Dari mana datangnya gas kentut?
 Gas ini datangnya  dari  beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut  dari  darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas  yang  dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.
Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida  dan  mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada  sulfur,  lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh  bakteria dalam  perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus.  Kekacang akan  menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang  besar.
Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi   bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur.   Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi   punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen   dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan   dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam   perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti   bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai   bunyi yang baik  dengan cara ini. Suatu lagi ialah   kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses   penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak   enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai   kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang   dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang   terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.
Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas   kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut   sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang   dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan,   suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak   antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa   saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika   perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di   dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang   penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak   lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20   saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut   berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa  ketika  untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh  bergerak  dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama  kita  kentut.
apakah rasa gas kentut?
masam kerana karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).
TERIMA KASEH KEPADA________AHMAD WILDAN
No comments:
Post a Comment