1. Tidak ada graviti di luar angkasa
Sebenarnya
terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan
terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi.
Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh
itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat.
Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat
dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit
(Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%.
2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali
Petir
boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih
tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di
kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan
besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk
mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali
setahun.
3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera
Ketika
sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya
kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek
tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari
bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi
meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di
daratan dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu
tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa
sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk
membakar lapisan luarnya.
4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah
Mitos
ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya
adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi, syiling ini akan memperolehi kelajuan
yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi
faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya
berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling
tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya.
5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan
Sebenarnya,
setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu.
Salah faham ini muncul kerana ‘sisi tergelap’ bulan tidak pernah
kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking
wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan
hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.
6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat
Jika terdapat kuman di lantai dan makanan
mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. tak kire lah berapa lama terletak dilantai, asalkan lebih kotor permukaan tu, lebih cepat la kuman terlekat.
Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka
membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat.
7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa
Mitos
ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen, tue sume karut jer. Faktanya, manusia
dapat bertahan 15 – 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan
nafas sebelum terdedeh tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan
menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan
oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana
kehabisan nafas.
8. buka tingkap semasa bawa kereta lebih menjimatkan minyak
buka tingkap semasa membawa kereta sebenarnya lebih membuatkan kereta kuat makan minyak kerana udara yang melalui atas badan kereta kemudiannya akan masuk kedalam kerata melalui tingkap dan seterusnya menolak kereta ke belakang lagi macam layar pada kapal yang ditiup angin. Kalau nak jimat betul2, tutup tingkap, tutup air-con....
9. lembu atau kerbau suka menyerang benda berwarna merah
sebenarnya, lembu adalah haiwan yang buta warna. lembu akan cuba menyondol sebarang benda yang cuba menggangunya sahaja. Adapun lembu menyerang warna merah adalah kebetulan sahaja.
10. bersin sambil mata terbuka membuatkan bebola mata terkeluar.
hal ini tak mungkin akan berlaku. adalah amat susah untuk mengeluarkan anak mata sebab otot2 yang memegang mata adalah amat banyak. Selalu orang berkata mata akan terbonjol kalau. Mula2 memang saintis membuat kajian tetapi ternyata mereka salah apabila ujian terhadap manusia dilakukan. xdepe2 pon jadi.
No comments:
Post a Comment