilion laman diindeks dalam tahun 2004, 1 Trilion laman diindeks dalam tahun 2008. Hamekk koo..!!

Google membeli Blogger pada tahun 2003 dan sekarang ni terdapat 270,000 perkataan seminit ditulis pada Blogger.

Chrome dilancarkan pada tahun 2008. Ianya adalah browser paling gempak.

Gmail dilancarkan pada tahun 2004 dan sebelum tu Gmail telah digunakan secara dalaman selama hampir 2 tahun sebelum melancarkan kepada orang ramai. Mereka mendapati terdapat kira-kira 6 jenis pengguna e-mel, dan Gmail telah direka untuk menampung 6 jenis orang ni dan terdapat 146 juta pengguna Gmail

kalau nak citer pasal produk Google ni mmg banyak sngat yang teramat...Kalau korang boleh teka, tngoklah sebahgian dari list produk yang ade kat bawah ni. Ini semua logo2 produk Google tau...


Google kini menggunakan lebih daripada 1 juta pelayan komputer di pusat-pusat data di seluruh dunia dan Carian Google mengendalikan lebih daripada 1 bilion pencarian setiap hari dimana mereka mendapat 7.2 bilion paparan halaman setiap hari dan dalam sebulan sahje ade 87.8billion carian yang dijalankan ke atas tapak Google. Pelawat setiap hari untuk Google adalah 620 juta

Market share Google adalah 85% jika dibandingkan dengan petanding diorang ni seperti Yahoo!, MSN dll…

Pada tahun 2009 pendapatan Google adalah hampir $ 23billion dan untung bersih adalah $ 6.5billion dan hampir 97% adalah pendapatan daripada pengiklanan

Lebih 19,000 orang pekerja dengan Google, dimana 37% adalah kakitangan penyelidikan, 37 % adalah kakitangan jualan dan 'Noogler ' adalah gelaran untuk orang baru di Google

Google beli YouTube pada tahun 2006 dengan harga $ 1,650,000,000 setelah orang besar mereka menang bidaan ke atas Yahoo! Dimana perbincangan itu telah diadakan di kedai makan saje..!!. Bahagian pasaran kepada syarikat google oleh YouTube adalah 39.4 %

Android diumumkan pada tahun 2007 dan 400,000 peranti Android baru diaktifkan setiap hari dan ada 200,000 Apps tersedia untuk Android. Sistem operasi mudah alih Android Google adalah platform telefon pintar terkemuka di dunia melepasi Nokia dan Apple dengan penguasaan 33%. Kalau korang nak tau, 33 juta sistem operasi Android telah dihantar pada suku tahun keempat 2010…perghh..

Butang klik "I’m Feeling Lucky"mmg macam tak ada fungsi dan hampir tidak pernah digunakan. Walau bagaimanapun, kira-kira 1% daripada semua carian Google menggunakan " I’m Feeling Lucky ". Kerana ianya akan memintas iklan di halaman hasil Google, butang ini telah menyebabkan Google kehilangan kira-kira $ 110 juta pendapatan setiap tahun

Monday, April 21, 2014

10 BANDAR PALING.....

kat sini aku nak kongsi kat korang 10 bandar yang paling...paling....dan paling...bukan berpaling tadah ok...hahaha


10 BANDAR PALING MERBAHAYA

10. Cape Town, South Africa
09. Nairobi, Kenya
08. Caracas, Venezuela
07. Peshawar, Pakistan
06. Sana'a, Yemen
05. Azerbaijan, Ivory coast
04. Ciudad Juarez, Mexico
03. Baghdad, Iraq
02. Mogadishu, Somalia
01. Kabul, Afghanistan


10 BANDAR PALING PADAT

10. Shanghai, China (19,400,000)
09. Manila, Filipina (19,600,000)
08. Sao Paolo, Brazil (20.900.000)
07. New York, USA (22.200.000)
06. Mumbai, India (22.800.000)
05. Delhi, India (23.200.000)
04. Mexico City, Mexico (23.400.000)
03. Guangzhou (Canton), China (24.200.000)
02. Seoul, Korea Selatan (24.400.000)
01. Tokyo, Jepun (34.000.000)



10 BANDAR PALING TINGGI KOS SARA HIDUP

10. Copenhagen, Denmark
09. Tokyo, Jepun
08. Melbourne, Australia
07. Geneva, Switzerland
06. Caracas, Venezuela
05. Sydney, Australia
04. Zurich, Switzerland
03. Oslo, Norway
02. Paris, Perancis
01. Singapore




10 BANDAR PALING BANYAK DILAWATI PELANCONG

10. Barcelona, Sepanyol
09. Hong Kong, Cina
08. Kuala Lumpur, Malaysia….. (yeayyyyy!!!)
07. Dubai, Emeriah Arab Bersatu
06. Istanbul, Turki
05. New York, Amerika
04. Singapura
03. Paris, Perancis
02. London, England (15.96 juta)
01. Bangkok, Thailand (15.98juta)


10 BANDAR PALING KOTOR
10. Delhi, Patna, Gwalior, Raipur, Mumbai, Ahmadabad, Lucknow (India)
09 . Luanda (Angola)
08. Baku (Azerbaijan)
07. Dhaka (Bangladesh)
06. Antananarivo (Madagascar)
05. Khorramabad (Iran)
04. Port au Prince (Haiti)
03. Karachi (Pakistan)
02. Mexico City (Mexico)
01. Addis Ababa (Ethiopia)

10 BANDAR PALING SESAK TRAFIK
10. Beijing, China
09. Tainan, Taiwan
08. Rio de Janeiro, Brazil
07. Chengdu, China
06. Istanbul, Turki
05. Bucharest, Romania
04. Chongqing, China
03. Jakarta, Indonesia
02. Bangkok, Thailand
01. Mexico City, Mexico