Sunday, October 23, 2011

8 SIKAP WANITA YANG DIGEMARI LELAKI

Keanak-anakkan
Sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. Tapi jangan sampai terlalu kebudak-budakan, nanti anda di gelar GEDIK....

Penuh Pengertian
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita
yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita
yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. Tap jangan terlampau mesra pula, ianya akan menimbulkan iri hati pada pasangan anda.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita
yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. Tapi janganlah jual mahal sangat.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita
yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Saturday, October 22, 2011

KOLEKSI LAWAK PAK PANDIR

PROTON WAJA
Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab sayakena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"

DURIAN
Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.

Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.

Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir.

Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yg dijual kedalam traknya.

Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu pembeli tersebut,

Pandir : "Minta maaf En! saya tak jadilah jualkan kepada en. durian2 ini."

Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya... saya bayarlah kesemuanya!"

Pandir : "Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?"

Pembeli : "???" 

KELAMBU
Pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah Pak Kaduk ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. 

Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si pak kaduk,

pak kaduk: kenapa kamu tidor di bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

TAHI
suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,

“Hmmm Bentuk macam taik”

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,

“Lembik
macam taik”

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,

“Bau macam taik”

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit

“MEMANG SAH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”

AYAM
Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.

Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?

Pak Kaduk: Ayam. cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada engkau!

Pak Pandir: Termenung. Berapa ya?..........

SEMUANYA TENTANG KUCING....(sebab aku pencinta kucing....hehehe)

“Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan membelai lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.”
  1. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya. 16 buah di rahang atas dan 14 buah di rahang bawah.
  2. Kucing tidur sekitar 16 jam. Tapi ada kucing rumah yang tidur hingga 20 jam sehari
  3. Semua kucing berjalan dengan kakinya berjinjit.
  4. Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu setara dengan 10 tahun umur manusia.
  5. kucing atau nama saintifiknya Felis silvestrid-catus, terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan pemangsa yang hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu spesis, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, dan sejenisnya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 spesis.
  6. Pada abad pertengahan kucing dianggap pembawa sial dan alatan penyihir hinggasering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi. Sejumlah ahli sejarah percaya bahwa wabak Black Death menyebar dengan cepat di Eropah pada abad ke-14 akibat tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan populasi tikus yang membawa wabak tersebut.
  7. kucing yang terbesar adalah seekor harimau. Harimau jantan Siberia yang mempunyai panjang badan keseluruhan lebih dari 3m (10 ft) dan berat badan hingga 300kg (660 lb).
  8. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.
  9. Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing bercahaya di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang membolehkan kucing untuk dapat melihat dalam gelap.
  10. Kebanyakan kucing dapat mencapai umur 11-12 tahun. Kucing yang hidup di dalam rumah biasanya berumur lebih panjang dibandingkan dengan kucing yang hidup di luar rumah (jalanan). Kucing belaan dapat mencapai umur 16 tahun, bahkan ada yang mencapai 20 tahun. Rata-rata kucing jalanan berumur 8 tahun.
  11. 1 tahun umur kucing = 6 tahun umur manusia
  12. Mereka yang takutkan kucing digelar Ailurophobia
  13. Ailurofilia pula adalah istilah yang sering ditujukan pada penyayang kucing yang berlebihan.
  14. Kucing yang bermata biru adalah pekak
  15. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sedang menandai anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.
  16. Kucing mampu menghasilkan sehingga 1000 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  17. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing anda.
  18. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  19. Masyarakat mesir kuno adalah orang-orang yang pertama menyadari potensi kucing sebagai pemburu tikus. Mereka menjinakkan dan memelihara kucing untuk melindungi ladang dan gudang jagung.
  20. Di zaman Mesir Kuno juga, hukuman kepada sesiapa yang membunuh kucing ialah hukuman mati. Hukuman ini sepatutnya diteruskan.
  21. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan rambut yang tertelan
  22. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20km/j sejam bila ia meningkat dewasa
  23. Lidah kucing tidak dapat merasa karena kurangnya sensor saraf rasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor syaraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 buah. Nafsu makan kucing dipengaruhi oleh bau dan bukan rasa makanan.
  24. Kucing tertua lahir pada tahun 1903 dan mati tahun 1939 (berumur 36 tahun). Kucing tersebut bernama Puss dan maaf krn tidak mengetahui di mana ia berlaku
  25. Pintu masuk kucing yang terdapat di pintu rumah telah di reka oleh Sir Isaac Newton.
  26. Coklat boleh menjadi racun bagi seekor kucing. Jadi janganlah memberi kucing anda makan coklat.
  27. Seekor kucing betina akan hamil untuk tempoh selama 58 – 65 hari.
  28. kucing jenis Turkish Vas amat meminati air dan digelar turkish swiming cat dan mencapai berat 9kg
  29. pada tahun 1880, sejumlah 300,000 mummia kucing ditemui di mesir. ianya telah dijual ke England dan seterusnya dihancurkan untuk dijadikan baja.
  30. seekor kucing mempunyai 230 batang tulang, ianya 24 batang lebih dari manusia.

Monday, October 17, 2011

HUKUM MENINGGALAKAN SETIAP SOLAT WAJIB 5 WAKTU

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
MENINGGALAKAN SOLAT SUBUH
Akan diseksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidih hingga ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja

MENINGGALAKAN SOLAT ZUHUR
diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Sekiranya kita telah berdosa meruntuhkan kaabah, perlukah kita berangan-angan untuk naik haji?

MENINGGALAKAN SOLAT ASAR
sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Sama jugalah dosa kita dengan George W Bush, Ariel Sharon dan Firaun. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

 MENINGGALAKAN SOLAT MAGHRIB
dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!Betapa jijiknya diri anda melakukan sumbang mahram.

MENINGGALKAN SOLAT ISYAK
maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. sekiranya di bumi ini allah tak redha dengan kehidupan kita, apatah lagi di akhirat kelak.