Thursday, May 16, 2013

siapakah Hang Tuah bin Hang Mahmud

Biodata



Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D.  Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. 

Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya. 

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari. 

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Siapakah wanita yang bernama Tun Teja ini. Beliau adalah anak kepada Bendahara Pahang pada ketika itu. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. 

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya. 

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. 

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang. 

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh. 

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah “Tak Melayu hilang di dunia” yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Fakta-Fakta lain Tentang Hang Tuah Yang Aku pernah Baca.
  • Adalah satu kajian ni yang Hang Tuah 5 bersaudara bukannya berbangsa melayu,tetapi berbangsa cina dan berketurunan dari rombongan Puteri Hang Li Poh dan pengikutnya yang seramai 500 orang ke Melaka suatu ketika dahulu. Nama cina mereka ialah Hang Tuah berbunyi Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Hanya Hang Kasturi sahaja yang dikatakan berbangsa melayu pangkal nama Hang oleh kasturi adalah kerana beliau selalu bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po dan digelar Hang Kasturi. Tp ini kajian je tau...xde bukti benar menyatakan Hang Tuah ni cina tau.. Aku x ckp...haha
  • Kisah Hang Tuah pernah di bukukan dalam bahasa Inggeris oleh W.G. Shellabear pada tahun 1977 yang bertajuk “The Adventures Of Hang Tuah”
  • Terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki di atas batu besar dikaitkan pula dengan sejarah apabila ada dakwaan mengatakan tapak kaki tersebut milik Hang Tuah. Di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk Di Rembau.
  • Hang Tuah dikatakan berkebolehan dalam bidang seni tari yang mana dalam satu kisah menerusi hikayat ada dinyatakan bahawa keasyikan melihat Hang Tuah menunjukkan tariannya membuatkan ramai para hulubalang Majapahit leka sehingga terlupa untuk menikam Hang Tuah secara curi
  • Dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Tanjung Kling, namun begitu penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun tidak tahu dimanakah kuburnya.
  • Hang Tuah dan Hang Jebat di ceritakan bertarung selama 7 hari 7 malam, dan akhirnya Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah.
  • Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang bersama-sama Tun Mamat dan beberapa orang lain.Oleh kerana umur yang telah tua untuk ke puncak Gunung Ledang,Dengan itu, tugasnya diserahkan kepada Tun Mamat.
http://www.fuh.my/2013/05/fakta-fakta-menarik-tentang-hang-tuah.html#.UZSf4Erh4uE

FAKTA PASAL NOMBOR KAT SEKELILING KITA

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 36,368 liter air sepanjang hidupnya.

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
 

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.


Ikan jerung kehilangan gigi lebih dari 6000 buah setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam

Semut dapat mengangkat beban 50 kali berat badannya
 

13% orang di dunia adalah kidal

Satu kilo dari berat badan kita mengandungi 7000 kalori

seorang bayi lahir setiap 7 saat

Setiap manusia dalam hidupnya rata-rata buang masa untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu


Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet utarid pulak, satu tahun adalah 2 hari

Jika semua emas dalam laut dibahagi2, setiap manusia didunia mendapat emas 20 kg masing2
 

Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari untuk menjaga organ dalaman nya dari dihempap badannya sendiri.

Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis

Bola mata kita beratnya sekitar 28 gram


Telur ayam menetas selepas 21 hari. 


Cahaya matahari mengambil masa selama lapan minit setengah untuk sampai ke bumi.

Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!
 

Sunday, May 12, 2013

50 ciptaan manusia yang aku sayang....hahahahaha

bila aku perhatikan sekililing aku la kan, aku baru sedar yang aku mungkin tidak akan sempurna hari2 aku taanpa menggunakan inovasi-inovasi yang telah tercipta kat dunia ni. ramai pencipta di luar sana telah menghasilkan salah satu barang yang berguna untuk kita. tapi pernh tak korang sedar apa aka jadi pada hidup kita kalau separuh dari barang yang aku senaraikan ni xpernah tercipta lagi harini.....carta yang aku buat kat bwah ni tak ikut urutan pun cuma nak kongsi apa yang aku rasa penting je dalam hidup aku sekarang ni...

1. Komputer Laptop
2. Internet
3. telefon bimbit
4. YouTube
5. pencetak
6. mesin fotostat
7. kipas
8. televisyen
9. pagar rumah
10. facebook
11. pistol
12. mentol lampu
13. lilin
14. radio
15. roda
16. telefon rumah
17. pad nota
18. Microsoft Office
19. Kerusi Roda
20. peti ais
21. wang kertas
22. katil
23. cermin
24. ultrasound
25. pakaian
26. E-mel
27. teleskop
28. Mikroskop
29. pita pelekat
30. pita pelekat dua belah
31. penyembur aerosol
32. Ipod
33. mp3 player
34. kapal terbang
35. kereta
36. pengelap cermin kereta
37. Dapur memasak
38. alat pernafasan juruselam
39. Semburan pada kulit
40. roda Archimedes
41. barisan pemasangan  di kilang

42. earfon
43. kompas
44. deodoran
45. yo-yo
46. stepler kertas
47. beg dompet
48. tetikus dan mouse pad
49. krayon
50. kereta api

Saturday, May 11, 2013

Laknatullah Mustafa Kamal

BIODATA



Mustafa Kemal Ataturk  diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan perkatan Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik. Laknatullah Mustafa Kamal ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).Laknatullah Mustafa Kamal dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan kerajaan dinasti Uthmaniyyah.

Ada yang berpendapat Laknatullah Mustafa Kamal ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada Laknatullah Mustafa Kamal. Sejak Laknatullah Mustafa Kamal kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

Ketika Laknatullah Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, Laknatullah Mustafa Kamal memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian Laknatullah Mustafa Kamal menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), Laknatullah Mustafa Kamal memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya,Laknatullah Mustafa Kamal telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Keburukan Laknatullah Mustafa Kamal semakin terserlah apabila Laknatullah Mustafa Kamal tidak berminat dengan didikan agama dan  sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula Laknatullah Mustafa Kamal cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Disini bermulanya usaha Laknatullah Mustafa Kamal dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Laknatullah Mustafa Kamal telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Laknatullah Mustafa Kamal telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi benteng umat islam diseluruh dunia ketika itu dimana telah  digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan  si laknatullah Mustafa Kemal Ataturk

khalifah dinasti Utmaniyah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Laknatullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.  

IDEOLOGI TERKUTUK MUSTAFA LAKNATULLAH

1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.
2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.
4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.
6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
 7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.
10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.
11. Islam diserang secara terbuka.
12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.
13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja.
14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.
15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.
16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.
17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.
18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun.
KEMATIAAN YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada Laknatullah Mustafa Kamal  sehingga Laknatullah Mustafa Kamal rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi
Laknatullah Mustafa Kamal juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, Laknatullah Mustafa Kamal meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan Laknatullah Mustafa Kamal di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan Laknatullah Mustafa Kamal akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, Laknatullah Mustafa Kamal pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu Laknatullah Mustafa Kamal sedar tetapi telah hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, sekali lagi Laknatullah Mustafa Kamal pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad Laknatullah Mustafa Kamal. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasad Laknatullah Mustafa Kamal diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut. menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
 rujukan : http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/mustafa-kamal-ataturk-kematian-yang-menyeksakan/

Friday, May 10, 2013

10 serangga berbahaya di dunia

serangga memainkan peranan penting dalam ekosistem dunia. Mereka adalah makanan untuk makhluk lain yang lebih tinggi dalam rantaian makanan, pendebungaan tumbuh-tumbuhan, dan mereka membantu mengurai tumbuhan dan haiwan mati. 

Terdapat lebih satu juta spesies yang diketahui serangga di bumi, dan itu tidak termasuk arachnids (labah-labah). Kita bertindak balas dengan ketakutan apabila berhadapan dengan beruang grizzly atau jerung putih yang hebat, tetapi nyamuk-nyamuk menjengkelkan, lalat, dan  adalah semata-mata menjengkelkan? Atau adakah mereka? serangga adalah pembawa penyakit dan mereka membunuh berjuta-juta orang setiap tahun dan menyebabkan jatuh sakit dan parut berjuta-juta banyak lagi.  

majoriti pepijat adalah tidak merbahaya, terdapat beberapa kita perlu untuk menjadi lebih berjaga-jaga. Yang disenaraikan di bawah adalah sepuluh serangga paling berbahaya di dunia, dan memahami bahaya adalah pertempuran.

10. Conenose Bug atau kissing Bedbugs
 Bug conenose memakan darah tikus dan haiwan lain, termasuk manusia. Mereka sering hidup dalam sarang tikus kayu dan tikus bersarang lain. Bug Conenose perlu ditangani dengan berhati-hati. Semasa makan darah, gigitan mereka tidak dapat dirasai. Walau bagaimanapun, gigitan, biasanya dihasilkan dibahagian mata dan sekeliling mulut. Menyakitkan dan boleh menyebabkan reaksi yang teruk dalam orang yang sensitif, termasuk rasa membakar, gatal-gatal, bengkak, merah, bekas, ruam, pitam, loya, cirit-birit dan tindak balas anaphylactic. saiz badannya boleh bertambah berganda banyak kali selepaas hisap darah.

9. Hornetbugs Japanese Giant
 

panjang badannya mlebihi 4cm dan jarum penyengatnya adalah sepanjang kira-kira 6 mm (¼ in) panjang, dan menyuntik racun yang kuat terutama yang mengandungi peptida cytolytic yang boleh merosakkan tisu dengan merangsang tindakan phospholipase , sebagai tambahan kepada intrinsik phospholipase sendiri. Masato Ono, sebuah entomologi di Tamagawa Universiti berhampiran Tokyo, menyifatkan sensasi sebagai perasaan "seperti paku panas diketuk ke dalam kaki saya".
Manusia yang alah disengat oleh gergasi lebah boleh mati walaupun untuk orang-orang yang tidak alah jika dos yang mencukupi. Setiap tahun di Jepun, jumlah kematian manusia yang disebabkan oleh Asia gergasi lebah menyengat adalah tin
ggi.

8. bullet ant (semut api  gila...hahaha)

Mereka berasal dari Brazil dan boleh mencapai sehingga 2.5 cm (1 inci) panjang, Jika anda mendapati diri anda secara tidak sengaja berdiri di atas sarang semut peluru .... redha je la, tanpa anda sedar ia menggigit korang Kemudian dalam tempoh 24 jam anda akan berada di dalam kesakitan dengan gelombang denyut pembakarany ya amat!!semut peluru dipanggil "Hormiga Veinticuatro" atau " semut 24 (jam)" oleh penduduk tempatan, merujuk kepada 24 jam sakit yang ditahan akibat disengat. Adakah anda pernah disengat oleh lebah? gandakan kesakitan yang sebanyak 30 dan itu adalah apa yang semut menyengat Bullet rasanya.

7. botfly (lalat)


Lalat botfly adalah sejenis serangga yang berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kitaran hayatnya bermula apabila botfly betina dewasa bertelur di atas serangga Artropod seperti nyamuk atau kutu. Serangga seperti nyamuk biasanya akan ditangkap oleh botfly semasa terbang dan bertelur di permukaan nyamuk tersebut.  Nyamuk ini kemudiannya akan kembali kepada rutin hariannya dan apabila ia menghisap darah manusia atau haiwan telur botfly akan bertindak balas kepada perubahan suhu dan menetas. 

Larva ini kemudiannya akan menggali lubang ke dalam kulit tuan rumah baru mereka melalui luka gigitan nyamuk atau folikel rambut. Larva akan hidup di dalam kulit perumah sehingga 12 minggu dan akan membesar. Selepas purata 30 hari, mereka merangkak keluar dari kulit perumah dan menjadi kekompong di dalam tanah, sehingga mereka keluar sebagai botfly dewasa dan kitaran ini akan berulang lagi.

 6. kutu

Kebanyakan orang berfikir kutu sebagai gangguan, mereka menggigit orang dan haiwan, menyebabkan gatal, lebam merah. Tindak balas ini datang dari bahan-bahan dalam air liur kutu ', dan sesetengah orang bertindak balas terhadap bahan-bahan yang lebih kuat daripada yang lain. Selalunya, kutu hisap darah dari dua atau tiga tebukan ketat, menyebabkan dua atau tiga lebam gatal. Haiwan yang terganggu kepada gigitan kutu boleh calar akibat menggaru diri berlebihan. Ini boleh membawa kepada kulit botak dan jangkitan kulit, kulit kasar. Kadang-kadang, jangkitan ini boleh disalah anggap sebagai jangkitan parasit dipanggil kurap. haiwan yg tidak selesa juga boleh menjadi pemarah atau resah. Di samping menjadi menjengkelkan, kutu boleh membawa penyakit. Mereka juga boleh menghantar parasit lain kepada orang-orang dan haiwan. kutu makan larva atas telur cacing pita.

5. Lalat Tse Tse


ianya sejenis lalat besar yang menghisap darah. menyebabkan penyakit tidur, juga dikenali sebagai trypanosomiasis atau penyakit tidur Afrika. Ia disebabkan oleh parasit kecil yang membawa kepada jangkitan yang serius di dalam otak dan meninges (meliputi daripada otak dan saraf tunjang). Penyakit ini perlahan-lahan berkembang dan jika rawatan ditangguhkan, ia biasanya membawa maut. Parasit berbahaya yang dibawa oleh lalat tsetse. Mujurlah, kebanyakan lalat tsetse tidak dijangkiti dengan parasit, tetapi gigitan terbang ini sering sangat menyakitkan. Lalat dan parasit yang terdapat di Afrika, sekitar Khatulistiwa. 

4. lebah pembunuh (killer bees) 
lebah pembunuh adalah beberapa jenis hibrid Barat spesies lebah madu (Apis mellifera), yang dihasilkan oleh asalnya kacukan daripada lebah madu Afrika dengan pelbagai lebah madu Eropah seperti Itali dan lebah Iberia; Lebah hibrid adalah jauh lebih defensif daripada mana-mana pelbagai subspesies Eropah. Kawanan kecil lebah Africanized mampu mengambil alih sarang lebah madu dengan menyerang sarang dan mewujudkan ratu mereka sendiri selepas membunuh permaisuri. Saintis tentera Brazil dibawa lebah Afrika agresif ke Brazil pada tahun 1956 dalam usaha untuk mewujudkan "Bee Super". seribu sengat daripada lebah ini boleh membawa maut

3. semut api
Walaupun kematian manusia jarang berlaku, gigitan yang menyakitkan dan menyengat berbisa dan boleh membahayakan nyawa kanak-kanak dan haiwan peliharaan yang lebih kecil jika diserang oleh populasi yang besar. Gigitan dan sengatnya meninggalkan sakit, luka terbakar yang boleh dijangkiti jika tidak dirawat. Tindak balas yang teruk boleh termasuk lepuh, muntah-muntah dan loya. Dengan ini jenis tindak balas yang teruk, ia mungkin perlu untuk dirawat oleh doktor. korang sendiri pun tahu macamana rasenya bile dua tiga ekor kalau gigit kan...

2. Driver ants


Tentera semut genus Dorylus, juga dikenali sebagai semut pemandu, semut safari, atau siafu, didapati terutamanya di tengah dan timur Afrika, walaupun pelbagai juga merangkumi Asia tropika. siafu adalah perkataan pinjaman dari bahasa Swahili. Setiap jajahan boleh mengandungi lebih 20 juta individu. ada kelas askar di kalangan pekerja, yang lebih besar, dengan kepala yang sangat besar dan mandibles seperti penyepit. Mereka mampu memberikan rasa pedih, tetapi amat jarang berbuat demikian, sebaliknya bergantung pada rahang ricih kuat mereka. boleh membunuh kalau manusia dikerumuni sekempulan semut ini.

1. Nyamuk Anopheles
Dengan kira-kira 460 spesies yang berlainan yang tinggal di planet ini, nyamuk dikenali sebagai Anopheles telah berkembang kerana ia wujud sejak 150 juta tahun yang lalu. Walaupun tempoh yang singkat mereka hidup, spesis tertentu nyamuk Anopheles yang sangat buruk kepada penduduk manusia. Daripada 460 spesies Anopheles, kira-kira 60 telah didokumenkan sebagai telah pembawa malaria kepada manusia. Di kawasan-kawasan tertentu di dunia, spesies tertentu Anopheles adalah berleluasa. Nyamuk Anopheles juga mampu menghantar cacing filarial, pelbagai Arbovirus yang dibawa, onyong-cameroon, tataguine, equine encephalitis, serta virus yang lain pelik2, tetapi malaria adalah memang tidak disangkalkan yang paling mengancam nyawa.