Saturday, October 22, 2011

KOLEKSI LAWAK PAK PANDIR

PROTON WAJA
Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab sayakena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"

DURIAN
Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.

Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.

Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir.

Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yg dijual kedalam traknya.

Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu pembeli tersebut,

Pandir : "Minta maaf En! saya tak jadilah jualkan kepada en. durian2 ini."

Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya... saya bayarlah kesemuanya!"

Pandir : "Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?"

Pembeli : "???" 

KELAMBU
Pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah Pak Kaduk ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. 

Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si pak kaduk,

pak kaduk: kenapa kamu tidor di bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

TAHI
suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,

“Hmmm Bentuk macam taik”

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,

“Lembik
macam taik”

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,

“Bau macam taik”

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit

“MEMANG SAH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”

AYAM
Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.

Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?

Pak Kaduk: Ayam. cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada engkau!

Pak Pandir: Termenung. Berapa ya?..........

No comments:

Post a Comment