Friday, December 31, 2010

Universiti Teknologi MARA


Universiti Teknologi MARA atau nama manjanya UiTM adalah merupakan salah sebuah universiti awam di Malaysia.Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selain kampus utamanya di Shah Alam, Selangor, UiTM mempunyai 3 buah kampus satelit, 12 kampus cawangan dan 6 kampus bandar. Boleh dikatakan UiTM mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan. Kampus-kampus tersebut adalah :-

Kampus Satelit
  1. Kampus UiTM Seksyen 17 (INTEC), Shah Alam, Selangor
  2. Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
  3. Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
  4. Kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam, Selangor (dalam pembinaan)
  5. Kampus UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor (hospital pengajar untuk Fakulti Perubatan UiTM)
Kampus Cawangan (Branch Campus)
  1. Kampus UiTM Arau, Perlis
  2. Kampus UiTM Sungai Petani, Kedah
  3. Kampus UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  4. Kampus UiTM Sri Iskandar, Perak
  5. Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  6. Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka
  7. Kampus UiTM Segamat, Johor
  8. Kampus UiTM Jengka, Pahang
  9. Kampus UiTM Dungun, Terengganu
  10. Kampus UiTM Machang, Kelantan
  11. Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  12. Kampus UiTM Samarahan, Sarawak
Kampus Bandar
  1. Kampus UiTM Mukah, Sarawak
  2. Kampus UiTM Tawau, Sabah
  3. Kampus UiTM Johor Bahru, Johor
  4. Kampus UiTM Raub, Pahang
  5. Kampus UiTM Kuantan, Pahang
  6. Kampus UiTM Alor Setar, Kedah
  7. Kampus UiTM Kota Bharu, Kelantan
  8. Kampus UiTM Bandaraya Melaka, Melaka


berikut pula adalah senarai fakulti-fakulti yang terdapat di UiTM.

Kluster Sains & Teknologi
  • Fakulti Sains Gunaan (AS)
  • Fakulti Sains Matematik & Komputer (CS)
  • Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (SR)
  • Fakulti Seni Bina, Perancangan & Ukur (AP)

Kluster Sains Perubatan
  • Fakulti Farmasi (PH)
  • Fakulti Pergigian (DS)
  • Fakulti Perubatan (MD)
  • Fakulti Sains Kesihatan (HS)
Kluster Kejuruteraan
  • Fakulti Kejuruteraan Awam (EC)
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik (EE)
  • Fakulti Kejuruteraan Kimia (EH)
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (EM)
Kluster Sains Sosial & Kemanusian
  • Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (MC)
  • Fakulti Muzik (MU)
  • Fakulti Pendidikan (ED)
  • Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (AM)
  • Fakulti Seni Rekaan (AD)
  • Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (CT)
  • Fakulti Undang-Undang (LW)
Kluster Ekonomi & Pengurusan
  • Fakulti Perhotelan & Pengurusan Pelancongan (HM)
  • Fakulti Pengurusan Maklumat (IS)
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan (BM)
  • Fakulti Pengurusan Pejabat & Teknologi (OM)
  • Fakulti Perakaunan (AC)
Pusat Pengajian & Penyelidikan
  • Akademi Pengajian Bahasa (APB)
  • Pusat Antarabangsa UiTM (INTEC)
  • Pusat Kefahaman & Pemikiran Islam (CITU)
     

UiTM Di Hatiku

Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup,budaya bangsa,agama,negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna
Ku yang melangkah di sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa
Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM...USAHA,TAQWA,MULIA
Komposer & Lirik: Osman Mohamed


Wawasan Setia Warga UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita...jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita...jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita...berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya
Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk Negaraku.

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin

Saturday, December 18, 2010

K.E.N.T.U.T

Dari mana datangnya gas kentut?
 Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.


Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.


Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.


Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik  dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.


Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

apakah rasa gas kentut?
masam kerana karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

TERIMA KASEH KEPADA________AHMAD WILDAN

Thursday, December 16, 2010

10 STADIUM TERBESAR DI DUNIA

  1. Rungrado May Day Stadium,Pyongyang,150 000 orang


Stadium  Hari Buruh Rungrado atau Rungrado May Day Stadium adalah sebuah Stadium multi-fungsi di Pyongyang, Korea Utara yang selesai pada tanggal 1 Mei 1989.Stadium ini dibangun sebagai sebuah Stadium utama untuk edisi 13 Festival Pemuda dan Pelajar Dunia pada tahun 1989. Saat ini digunakan untuk pertandingan sepak bola, atletik, beberapa buah pertandingan, tapi paling sering untuk Festival Arirang (juga dikenal sebagai Mass Games). Stadium ini memiliki 150.000 kerusi.Nama Stadium ini diambil dari nama Pulau Rungra yang terletak di Sungai Taedong, tempat Stadium ini berasal. Bumbungnya yang bergelombang memiliki 16 lengkungan yang diatur seperti sebuah cincin, yang menyerupai payung terjun.
  
2.      Stadium of the Indian Youth, Benggala Barat, 120 000 orang



Stadium yang terletak di india ini lebih dikenali sebagai Salt Lake Stadium. Mula diguna pada tahun 1984 dan meliputi kawasan seluas 76 ekar.Bumbungnya adalah bentuk asas epaerti kebanyakan bumbung dan ianya dibuat dari konkrit dan aluminium. Bola sepak adalah acara utama stadium ini.


3.      3.Cowboys Stadium, Texas, 110 000 orang


Cowboys Stadium merupakan sebuah stadium di Arlington, Texas dan ianya adalah stadium yang terbesar di USA. Ia mempunyai bumbung yang boleh dibuka dan jumlah tempat duduknya 110000. Kegunaan utamanya adalah untuk sukan bola sepak Amerika, tetapi boleh digunakan oleh pelbagai sukan dan acara lain. Tuan rumah stadium ini ialah Dallas Cowboys dari National Football League (NFL)

4.      4.Michigan Stadium, Michigan, 109 900 orang.


Stadium ini dibina untuk University of Michigan dan ianya hanyalah untuk kegunaan American football. Mula digunakan pada tahun 1927. Stadium ini menggunakan rumput tiruan sepenuhnya dan ianya mula dipakai pada tahun 1969. Rekod tertinggi untuk kapasiti penonton yang pernah direkodkan ialah 113411 orang.

5.      5.Beaver Stadium, Pennsylvania, 107 282 orang


Sekali lagi stadium ini adalah khusus untuk pemain american football. Mula digunakan pada tahun 1960 dan ianya telah diubahsuai sebanyak 6 kali untuk mencaoai jumlah kapasiti penonton. Bermula dari hanya 57538 dan meningkat hampir 2 kali ganda kapasiti penonton.

6.Estadio Azteca, Mexico City, 105 000 orang


Stadium Aztec merupakan sebuah Stadium  bola sepak  yang terletak di Mexico City, Mexico. Stadium ini pernah dipakai untuk babak  final Piala Dunia FIFA 1970 dan Piala Dunia FIFA 1986. Stadium ini merupakan Stadium  bola sepak terbesar di Mexico dan berkapasiti 105 000 kerusi.  Di sini merupakan  markas utama untuk tim nasional Mexico.

7.      Neyland Stadium ,Tennessee,102 455 orang


Mulai digunakan pada tahun 1921 dengan kapasiti lebih 3000 kerusi, stadium ini telah diubahsuai sehingga ke hari ini. Dibuat untuk University of Tennessee dan ianya adalah untuk permainan american football.

8.      Ohio Stadium, Columbus, 102 329 orang


Stadium ini adalah markas untuk paasukan American football Buckeyes. Mulai digunakan pada tahun 1974 dan mengikut reka bentuk stadium olimpik pertama di dunia iaitu Panathinaiko Stadium di Athens. Stadium ini tidak mempunyai lampu jadi apabila terdapat konsert ataupun perlawanan waktu malam, lampu akan diletakkan.

9.      9.Bryant-Denny Stadium,  Alabama, 101 821 orang


Mula dibina pada tahun 1929 dan ianya mengambil masa hanya 8 hari untuk disiapkan kerana hanya beberapa ratus tempat duduk sahaja disiapkan pada masa itu. Tetapi sekarang ianya boleh memuatkan beberapa ratus ribu orang di dalamnya.

110.  Melbourne Cricket Ground, Melbourne, 100 019 orang


Rakyat Australia kebanyakannya meminati kriket dan tidak hairanlah stadium terbesar di negaranya ialah stadium kriket. Sering juga digunakan untuk permainan ragbi. Stadium ini mula dibina pada tahun 1850-an dan ianya adalah antara stadium moden yang tertua.

Monday, December 13, 2010

HANDSOME VS X HANDSOME


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu

perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik

perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:tengok saja luarannya...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: mesti kereta bos la tu...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar

perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: memang dah ada naluri pembantu,nak buat macamana...
.