Monday, November 18, 2013

GAJET YANG KORANG TAKKAN SANGKA MENGGUNAKAN ANDROID

ANDROID.....Sape yang tak kenal dengan Operating System dari Google ni kan...Siapa sangka bahawa Android akan menjadi sistem operasi yang paling banyak digunakan di dunia selepas Google membeli Android pada tahun 2005 dan penggunanya sentiasa meningkat membuat Android kuasa dominan yang disegani dengan perkongsian pasaran sebanyak 70.1%. Android digunakan oleh gergasi teknologi terkenal seperti Samsung, HTC, Hauwei, ZTE, Motorola, Sony, LG dan banyak lagi.

Seperti orang lain mesti korang hanya tahu yang android ni untuk telefon dan tablet je kan... Tahu tak korang yang Android ni adalah OS yang paling versatail sekali dalam dunia ni. Jadi disini, aku nak kongsi ngan korang gajet2 yang korang x sangka menngunakan Android OS.


1. Permainan Mudah alih.



Dengan menggunakan Android sebagai OS. Korang boleh main game yang ade kat dalam PlayStore menggunakan Kayu ria (joy stick la..duh!!) Senang cerita macam ni lah, korang bayangkan tablet 7 inci korang tu tapi tambah lagi dalam 1 inci kiri kanan untuk letak joy stick. contoh gambar kat atas ni adalah JXD ngn Nvidia Sheild




2. Kamera.
 


kalau yang ni pulak mesti ada antara korang dah tau kot. senang cerita, buang fungsi telefon, tapi letak la pula kamera yang boleh zoom. Contoh gambar kat atas ni adalah Polaroid dengan samsung



3. Jam tangan
  

mesti korang terpikir pasal galaxy gear, yea...memang jam tu pakai android tapi jam tu kene berpasangan dengan telefon lain untuk berfungsi. tapi jam yang aku nak tunjuk ni memang betol2 jam tangan tapi guna Android OS. so, telefon kecik ada di tapak tangan korang.



4. Kotak TV android




Untuk gajet ni pula, memang best sangat-sangat. Aku ada satu tapi android 2.2 gingerbread la. Lama punya gajet. Apa yang best nye kat kotak t.v ni adalah korang boleh guna android korang kat t.v dengan mengawal menggunakan Alat kawalan jauh(remote control) , mouse, keyboard atau pun joy stick. Gajet ni macam tablet cuma buang je skrin ngan speaker die, letak dalam satu kotak kecil...kalau nak guna kene cucu kat t.v. Bayangkan la kalau korang boleh instagram, fb, weechat, main game android kat t.v!!! Bende ni kat Malaysia jarang cume,tapi kalau order online dapat la. Kalau dapat yang lagi seronok adalah yang mempunyai kamera terbina, baru la boleh Skype ngn wee chat video call. haha



5. Radio kereta


Yang ni mungkin ada yang dah tahu sebab kat kereta proton suprima pakai radio ni la. Apa yang membezakan android biasa denagn kereta punya adalah layout yang lagi besar supaya senang nak tekan dan satu lagi, playstore telah diganti dengan AppGarrage. Antara produk yang guna android for car ini adalah Clarion.


6) Pemancar LCD (projector)



Dengan pemancar LCD terbina di dalamnya jadi korang boleh pancarkan dimana mana sahaja. ,fungsi pemancar ini adalah memancarkan applikasi android di skrin korang. Katakanlah nak tayangkan video kat Youtube, tngok gambar, presentation kecil-kecilan dan juga saja-saja nbak main game kat skrin besar. projektor ni memudahkan kerja membawa jadi tak perlu lah korang nak bawak laptop dan projektor. Dari saiz sebesar ensiklopedia untuk boleh sambung kat laptop sampai lah saiz tapak tangan pun ada.




7) Permainan konsol

Console gaming system......mesti korang semua terbayangkan PS, Xbox dan Nintendo Wii kan. Tapi ada satu produk konsol ni menggunakan antara muka android untuk permainanya. So terdapat game2 yang selama ni kita main kat tablet boleh main kat TV cuma masalahnya adalah selalu lagging, permainan yang disediakan tak banyak dan joy sticknye macam bangang. so benda ni terkubur sahaja. Nama produk ni adalah OUYA.



8) Peti ais

memang pelik tapi inilah produk terbaru dari Samsung..haha...aku pon tak tau la macam mana benda ni berfungsi. tapi yang aku tau benda ni mcm android juga cumafungsinya di kurangkan supay ianya lebih tetumpu untuk memberitahu kepada pemilikapa barang yang kurang, menu apa nak masak, resepi, radio, fb, twitter, mcm android gak la dan berita. Nama produk ini adalah samsung T9000



9) telefon talian darat



yup, lpas ni telefon rumah korang boleh jadi telefon android untuk buat main fb, twitter ngan internet cume korang tak boleh nak bawak la. haha.




10) cermin muka


untuk yang terakhir ni adalah cermin muka kat tandas yang melekat kat dinding. yang ni cuma tablet yuang diletakkan dalam cermin yang di kawal menggunakan gerakan tangan. idea nya disini adalah memudah kan kita tengok berita, carta, minit2 mesyuarat dan macam macam lagi lah semasa sedang mencuci muka, berak ke, mandi


Thursday, June 20, 2013

10 NEGARA DENGAN RIZAB MINYAK TERBESAR DUNIA



10. NIGERIA = 37,000,000,000 tong minyak


9. LIBYA = 46,420,000,000 tong minyak

8. RUSSIA = 60,000,000,000 tong minyak

7. U.A.E = 97,800,000,000 tong minyak

6. KUWAT = 104,000,000,000 tong minyak

5. IRAQ = 115,000,000,000 tong minyak

4. IRAN = 137,000,000,000 tong minyak

3. KANADA =  175,200,000,000 tong minyak

2. VENEZUELLA = 211,200,000,000 tong minyak

1. ARAB SAUDI = 262,600,000,000 tong minyak


p:s......Malaysia kat tangga ke-24 dengan jumlah simpanan tong minyak sebanyak 5,800,000,000 tong......

Thursday, May 16, 2013

siapakah Hang Tuah bin Hang Mahmud

Biodata



Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D.  Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. 

Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya. 

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari. 

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Siapakah wanita yang bernama Tun Teja ini. Beliau adalah anak kepada Bendahara Pahang pada ketika itu. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. 

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya. 

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. 

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang. 

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh. 

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah “Tak Melayu hilang di dunia” yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Fakta-Fakta lain Tentang Hang Tuah Yang Aku pernah Baca.
  • Adalah satu kajian ni yang Hang Tuah 5 bersaudara bukannya berbangsa melayu,tetapi berbangsa cina dan berketurunan dari rombongan Puteri Hang Li Poh dan pengikutnya yang seramai 500 orang ke Melaka suatu ketika dahulu. Nama cina mereka ialah Hang Tuah berbunyi Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Hanya Hang Kasturi sahaja yang dikatakan berbangsa melayu pangkal nama Hang oleh kasturi adalah kerana beliau selalu bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po dan digelar Hang Kasturi. Tp ini kajian je tau...xde bukti benar menyatakan Hang Tuah ni cina tau.. Aku x ckp...haha
  • Kisah Hang Tuah pernah di bukukan dalam bahasa Inggeris oleh W.G. Shellabear pada tahun 1977 yang bertajuk “The Adventures Of Hang Tuah”
  • Terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki di atas batu besar dikaitkan pula dengan sejarah apabila ada dakwaan mengatakan tapak kaki tersebut milik Hang Tuah. Di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk Di Rembau.
  • Hang Tuah dikatakan berkebolehan dalam bidang seni tari yang mana dalam satu kisah menerusi hikayat ada dinyatakan bahawa keasyikan melihat Hang Tuah menunjukkan tariannya membuatkan ramai para hulubalang Majapahit leka sehingga terlupa untuk menikam Hang Tuah secara curi
  • Dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Tanjung Kling, namun begitu penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun tidak tahu dimanakah kuburnya.
  • Hang Tuah dan Hang Jebat di ceritakan bertarung selama 7 hari 7 malam, dan akhirnya Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah.
  • Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang bersama-sama Tun Mamat dan beberapa orang lain.Oleh kerana umur yang telah tua untuk ke puncak Gunung Ledang,Dengan itu, tugasnya diserahkan kepada Tun Mamat.
http://www.fuh.my/2013/05/fakta-fakta-menarik-tentang-hang-tuah.html#.UZSf4Erh4uE

FAKTA PASAL NOMBOR KAT SEKELILING KITA

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 36,368 liter air sepanjang hidupnya.

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
 

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.


Ikan jerung kehilangan gigi lebih dari 6000 buah setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam

Semut dapat mengangkat beban 50 kali berat badannya
 

13% orang di dunia adalah kidal

Satu kilo dari berat badan kita mengandungi 7000 kalori

seorang bayi lahir setiap 7 saat

Setiap manusia dalam hidupnya rata-rata buang masa untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu


Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet utarid pulak, satu tahun adalah 2 hari

Jika semua emas dalam laut dibahagi2, setiap manusia didunia mendapat emas 20 kg masing2
 

Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari untuk menjaga organ dalaman nya dari dihempap badannya sendiri.

Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis

Bola mata kita beratnya sekitar 28 gram


Telur ayam menetas selepas 21 hari. 


Cahaya matahari mengambil masa selama lapan minit setengah untuk sampai ke bumi.

Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!
 

Sunday, May 12, 2013

50 ciptaan manusia yang aku sayang....hahahahaha

bila aku perhatikan sekililing aku la kan, aku baru sedar yang aku mungkin tidak akan sempurna hari2 aku taanpa menggunakan inovasi-inovasi yang telah tercipta kat dunia ni. ramai pencipta di luar sana telah menghasilkan salah satu barang yang berguna untuk kita. tapi pernh tak korang sedar apa aka jadi pada hidup kita kalau separuh dari barang yang aku senaraikan ni xpernah tercipta lagi harini.....carta yang aku buat kat bwah ni tak ikut urutan pun cuma nak kongsi apa yang aku rasa penting je dalam hidup aku sekarang ni...

1. Komputer Laptop
2. Internet
3. telefon bimbit
4. YouTube
5. pencetak
6. mesin fotostat
7. kipas
8. televisyen
9. pagar rumah
10. facebook
11. pistol
12. mentol lampu
13. lilin
14. radio
15. roda
16. telefon rumah
17. pad nota
18. Microsoft Office
19. Kerusi Roda
20. peti ais
21. wang kertas
22. katil
23. cermin
24. ultrasound
25. pakaian
26. E-mel
27. teleskop
28. Mikroskop
29. pita pelekat
30. pita pelekat dua belah
31. penyembur aerosol
32. Ipod
33. mp3 player
34. kapal terbang
35. kereta
36. pengelap cermin kereta
37. Dapur memasak
38. alat pernafasan juruselam
39. Semburan pada kulit
40. roda Archimedes
41. barisan pemasangan  di kilang

42. earfon
43. kompas
44. deodoran
45. yo-yo
46. stepler kertas
47. beg dompet
48. tetikus dan mouse pad
49. krayon
50. kereta api

Saturday, May 11, 2013

Laknatullah Mustafa Kamal

BIODATA



Mustafa Kemal Ataturk  diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan perkatan Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik. Laknatullah Mustafa Kamal ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).Laknatullah Mustafa Kamal dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan kerajaan dinasti Uthmaniyyah.

Ada yang berpendapat Laknatullah Mustafa Kamal ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada Laknatullah Mustafa Kamal. Sejak Laknatullah Mustafa Kamal kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

Ketika Laknatullah Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, Laknatullah Mustafa Kamal memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian Laknatullah Mustafa Kamal menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), Laknatullah Mustafa Kamal memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya,Laknatullah Mustafa Kamal telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Keburukan Laknatullah Mustafa Kamal semakin terserlah apabila Laknatullah Mustafa Kamal tidak berminat dengan didikan agama dan  sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula Laknatullah Mustafa Kamal cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Disini bermulanya usaha Laknatullah Mustafa Kamal dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Laknatullah Mustafa Kamal telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Laknatullah Mustafa Kamal telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi benteng umat islam diseluruh dunia ketika itu dimana telah  digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan  si laknatullah Mustafa Kemal Ataturk

khalifah dinasti Utmaniyah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Laknatullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.  

IDEOLOGI TERKUTUK MUSTAFA LAKNATULLAH

1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.
2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.
4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.
6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
 7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.
10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.
11. Islam diserang secara terbuka.
12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.
13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja.
14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.
15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.
16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.
17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.
18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun.
KEMATIAAN YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada Laknatullah Mustafa Kamal  sehingga Laknatullah Mustafa Kamal rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi
Laknatullah Mustafa Kamal juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, Laknatullah Mustafa Kamal meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan Laknatullah Mustafa Kamal di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan Laknatullah Mustafa Kamal akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, Laknatullah Mustafa Kamal pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu Laknatullah Mustafa Kamal sedar tetapi telah hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, sekali lagi Laknatullah Mustafa Kamal pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad Laknatullah Mustafa Kamal. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasad Laknatullah Mustafa Kamal diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut. menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
 rujukan : http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/mustafa-kamal-ataturk-kematian-yang-menyeksakan/