Friday, November 27, 2015

SEJARAH MELAYU DAHULU DAN SENJATA API??

Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka, pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api? Adakah benar orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?

Ketika Portugis menawan Melaka, tentera Portugis telah merampas beberapa ribu senjata api (bukan keris) milik tentera Melaka. Dianggarkan sekitar 30,000 senjata api telah dirampas , dimana 8,000 daripadanya adalah senjata berat atau senjata pemusnah (Weapon of Mass Destruction) pada ketika itu. Antara senjata api yang digunakan oleh tentera Melaka pada ketika itu ialah Senapang dan Meriam. Beberapa laras senapang ini telah di bawa oleh tentera Portugis ke Jepun. Dari senapang milik tentera Melaka inilah, Jepun mula mencipta senapang mereka sendiri selepas meniru teknologi senapang tentera Melaka. Di mana beribu-ribu senapang milik tentera Melaka itu pada masa kini? Beberapa senapang milik Panglima Melayu tahun 1800an kini dilelong di Eropah, mencapai harga sekitar RM35,000.

Filem Queen of Langkasuka...pengawal2 
istana yang menggunakan istinggar

Memetik dari buku The Golden Chersonese and the way Thither, penulisnya Isabella L Bird telah mencatatkan bahawa senjata-senjata utama orang-orang Melayu ada keris, pedang (mengikut catatan Bird, jarang digunakan tetapi lebih kepada perhiasan), parang (juga untuk kegunaan harian selain daripada senjata) dan tombak-tombak bermata besi (menurut Bird, senjata yang memakan banyak nyawa ketika Perang Perak). Selain daripada senjata-senjata perang tradisional, bird juga mencatatkan kehadiran Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs. Bird dipetik sebagai berkata:

"The malay weapons consist of the celebrated kris with its flamed shape wavy blade, the sword, regarded, however, more as an ornament, the parang, which is both knife and weapon, the steel headed spear, which costs us many lives if the Perak war, Matchlocks, Blunderbusses and Lelahs, long hevay brass gun used for the defence of the stockade behind which the malays usually fight.they make their own gunpowder and uses cartridges made of cane."

Mungkin kepada yang sudah arif tentang terma-terma persenjataan moden, perkataan-perkataan ini mungkin tidak asing, namun bagi yang kurang pengetahuan tentang ilmu senjata, saya terpinga-pinga dengan istilah-istilah asing ini. Jika terma umum seperti Grenade Launchers, Machine Guns atau Bazooka mungkin juga pernah saya dengar tapi Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs?

Putera Pahang yang digambarkan sebagai pakar menembak
 dalam Filem Queen of Langkasuka

Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing (locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.

Tawanan Perang Kedah Burma dengan sejumlah 
besar bilangan senjata api

Didalam buku Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:

"Their matchlocks, of which the Satengar, or Istengara Menangkabowe, is most esteemed, are long heavy unwieldy pieces: the barrels are formed by twisting a flat bar, of tough beaten iron, round a rod of the same, and beating it into a consistent hollow cylinder. The stocks of these pieces are not adapted for the shoulder, nor for taking an accurate and speedy aim, and a rest is absolutely necessary, from the great weight and length of the barrel. The Malays, in fact, scarcely ever fire without resting the muzzle, lowering, instead of raising it to their object, nor do they apply the butt to the shoulder. The locks for holding the Tunam, or match of coir rope, are generally of brass or copper, finely worked and ornamented. The European pieces, with locks, are most preferred, and now commonly used instead of the matchlocks."

Newbold seterusnya mencatatkan bahawa senjata-senjata api ini sememangnya tidak asing dengan orang-orang Melayu malah untuk melihat seorang lelaki melayu dengan senapang-senapang tersisip kemas ditangannya adalah bukan perkara yang aneh malah menjadi kelaziman. Cerobong mulut senapang-senapang ini selalunya diukir dengan ukiran-ukiran mulut harimau atau ular. Newbold seterusnya menyambung seperti berikut:

"Muskets, blunderbusses (Pemuras), and rifles are not uncommonly found in their hands. The barrels of the blunderbusses are frequently made by themselves, with muzzles in various fantastic forms, such as the mouth of a tiger or snake, and mounted with European locks. When going to war, a Malay considers himself completely armed with a kris, a golok, a badik (sort of knife), a chenankas, or pedang (sword), a musket and cartridges, or the tombak (spear), and a quiver of ranjows, or caltrops, at his back."

Roughly a century after firearms were invented by the Arabs, the Malays began making guns. Evidence of these activities were documented by W Linehan in his paper entitled Some Discoveries on the Tembeling. On the banks of the Tembeling river in Peninsular Malaysia, he found molds that were used to cast cannons in the 13th or 14th century.

According to the conqueror of Malacca,Alfonso d'Albuquerque, Malaccan gun foundries were as good as those in Germany. This could mean they were better than Portuguese ones but the most powerful guns in those days were made by the Ottoman Turks. When the Portuguese defeated Malacca, they found thousands of cannons including an extraordinarily large one which Alfonso sent to his Hindu ally the Zamorin of Calicut.Guns produced by Malay kingdoms were of varied quality.

The most powerful ones were no doubt made by the wealthiest sultanates. The best Malay cannons had no problem blasting the best European ships out of the water ; for instance the Dutch East Indies Company lost a battleship when they attacked Makassar in 1667 and another one in the 18th century when they attacked a Bugis stronghold in Bintan. Guns made by Makassar were of such high quality they were demanded by the Dutch as part of war reparation payments (even though the war was started by the Dutch).
MALAY FIREARMS are :

1. Pemuras (Malay Blunderbuss)
2. Istinggar (Malay Flintlock Musket)
3. Tarkul ((Malay Flintlock Pistol)


Terakol



Terakol Melayu di Istana Kayang, Perlis

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.

Mengapa? 
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


Istinggar


(Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Pemuras


Senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Orang Melayu Mudah Lupa!! Buta Sejarah..

Sebenarnya kita bangsa melayu telah pun maju sebelum kedatangan penjajah-penjajah ini... Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris.
 
Kita bukanlah bangsa yang malas, yang hanya layak untuk tinggal di kampung-kampung sebagai petani. Kita bukan bangsa yang sentiasa sukakan hiburan. Sebenarnya kita adalah bangsa yang GAH, KUAT dan MASYHUR... yang berdagang dengan memiliki kapal-kapal dagang sendiri jauh lebih awal dari kedatangan orang-orang cina ke Semenanjung Tanah Melayu.
 
Kita telah pun berdagang hingga ke Benua Afrika dan Arab sebelum kedatangan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu. Malah Tanah Jajahan Melayu membawa hingga ke sempadan negara Cina.
 
Syed Mashor dgn meriam melayu

Allahyarham Saiyid Mashor Bin Mohd Ash-Shahab adalah seorang pahlawan melayu yang terkenal dengan kehandalannya dan merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perang saudara di Selangor pada tahun ( 1868 – 1873 ) yang berpunca dari persengketaan mengenai perebutan kuasa di kalangan Kerabat Diraja Selangor.Allahyarham juga turut membantu Pembesar-pembesar Pahang dalam peperangan menentang kekuasaan British.

Dengan membaca apa yg ada ini, maka dapatlah kita menilai semula dan BERTEKAD untuk mencapai semula zaman kegemilangan tersebut. Juga dapat kita mengkaji di mana silapnya hingga kita ketinggalan jauh terkebelakang dengan bangsa-bangsa yang datang menumpang dan terkemudian dari kita.


terima kasih kpd:
Sahruddin Esa

Wednesday, November 25, 2015

TEKA TEKI BANGANG TAHAP SEWEL (V.2)

Kenapa semut kecik?
Sebab mak bapak die kecik....

KTM komuter bergerak dari seremban ke rawang... kemana arah asap die?
Komuter mane ade asap... kan pakai elektrik....

Pokok ape paling tinggi?
Pokok atas gunung....

Pokok ape yg gajah takut, org paling kuat dunia takut.. malahan tok bomoh pon takut?
Pokok nak tumbang laa...

Ayam ape ade 7 kaki?
Ayam yang berdiri kat kaki 5....

Kenapa penggali kubur kalau gali kubur x pakai spender?
Sebab di gali kubur pakai cangkul....

Kenapa badak sumbu yg nyorok belakang pokok kite tak pernah nampak?
Sbb die pandai nyorok la kite x nampak...

Tikus ape jalan gune 2 kaki?
Mickey mouse...

Itik ape jalan guna 2 kaki?
Semua itik jalan gune 2 kaki la wehhh....

Pintu ape yg walau 10 orang yg tolak... ttp x terbuka?
Pintu yg tulis tarik....

Mcmne nak potong air?
Jngn bayar bil air... nnt syarikat air potong laaa...hahahaha

Ape die ade 3 kepala, 6mata, 8kaki, 2 tangan, 2 sayap?
Koboi nek kuda bawak ayam....

Kereta dngn moto sape lg tua?
Motor laa... sbb ade tongkat....

Lembu ape susah cari?
Lembu yang hilang.....

Mee ape paling berat?
Mee wantan (one tonne)

Kenapa hidung gorilla besar?
Sbb jari die besar... jd bile korek hidung... lubang die kembang laa

Pokok dekat tepi kubur... knp perlu ditebang?
Kalau cabut mne larat... tebang laaa

Saturday, November 21, 2015

PLUTO.......bukan planet :(

Pluto ade 5 bulan dan bulan yang paling besar diberi nama Charon... yang lagi empat bergerak mengorbit pluto dalam keadaan tunggang-langgang diberi nama Nix, hydra, kerberos dan styx

Satelit kamera yang ditugaskan untuk mengambil gambar planet pluto dinamakan New horizon  adalah seberat 30kg sahaja dan ianya bergerak 24km sesaat di angkasa lepas untuk menuju ke planet pluto

Roket yang menghantar satelit kamera ke angkasa lepas mempunyai kelajuan lebih 30,000bsj adalah roket terpantas buat masa kini dan selepas 9 jam meninggalkan bumi... ianya telah melepasi bulan kita!!

9tahun 5bulan diambil oleh kamera 'new horizon' untuk smpai ke orbit pluto (10,000km)

Pluto telah digugurkan taraf daripada sebuah planet kerana saiznya yg terlampau kecil akibat terdapat satu lg penemuan bulan atau planet kecil yg diberi nama Eris dimana ianya mengambil masa 557tahun utk mengelilingi matahari

Rakyat amerika yg bernama Clyde Tombough yang menemukan pluto pada tahun 1930.. pada ketika ini terdapat abu Clyde berada didalam satelit new horizon

Ade pergunungan setinggi sehingga 11,000kaki tinggi

Kebanyakan batu asas kpd pergunungan pluto adalah ais batu

Pluto mempunyai atmosfera yang amat nipis dan ianya mengandungi nitrogen... sama seperti bumi

Secara nisbah..6 pluto boleh muat didalam bumi kerana radiusnya hanyalah 737 batu shaja
Bahagian tompok putih yang berbentuk jantung di permukaan pluto dinamakan Thombaugh Regiao sempena nama penemunya

Pluto mengambil masa selama 248 tahun atau 2976bulan untuk mengelilingi matahari

Sejak penemuannya pada tahun 1930, pluto tak sampai pun lagi separuh jalan pengorbitan nya mengelilingi matahari

Permukaan pluto mempunyai suhu -400 fahrenheit

Pluto mengorbit mengelilingi matahari dalam bentuk elips ataupun bujur... tidak sepeti planet2 lain yang mengorbit matahari dalam bentuk bulatan