BIODATA
Mustafa Kemal Ataturk
diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). nama Kemal diberikan
oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan perkatan Ataturk yang bermaksud “Bapa
Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah
Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik. Laknatullah Mustafa Kamal ialah orang yang bertanggungjawab
meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).Laknatullah Mustafa Kamal dilahirkan
pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan
taklukan kerajaan dinasti Uthmaniyyah.
Ada yang berpendapat Laknatullah Mustafa Kamal ini adalah seorang anak luar nikah
yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan
bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde
(Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak
dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan
beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada Laknatullah Mustafa Kamal.
Sejak Laknatullah Mustafa Kamal kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan
mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.
Ketika Laknatullah Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, Laknatullah Mustafa Kamal memasuki
Sekolah Tentera Salonika. Kemudian Laknatullah Mustafa Kamal menyambung pelajaran di Akademi
Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), Laknatullah Mustafa Kamal
memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada
tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya,Laknatullah Mustafa Kamal telah ditugaskan di Kem Tentera
Batalion ketiga di Salonika.
Keburukan Laknatullah Mustafa Kamal semakin terserlah apabila Laknatullah Mustafa Kamal tidak
berminat dengan didikan agama dan sering menentang serta membenci
guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula Laknatullah Mustafa Kamal cukup berminat dengan
cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat
pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang
penyakit istentinal tuberculosis.
Disini bermulanya usaha Laknatullah Mustafa Kamal dalam memusuhi
Khalifah Uthmaniyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej
tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu
dengan pemikiran dunia Islam.Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan
Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid
masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem
tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Laknatullah Mustafa Kamal telah dilaksanakan dengan
rasminya pada tahun 1923 dan Laknatullah Mustafa Kamal telah menjadi ketua negara yang pertama
pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka
dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada
3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi
benteng umat islam diseluruh dunia ketika itu dimana telah digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di
bawah kepimpinan si laknatullah Mustafa
Kemal Ataturk
khalifah dinasti Utmaniyah yang terakhir, Sultan Abdul
Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada
subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai
oleh Laknatullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.
IDEOLOGI TERKUTUK MUSTAFA LAKNATULLAH
1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.
2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau
sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang
pertama di Ankara.
4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.
6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga
telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan
membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir
patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan
secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan
dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.
10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.
11. Islam diserang secara terbuka.
12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.
13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja.
14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.
15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.
16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.
17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.
18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun.
KEMATIAAN YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada Laknatullah Mustafa Kamal sehingga Laknatullah Mustafa Kamal rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan
dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi
Laknatullah Mustafa Kamal juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya
dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam
selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak
juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, Laknatullah Mustafa Kamal
meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar
jeritannya. Kemudian mereka meletakkan Laknatullah Mustafa Kamal di tengah lautan dan
diletakkan dalam bot dengan harapan Laknatullah Mustafa Kamal akan merasa sejuk. Allah itu
berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26
September 1938, Laknatullah Mustafa Kamal pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan
selepas itu Laknatullah Mustafa Kamal sedar tetapi telah hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, sekali lagi Laknatullah Mustafa Kamal pengsan selama 36 jam dan
akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan,
mengkafankan dan menyembahyangkan jasad Laknatullah Mustafa Kamal. Kemudian jasadnya
diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah
perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak
menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya
berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasad Laknatullah Mustafa Kamal diawet
sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di
Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha
berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya
dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat
44 tan. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut. menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!”
rujukan : http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/mustafa-kamal-ataturk-kematian-yang-menyeksakan/
No comments:
Post a Comment