Thursday, December 16, 2010

10 STADIUM TERBESAR DI DUNIA

  1. Rungrado May Day Stadium,Pyongyang,150 000 orang


Stadium  Hari Buruh Rungrado atau Rungrado May Day Stadium adalah sebuah Stadium multi-fungsi di Pyongyang, Korea Utara yang selesai pada tanggal 1 Mei 1989.Stadium ini dibangun sebagai sebuah Stadium utama untuk edisi 13 Festival Pemuda dan Pelajar Dunia pada tahun 1989. Saat ini digunakan untuk pertandingan sepak bola, atletik, beberapa buah pertandingan, tapi paling sering untuk Festival Arirang (juga dikenal sebagai Mass Games). Stadium ini memiliki 150.000 kerusi.Nama Stadium ini diambil dari nama Pulau Rungra yang terletak di Sungai Taedong, tempat Stadium ini berasal. Bumbungnya yang bergelombang memiliki 16 lengkungan yang diatur seperti sebuah cincin, yang menyerupai payung terjun.
  
2.      Stadium of the Indian Youth, Benggala Barat, 120 000 orang



Stadium yang terletak di india ini lebih dikenali sebagai Salt Lake Stadium. Mula diguna pada tahun 1984 dan meliputi kawasan seluas 76 ekar.Bumbungnya adalah bentuk asas epaerti kebanyakan bumbung dan ianya dibuat dari konkrit dan aluminium. Bola sepak adalah acara utama stadium ini.


3.      3.Cowboys Stadium, Texas, 110 000 orang


Cowboys Stadium merupakan sebuah stadium di Arlington, Texas dan ianya adalah stadium yang terbesar di USA. Ia mempunyai bumbung yang boleh dibuka dan jumlah tempat duduknya 110000. Kegunaan utamanya adalah untuk sukan bola sepak Amerika, tetapi boleh digunakan oleh pelbagai sukan dan acara lain. Tuan rumah stadium ini ialah Dallas Cowboys dari National Football League (NFL)

4.      4.Michigan Stadium, Michigan, 109 900 orang.


Stadium ini dibina untuk University of Michigan dan ianya hanyalah untuk kegunaan American football. Mula digunakan pada tahun 1927. Stadium ini menggunakan rumput tiruan sepenuhnya dan ianya mula dipakai pada tahun 1969. Rekod tertinggi untuk kapasiti penonton yang pernah direkodkan ialah 113411 orang.

5.      5.Beaver Stadium, Pennsylvania, 107 282 orang


Sekali lagi stadium ini adalah khusus untuk pemain american football. Mula digunakan pada tahun 1960 dan ianya telah diubahsuai sebanyak 6 kali untuk mencaoai jumlah kapasiti penonton. Bermula dari hanya 57538 dan meningkat hampir 2 kali ganda kapasiti penonton.

6.Estadio Azteca, Mexico City, 105 000 orang


Stadium Aztec merupakan sebuah Stadium  bola sepak  yang terletak di Mexico City, Mexico. Stadium ini pernah dipakai untuk babak  final Piala Dunia FIFA 1970 dan Piala Dunia FIFA 1986. Stadium ini merupakan Stadium  bola sepak terbesar di Mexico dan berkapasiti 105 000 kerusi.  Di sini merupakan  markas utama untuk tim nasional Mexico.

7.      Neyland Stadium ,Tennessee,102 455 orang


Mulai digunakan pada tahun 1921 dengan kapasiti lebih 3000 kerusi, stadium ini telah diubahsuai sehingga ke hari ini. Dibuat untuk University of Tennessee dan ianya adalah untuk permainan american football.

8.      Ohio Stadium, Columbus, 102 329 orang


Stadium ini adalah markas untuk paasukan American football Buckeyes. Mulai digunakan pada tahun 1974 dan mengikut reka bentuk stadium olimpik pertama di dunia iaitu Panathinaiko Stadium di Athens. Stadium ini tidak mempunyai lampu jadi apabila terdapat konsert ataupun perlawanan waktu malam, lampu akan diletakkan.

9.      9.Bryant-Denny Stadium,  Alabama, 101 821 orang


Mula dibina pada tahun 1929 dan ianya mengambil masa hanya 8 hari untuk disiapkan kerana hanya beberapa ratus tempat duduk sahaja disiapkan pada masa itu. Tetapi sekarang ianya boleh memuatkan beberapa ratus ribu orang di dalamnya.

110.  Melbourne Cricket Ground, Melbourne, 100 019 orang


Rakyat Australia kebanyakannya meminati kriket dan tidak hairanlah stadium terbesar di negaranya ialah stadium kriket. Sering juga digunakan untuk permainan ragbi. Stadium ini mula dibina pada tahun 1850-an dan ianya adalah antara stadium moden yang tertua.

Monday, December 13, 2010

HANDSOME VS X HANDSOME


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu

perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik

perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:tengok saja luarannya...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: mesti kereta bos la tu...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar

perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: memang dah ada naluri pembantu,nak buat macamana...
.