bangunan ini di bina bermula pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2010. mempunyai 162 tingkat dengan ketinggian 828 meter iaitu sama dengan dua kali ganda ketinggian menara KLCC, bangunan ini dibina dengan harga RM 6.0billion.
2)Taipei 101,Taipei, Taiwan.
nama 101 itu diambil sempena bilangan tingkatnya iaitu 101 tingkat. bangunan ini mempunyai ketinggian 509 meter. pembina bangunan ini menggunakan pokok buluh sebagai sumber inspirasi dengan meletekkan bandul seberat 8 tan di tingkat 90. mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2004.
3)Shanghai World Financial Center, Shanghai, Cina
dengan ketinggian 492 meter, ini adalah bangunan tertinggi di cina. mempunyai 101 tingkat,bangunan ini mempunyai menara tinjauan tertinggi didunia yang terletak di tingkat ke-100. mula dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2008 dengan harga RM4.8billion.
4)International Commerce Centre, Hong Kong, Cina.
bangunan ini mempunyai 108 tingkat dengan 484 meter ketinggian. bangunan ini menempatkan hotel, menara tinjauan, pusat beli-belah dan lain-lain. mula dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2010.
5)Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur, Malaysia.
bangunan ini adalah kebanggaan kita kerana bangunan inilah negara kita terkenal diserata dunia. dengan ketinggian 452meter dan 88 tingkat,ianya adalah bangunan berkembar tertinggi didunia,ia juga memegang rekod untuk asas bangunan paling dalam dan jambatan bertingkat tertinggi di dunia. mula dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1998 dengan harga RM6.4 billion.
6) Willis Tower, Chicago, USA.
sebelum ini dikenali sebagai Sears tower dan menjadi bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1974 -1988. bangunan ini mempunyai 108 tingkat denga ketinggian 451 meter dan ianya dikalahkan oleh menara petronas dengan hanya puncak besi yang berketinggian 20 tingkat di puncak menara petronas. bangunan ini mula dibina pada tahun 1970 dan siap pada 1973. bangunan ini dibina dengan harga RM600juta pada masanya.
7) Nanjing Greenland Financial Center, Nanjing, Cina.
bangunan ke-3 tertinggi di cina ini mulai dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2010. ketinggian bangunan ini ialah 450 meter dengan 89 tingkat.
8)Guangzhou West Tower, Guangzhou, Cina.
mula dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2010. bangunan ini mempunyai 103 tingkat dngan ketinggian 402 meter menjadikannya bangunan ke-4 tertinggi di cina.
9)Trump International Hotel and Tower, Chicago, USA.
bangunan ini menempatkan kondominium mewah,hotel dan tempat beli-belah dan dibina oleh syarikat Donald Trump. mulai dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2009. mempunyai 98 tingkat dengan ketinggian 423 meter. dibina dengan harga RM3.4billion.
10)Jin Mao Tower, Shanghai, Cina.
buat sekian kalinya, cina memasuki lagi senarai bangunan tertinggi didunia. bangunan ini dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1998. bangunan ini mempunyai 88 tingkat dan ketinggiannya ialah 421meter dengan harga RM2.1billion.
No comments:
Post a Comment