seperti yan
Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol
Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid
lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam
darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam
lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.
Bahan Anti-Kerosakan gigi dalam coklat
Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan
anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang
akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada
proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi.
Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan
bakteria. Kasein di dalam coklat sos pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi
dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan
pengeluaran asid.
Coklat mengurangkan risiko sakit jantung
Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.
Coklat makanan penuh tenaga
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan
padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa
menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi
pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat
merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di
mana jua.
penenang jiwa dan mood
Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran. Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood. Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
Perbandingan koko
Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya
dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping
coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji
pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah
kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat
mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
Makanan Lengkap dan Seimbang Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E. coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.
Bukan Penyebab Kegemukan
koko mengandungi zat yang dapat
menghalang pencernaan dan
penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana
zat di dalam pes koko dapat
menghalang pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila
pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.
Mengawal Tekanan Darah
Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu
sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah
serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukarkan gula di dalam
makanan menjadi tenaga. Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak
mempergiat tindakbalas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik
di dalam sel.
Mengawal Kencing Manis
Kandungan antioksidan polifenol di dalam
koko membantu menghalang
penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat
diabetik menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko serta pemanis tanpa
nutrien.
Menghalang Jerawat dan Parut
Asid linoleik di dalam lemak koko dapat
membantu menghalang pertumbuhan
jerawat dan mengurangkan parut.
Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan
Koko kaya dengan flavanoids,
bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan
yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal
bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian
menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko
penyakit berkenaan.
Baik Untuk Kulit
Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid
oleik yang boleh bertindak
sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan
kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.
Menguatkan
Tenaga Batin
coklat dapat
mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui
dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat
memberi
nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai disebabkan
pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan
kesakitan dan
meningkatkan mood. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak
mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar
kemungkinan
gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang
menjadi
penyebab. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi
keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun
setiap
hari, coklat tidak memudaratkan.
Tapi anda masih perlu mengawal cara pemakanan coklat, jangan
berlebihan. Pastikan anda mengira kalori yg anda perlukan sebelum
mengambil coklat. takot gemok nanti. sebab coklat kat luar sne tu tu dah campur ngan susu dan gula.....hehehe
No comments:
Post a Comment