Friday, November 27, 2015

SEJARAH MELAYU DAHULU DAN SENJATA API??

Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka, pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api? Adakah benar orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?

Ketika Portugis menawan Melaka, tentera Portugis telah merampas beberapa ribu senjata api (bukan keris) milik tentera Melaka. Dianggarkan sekitar 30,000 senjata api telah dirampas , dimana 8,000 daripadanya adalah senjata berat atau senjata pemusnah (Weapon of Mass Destruction) pada ketika itu. Antara senjata api yang digunakan oleh tentera Melaka pada ketika itu ialah Senapang dan Meriam. Beberapa laras senapang ini telah di bawa oleh tentera Portugis ke Jepun. Dari senapang milik tentera Melaka inilah, Jepun mula mencipta senapang mereka sendiri selepas meniru teknologi senapang tentera Melaka. Di mana beribu-ribu senapang milik tentera Melaka itu pada masa kini? Beberapa senapang milik Panglima Melayu tahun 1800an kini dilelong di Eropah, mencapai harga sekitar RM35,000.

Filem Queen of Langkasuka...pengawal2 
istana yang menggunakan istinggar

Memetik dari buku The Golden Chersonese and the way Thither, penulisnya Isabella L Bird telah mencatatkan bahawa senjata-senjata utama orang-orang Melayu ada keris, pedang (mengikut catatan Bird, jarang digunakan tetapi lebih kepada perhiasan), parang (juga untuk kegunaan harian selain daripada senjata) dan tombak-tombak bermata besi (menurut Bird, senjata yang memakan banyak nyawa ketika Perang Perak). Selain daripada senjata-senjata perang tradisional, bird juga mencatatkan kehadiran Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs. Bird dipetik sebagai berkata:

"The malay weapons consist of the celebrated kris with its flamed shape wavy blade, the sword, regarded, however, more as an ornament, the parang, which is both knife and weapon, the steel headed spear, which costs us many lives if the Perak war, Matchlocks, Blunderbusses and Lelahs, long hevay brass gun used for the defence of the stockade behind which the malays usually fight.they make their own gunpowder and uses cartridges made of cane."

Mungkin kepada yang sudah arif tentang terma-terma persenjataan moden, perkataan-perkataan ini mungkin tidak asing, namun bagi yang kurang pengetahuan tentang ilmu senjata, saya terpinga-pinga dengan istilah-istilah asing ini. Jika terma umum seperti Grenade Launchers, Machine Guns atau Bazooka mungkin juga pernah saya dengar tapi Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs?

Putera Pahang yang digambarkan sebagai pakar menembak
 dalam Filem Queen of Langkasuka

Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing (locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.

Tawanan Perang Kedah Burma dengan sejumlah 
besar bilangan senjata api

Didalam buku Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:

"Their matchlocks, of which the Satengar, or Istengara Menangkabowe, is most esteemed, are long heavy unwieldy pieces: the barrels are formed by twisting a flat bar, of tough beaten iron, round a rod of the same, and beating it into a consistent hollow cylinder. The stocks of these pieces are not adapted for the shoulder, nor for taking an accurate and speedy aim, and a rest is absolutely necessary, from the great weight and length of the barrel. The Malays, in fact, scarcely ever fire without resting the muzzle, lowering, instead of raising it to their object, nor do they apply the butt to the shoulder. The locks for holding the Tunam, or match of coir rope, are generally of brass or copper, finely worked and ornamented. The European pieces, with locks, are most preferred, and now commonly used instead of the matchlocks."

Newbold seterusnya mencatatkan bahawa senjata-senjata api ini sememangnya tidak asing dengan orang-orang Melayu malah untuk melihat seorang lelaki melayu dengan senapang-senapang tersisip kemas ditangannya adalah bukan perkara yang aneh malah menjadi kelaziman. Cerobong mulut senapang-senapang ini selalunya diukir dengan ukiran-ukiran mulut harimau atau ular. Newbold seterusnya menyambung seperti berikut:

"Muskets, blunderbusses (Pemuras), and rifles are not uncommonly found in their hands. The barrels of the blunderbusses are frequently made by themselves, with muzzles in various fantastic forms, such as the mouth of a tiger or snake, and mounted with European locks. When going to war, a Malay considers himself completely armed with a kris, a golok, a badik (sort of knife), a chenankas, or pedang (sword), a musket and cartridges, or the tombak (spear), and a quiver of ranjows, or caltrops, at his back."

Roughly a century after firearms were invented by the Arabs, the Malays began making guns. Evidence of these activities were documented by W Linehan in his paper entitled Some Discoveries on the Tembeling. On the banks of the Tembeling river in Peninsular Malaysia, he found molds that were used to cast cannons in the 13th or 14th century.

According to the conqueror of Malacca,Alfonso d'Albuquerque, Malaccan gun foundries were as good as those in Germany. This could mean they were better than Portuguese ones but the most powerful guns in those days were made by the Ottoman Turks. When the Portuguese defeated Malacca, they found thousands of cannons including an extraordinarily large one which Alfonso sent to his Hindu ally the Zamorin of Calicut.Guns produced by Malay kingdoms were of varied quality.

The most powerful ones were no doubt made by the wealthiest sultanates. The best Malay cannons had no problem blasting the best European ships out of the water ; for instance the Dutch East Indies Company lost a battleship when they attacked Makassar in 1667 and another one in the 18th century when they attacked a Bugis stronghold in Bintan. Guns made by Makassar were of such high quality they were demanded by the Dutch as part of war reparation payments (even though the war was started by the Dutch).
MALAY FIREARMS are :

1. Pemuras (Malay Blunderbuss)
2. Istinggar (Malay Flintlock Musket)
3. Tarkul ((Malay Flintlock Pistol)


Terakol



Terakol Melayu di Istana Kayang, Perlis

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.

Mengapa? 
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


Istinggar


(Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Pemuras


Senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Orang Melayu Mudah Lupa!! Buta Sejarah..

Sebenarnya kita bangsa melayu telah pun maju sebelum kedatangan penjajah-penjajah ini... Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris.
 
Kita bukanlah bangsa yang malas, yang hanya layak untuk tinggal di kampung-kampung sebagai petani. Kita bukan bangsa yang sentiasa sukakan hiburan. Sebenarnya kita adalah bangsa yang GAH, KUAT dan MASYHUR... yang berdagang dengan memiliki kapal-kapal dagang sendiri jauh lebih awal dari kedatangan orang-orang cina ke Semenanjung Tanah Melayu.
 
Kita telah pun berdagang hingga ke Benua Afrika dan Arab sebelum kedatangan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu. Malah Tanah Jajahan Melayu membawa hingga ke sempadan negara Cina.
 
Syed Mashor dgn meriam melayu

Allahyarham Saiyid Mashor Bin Mohd Ash-Shahab adalah seorang pahlawan melayu yang terkenal dengan kehandalannya dan merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perang saudara di Selangor pada tahun ( 1868 – 1873 ) yang berpunca dari persengketaan mengenai perebutan kuasa di kalangan Kerabat Diraja Selangor.Allahyarham juga turut membantu Pembesar-pembesar Pahang dalam peperangan menentang kekuasaan British.

Dengan membaca apa yg ada ini, maka dapatlah kita menilai semula dan BERTEKAD untuk mencapai semula zaman kegemilangan tersebut. Juga dapat kita mengkaji di mana silapnya hingga kita ketinggalan jauh terkebelakang dengan bangsa-bangsa yang datang menumpang dan terkemudian dari kita.


terima kasih kpd:
Sahruddin Esa

Wednesday, November 25, 2015

TEKA TEKI BANGANG TAHAP SEWEL (V.2)

Kenapa semut kecik?
Sebab mak bapak die kecik....

KTM komuter bergerak dari seremban ke rawang... kemana arah asap die?
Komuter mane ade asap... kan pakai elektrik....

Pokok ape paling tinggi?
Pokok atas gunung....

Pokok ape yg gajah takut, org paling kuat dunia takut.. malahan tok bomoh pon takut?
Pokok nak tumbang laa...

Ayam ape ade 7 kaki?
Ayam yang berdiri kat kaki 5....

Kenapa penggali kubur kalau gali kubur x pakai spender?
Sebab di gali kubur pakai cangkul....

Kenapa badak sumbu yg nyorok belakang pokok kite tak pernah nampak?
Sbb die pandai nyorok la kite x nampak...

Tikus ape jalan gune 2 kaki?
Mickey mouse...

Itik ape jalan guna 2 kaki?
Semua itik jalan gune 2 kaki la wehhh....

Pintu ape yg walau 10 orang yg tolak... ttp x terbuka?
Pintu yg tulis tarik....

Mcmne nak potong air?
Jngn bayar bil air... nnt syarikat air potong laaa...hahahaha

Ape die ade 3 kepala, 6mata, 8kaki, 2 tangan, 2 sayap?
Koboi nek kuda bawak ayam....

Kereta dngn moto sape lg tua?
Motor laa... sbb ade tongkat....

Lembu ape susah cari?
Lembu yang hilang.....

Mee ape paling berat?
Mee wantan (one tonne)

Kenapa hidung gorilla besar?
Sbb jari die besar... jd bile korek hidung... lubang die kembang laa

Pokok dekat tepi kubur... knp perlu ditebang?
Kalau cabut mne larat... tebang laaa

Saturday, November 21, 2015

PLUTO.......bukan planet :(

Pluto ade 5 bulan dan bulan yang paling besar diberi nama Charon... yang lagi empat bergerak mengorbit pluto dalam keadaan tunggang-langgang diberi nama Nix, hydra, kerberos dan styx

Satelit kamera yang ditugaskan untuk mengambil gambar planet pluto dinamakan New horizon  adalah seberat 30kg sahaja dan ianya bergerak 24km sesaat di angkasa lepas untuk menuju ke planet pluto

Roket yang menghantar satelit kamera ke angkasa lepas mempunyai kelajuan lebih 30,000bsj adalah roket terpantas buat masa kini dan selepas 9 jam meninggalkan bumi... ianya telah melepasi bulan kita!!

9tahun 5bulan diambil oleh kamera 'new horizon' untuk smpai ke orbit pluto (10,000km)

Pluto telah digugurkan taraf daripada sebuah planet kerana saiznya yg terlampau kecil akibat terdapat satu lg penemuan bulan atau planet kecil yg diberi nama Eris dimana ianya mengambil masa 557tahun utk mengelilingi matahari

Rakyat amerika yg bernama Clyde Tombough yang menemukan pluto pada tahun 1930.. pada ketika ini terdapat abu Clyde berada didalam satelit new horizon

Ade pergunungan setinggi sehingga 11,000kaki tinggi

Kebanyakan batu asas kpd pergunungan pluto adalah ais batu

Pluto mempunyai atmosfera yang amat nipis dan ianya mengandungi nitrogen... sama seperti bumi

Secara nisbah..6 pluto boleh muat didalam bumi kerana radiusnya hanyalah 737 batu shaja
Bahagian tompok putih yang berbentuk jantung di permukaan pluto dinamakan Thombaugh Regiao sempena nama penemunya

Pluto mengambil masa selama 248 tahun atau 2976bulan untuk mengelilingi matahari

Sejak penemuannya pada tahun 1930, pluto tak sampai pun lagi separuh jalan pengorbitan nya mengelilingi matahari

Permukaan pluto mempunyai suhu -400 fahrenheit

Pluto mengorbit mengelilingi matahari dalam bentuk elips ataupun bujur... tidak sepeti planet2 lain yang mengorbit matahari dalam bentuk bulatan

Thursday, August 6, 2015

MATAHARI

Matahari adalah satu je serpihan kecil koleksi bintang dalam galaksi bima sakti yang mempunyai lebih kurang 100billion lagi bintang lain.



matahari mengandungi 72% Hidrogen dan 26% helium serta beberapa lagi elemen lain.


Setiap saat, 700,000,000tan (700juta lahhh) gas hidrogen ditukar menjadi debu helium melalui proses pelakuran yg menyebabkan terhasilnya cahaya dan haba.


Matahari kita ni kecik je kalau nak dibanding dengan bintang lain, bintang yang terbesar pernah dijumpai diberi nama Uy Scuti, bintang merah yang bersaiz 5billion kali ganda dari matahari kita!! 



permukaan matahari bersuhu lebih kurang 5800darjah selsius dimana ianya kurang drpd suhu atmosfera matahari dimana ianya bersuhu lebihkurang 9800 darjah selsius. tapi takleh la nak lawan suhu terasnya iaitu lebih kurang 15juta darjah selsius


mataharii terletak sejauh 25,000 tahun cahaya jauhnya dari pusat galaksi bima sakti (kelajuan cahaya = 350000km sesaat....pandai2 la ko kire). matahari mengelilingi pusat galaksi bima sakti macam bumi jgk tapi satu pusingan lengkap matahari amek masa 240juta tahun!!!!


Disebabkan kebanyakan isipadu matahari adalah gas, kadar putaran matahari berbeza disetiap permukaan. Contohnya di garisan tengah matahari habis putaran dalam masa 25t hari tapi di kawasan kutub pula, ianya mengambil masa 36 hari untuk satu putaran lengkap.


mengikut kajian, matahari berada di usia pertengahannya di mana ianya terbentuk lebih kurang 4.59billion tahun dahulu. dalam masa 5billion tahun lagi, matahari akan memasuki fasa Gergasi Merahnya. pada waktu ini, gas hidrogen telah habis dan matahari akan mengmbang berkali ganda dan membakar gas helium sehinggalah semua gas habis dan matahari pun mati menjadi bintang kerdil putih sebesar bumi.


100,000,000,000 ataupun 100bilion tan dinamit perlu diletupkan untuk menandingi tenaga yang matahari hasilkan. Banyak siot!!


tarikan graviti matahari memberi kesan 40% terhadap kesan ombak dan pasang surut air laut.


Matahari sangat berat!! jika semua berat semua yang ada dalam sistem solar kita digabungkan termasuklah matahari, bulan dan planet, peratusan berat matahari masih lagi melebihi 99%


tenaga palakuran nuklear yang terhasil di dalam teras matahari mengambil masa 1juta tahun untuk sampai ke permukaan matahari


setiap tahun, permukaan bumi menerima 94billion MEGAWATT tenaga cahaya matahari tetapi hanya berapa peratus sahaja cahaya yang dituai menggunakan panel fotovoltaiq


angin suria adalah letusan yang melonjak keluar dari permukaan matahari dan ianya tak dapat ditarik balik oleh graviti matahari dan ianya selali menuju ke arah bumi dengan snagat pantas....sngat pantassssss iatu selaju 1,622,219km/j dan ianya mengambil masa 4 hari untuk smpai ke bumi. kita nak pegi bulan pun satu bulan. tapi angin suria ini kadang bahaya dan ia boleh menyebabkan gangguan pada sistem elektronik kesan drpd EMP (denyutan magnetik elektrik)


sekiranya seseorang mempunyai berat 70kg di bumi, berat nya dimatahari adalah 1900kg kerana graviti matahari adalah 28 kali lebih dari bumi


cahaya dari matahari menagambil masa 8minit untuk smpai ke permukaan bumi. Jarak bumi ke matahari adalah 150,000, 000 kilometer jauhnya dan jika manusia mahu ke matahari menggunakan roket paling pantas dibina manusia, ianya mengambil masa lebih kurang 109hari



diameter matahari adalah lebih kurang 1,392,000km dan berat matahari adalah 20000000000000000000000000000000000000000kg (30 kosong!!!!). sebanyak 1.3juta bumi dan 64,3juta bulan dapat diisi kedalam matahari jika matahari adlah kosong.   arghhhhhhh!!!besarnye




Friday, July 31, 2015

LANGKASUKA

LANGKASUKA memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Malaka, Johor dan Selangor. Sejarah Langkasuka lama  merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. 


Nama kerajaan ini daripada perkataan Sanskrit: langkha yang bermakna “tanah yang indah permai” dan sukkha bermakna “suka” atau “bahagia”. China dahulu merujuk kerajaan ini sebagai Lang-his-chia atau Langya-hsiu/Lang-Ya-Hsiu (tetapi mengikut Tarikh Fathani, China juga merujuknya sebagai Caihatu/Cai Ha Tu). Tulisan Hindia dahulu menyebut nama kerajaan ini sebagai Ilangâśogam. Pengembara China terawal ada mencatatkan lawatannya ke Langkasuka pada tahun 200M. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, salinan tertuanya bertarikh 1598 yang disimpan di UKM dan versi terbaru dalam Rumi diterbitkan 1998 oleh Yayasan Karyawan dan UM) ada menyatakan Langkasuka terletak di negeri Kedah (kawasan tebing sungai Merbok) hingga ke pantai Laut China Selatan.



Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. 

Gambaran Raja Langkasuka pd ketika itu dari filem Quenss of Langkasuka


Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 Masihi. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah

Dalam kita memperkatakan mengenai Langkasuka, Eropah juga seperti tidak mahu ketinggalan mahu menceritakan kepada anak cucu mereka mengenai kehebatan bangsa Melayu menubuhkan kerajaan mereka. Di dalam buku yang ditulis oleh Marco Polo, beliau telah menulis mengenai sebuah kerajaan yang sangat masyur di telinga bangsa asing, mengenai sebuah kerajaan di timur jauh yang kaya raya, kerajaan di mana sang rajanya memakai pakaian daripada emas, si wanitanya pula memakai pakaian sutera. Kisah mengenai negara kota yang dibarisi oleh tembok pertahanan berserta pintu gerbang bersalut emas. Bahkan terdapat penemuan mengenai tali pinggang yang dipercayai bersalut emas juga seberat di tapak 27, tapak arkelogi Langkasuka, berupa tali pinggang seberat 7.8kg yang dipercayai pakaian raja-raja silam sebelum Perang Dunia Kedua. Marco Polo telah tertarik untuk melawat Langkasuka ini dan di dalam bukunya, diberi nama Kerajaan Lindungan Bulan.



Lembah Bujang telah dikaji dan dikatakan merupakan tempat asal-usulnya Langkasuka dan Kedah Tua. Kajian juga menunjukan bahawa Lembah Bujang juga merupakan sebagai salah satu kerajaan lama yang penting dalam abad pertama masihi sebagai salah satu persinggahan dalam perdagangan di rantau Asia Tenggara. Malah dikatakan juga, penempatan di Lembah Bujang adalah merupakan satu kerajaan atau negeri yang mempunyai penyusunan masyarakat yang tersusun dan jaringan pertukaran barangan tersendiri dengan menggunakan sungai-sungai sebagai penghubung antara kawasan. Namun, buat masa sekarang kajian telah mendapati bahawa Lembah Bujang sebenarnya aberusia sekurang-kurangnya pada awal 500 TAHUN SEBELUM MASIHI LAGI! KIRA-KIRA 500 TAHUN SEBELUM KELAHIRAN NABI ISA A.S dan 1000 tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.


Nama Langkasuka hilang selepas abad ke-15M ini dan diambil alih oleh nama barunya, Petani atau Patani. Nama Petani atau Patani ini kemudiannya di-Arab-kan menjadi Fatani/Fathani, atau ejaan kami, Fatdani (oleh sarjana Patani terkenal Syeikh Ahmad al-Fatdani pada akhir abad ke-19M). Sejak abad ke-20 nama itu di-Siam-kan/di-Thailand-kan menjadi Pattani. Sesungguhnya antara abad ke-15M hingga abad ke-18M Patani menjadi sebuah kerajaan yang terkenal sehingga menjadi pusat tamadun rumpun Melayu hingga abad ke-20M dengan kemunculan puluhan sarjana agungnya yang bernama akhirnya al-Fatdani seperti Syeikh Daud al-Fatdani (yang termasyhur seantero dunia Islam dan hidup dalam 1769-1847, dan Syaikh Ahmad al-Fatdani (yang terkenal sebagai sarjana polimates sehingga ada yang mengatakan beliau menguasai puluhan bidang ilmu, di samping juga seorang pejuang bahasa dan kebudayaan Melayu sepanjang hidup dalam 1856-1908) yang senarai penuhnya dicatatkan oleh Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ada banyak cerita asal-usul nama negeri Patani seperti daripada “pantai ini”.



Kesimpulan yang boleh kita dapatkan daripada artikel ini adalah sebenarnya Tamadun Kita tersangat-sangat hebat dan mengasyikkan untuk dikaji. Kita disebut oleh Marco Polo dalam kisah pengembaraannya, bahkan dikunjungi lagi oleh Marco Polo. Kemudian, kita diceritakan dalam setiap catatan arab, China, Parsi dan India yang kagum dengan kehebatan tamadun ini. Kita digambarkan sebagai bangsa yang suka bermain dengan emas. Bangsa bercawat di hutankah yang bermain emas? Tidak! Pastinya bangsa yang bertamadun tinggi! Usah mempunyai perasaan rendah diri wahai bangsaku! Kalian sebenarnya hebat! Jangan jadi Melayu Yang Lupa lagi. Kita adalah Melayu yang mengenali asal-usul kita! Kita adalah Melayu yang tidak malu untuk mengaku sebagai Melayu berbanding mereka di luar sana. Malu mengaku Melayu, tetapi memakai baju Melayu, berbudaya Melayu dan BERBAHASA MELAYU!

Saturday, May 23, 2015

PERKARA YANG KORANG DAN AKU MESTI BUAT MASE KECIK2 DULU.....

Mintak biodata kawan2… lpas tu simpan dalam buku

Lukis burung guna huruf M


ikat tuala atau kain pelekat kat leher...
lepas tu...berangan tebang macam superman






melukis matahari di antara dua gunung

Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan di antara bukit. Siap ada mata lagi.

Buat jet kertas

Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni

Buka kipas meja, cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar jd robottttttt...aaaaaaaaaa




Gaduh ngn adik-beradik nak tentukan sape yang tekan butang lif







Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita

Susun kusyen2 sofa kat lantai….lpas tu main perang atau pun buat kubu

Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa cool

Kalau ade pen 4 warna dakwat tu…korang mesti cube nak tekan semua skali serentak kan?? Sbb nak tengok semua kluar kat lubang sekaligus…haha





Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

Lawan permainan meja seperti lawan pemadam,  main ceper, tiup kertas jet smpai paling dekat dngn garisan dan bola sepak kertas

Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu mati








Cuba untuk menyeimbangkan butang lampu, antara on dan off.

Kalau tak siap kerja rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah

Kalau mak korang buat kek….dah siap je bancuh, korang akan ambik sudip ataupun kayu pukul kek tu sbb nak jilat2 blebihan bancuhan kek tu…


Kelas pendidikan seni suka buat pemandangan sawah padi, berpetak-petak kemudian ada sebijik rumah di tengah-tengah.

Kalau berjalan….tak nak pijak jubin warna merah atasupun xnak pijak line lantai tu….nnt takut mati sbb ade lava…haha






Kalau guna warna tak nak tekan sebab takut habis.

Duduk kat kerusi sambil cuba imbangkan kerusi dengan dua kaki belakang kerusi tu je..... lpas tu tengok sape boleh buat paling lame

Sharpener tak boleh tiup sebab takut nnt tumpul.


Naik atas susunan kerusi, lpas tu fikir aku lah RAJA!!

Thursday, May 21, 2015

BENDA, PERKARA, ITEM, PERBUATAN DAN BARANG YANG DIHARAMKAN DI CHINA

CINA ADALAH SEBUAH NEGARA YANG SANGAT BESAR SELEPAS RUSIA, DENGAN KEPADATAN PENDUDUK MENCECAH 1.35 BILLION ORANG, CINA ADALAH NEGARA DENGAN KEPADATAN PENDUDUK PALING TINGGI. TP DALAM DIORANG RAMAI SANGAT NI, ADE JUGAK GENTAR DALAM KERAJAAN CINA....MEREKA AMAT TAKUT JIKA RAKYAT CUBA MENJATUH KERAJAAN....OLEH YANG DEMIKIAN, BANYAK BENDA YANG DIHARAMKAN DI CINA...

ANTARANYA IALAH....

LAMAN SOSIAL

Pada tahun 2009, Facebook telah mendapat terlampau banyak pengguna di Cina, dan kerajaan Cina memutuskan utk melarang laman web ini kerana  takut akan menyebabkan gerakan menggulingkan kerajaan dan rusuhan yang boleh berlaku. Penapisan kerajaan , atau perlindungan syarikat tempatan telah dilakukan utk menapis sebarang perkara yang mencurigakan yg biasanya berkait rapat dengan perkara menggulingkan kerajaan . China mempunyai platform media sosial sendiri yang sebenarnya mempunyai lebih ramai pengguna dari Facebook, tetapi ianya teramatlah ditapis dan dikawal . Bukan Facebook sahaja laman sosial yang tidak dibenarkan di negara ini. Twitter dan Snapchat juga diharamkan.


BUNGA KEMBOJA
Selepas “Jasmine Revolution" di Tunisia pada tahun 2011, Parti Komunis China bimbang akan terdapatnya tempelek yang akan merosakkan parti kuasa mereka. Oleh hal yang demikian, kerajaan Cina telah mengharamkan apa-apa kaitan dengan bunga ini. Anda tidak boleh menjualnya , menanamnya, malah bercakap mengenainya.


ALICE IN WONDERLAND
sastera klasik kanak-kanak ini diharamkan di China. Walaupun cerita imaginatif Lewis Carroll dikritik di Amerika untuk pemaparan penggunaan dadah dan satira politik tp ianya ttp ditayangkan, walaubagaimanapun, China pula tidak suka kisah ini kerana haiwan bercakap. Apabila haiwan menggunakan bahasa manusia , ia nampaknya meletakkan haiwan dan manusia pada tahap yang sama , yang jelas memalukan.


SELEBRITI, VIP, ORANG TERKENAL

Terdapat banyak orang terkenal yang diharamakan masuk ke China. Kerajaan mempunyai toleransi yang sangat rendah apabila ada pihak yang menyokong Gerakan Kemerdekaan Tibet. Harrison Ford dan Richard Gere tidak dapat masuk ke negara ini selepas mereka menyatakan sokongan mereka terhadap Tibet. Brad Pitt pula diharamkan hanya kerana membintangi filem " 7 Years in Tibet. "


FILEM PAWAGAM

Selepas dua minggu mencatat kejayaan yg besar di China, filem " Avatar " telah diharamkan kerana ia telah menjadi terlalu popular dan mengambil keuntungan dr filem-filem tempatan. Walau bagaimanapun, hanya “Avatar 2D” yg diharamkan, dan hanya boleh menikmati filem dalam 3D tp tak logik sbb pawagam 3D ada sikit je. Selain itu, filem seperti Pirate of the Caribbean jg diharamkan. Kerajaan Cina telah menetapkan kuota hanya 34 filem antrabangsa dibenar masuk setiap tahun.


PERJUDIAN
bunyi macam pelik kan....?? Tapi Inilah kenyataan apabila Beijing mengharamkan perjudian pada tahun 1949, dan kasino tidak dibenarkan untuk dikendalikan dimana-mana sahaja di tanah besar Cina. Undang-undangnya begitu ketat sehinggakan pengiklanan kasino berdekatan di negara-negara lain adalah dilarang . Perjudian adalah haram dan tidak dibenarkan di tanah besar China. Itulah sebab mengapa ramai orang Cina pergi kat tempat perjudian di Macau .


Permainan Video Konsol
PS4 dengan Xbox One takde kat Cina??!! mmg terfaktab la budak2 kat sana...!! Haha……Pada tahun 2000 , kerajaan China menggubal undang2 mengenai  larangan keatas semua jenis permainan video konsol. Alasannya adalah untuk mencegah remaja daripada membuang masa dan tidak bekerja.


LAMAN SESAWANG

Lebih daripada 2,701 laman web yang atau telah disekat di tanah besar China di bawah dasar penapisan Internet negara. Laman ini tidak boleh dipakai bagi hal-hal pentadbiran khas. tp tidak pula di Hong Kong dan Macau , sbb kebanyakan undang-undang China tidak dikenakan. bnyak search engine ngn laman web kene baned seperti Google, Yahoo!, Amazon Jepun, Excite , Yomiuri Shimbun , dan Sponichi.


GOOGLE
YouTube telah disekat sejak Mac 2009. Selain itu, Gmail adalah perkhidmatan Google yang hanya boleh digunakan oleh pengawal selia Cina shj.  Pengguna masih boleh mengakses Gmail menggunakan Rangkaian Persendirian Maya ( VPN ), yang mana untuk menggunakanya, bayaran diperlukan supaya membolehkan pelanggan untuk mengelakkan Firewall. Walaupun begitu, Cina telah membuat ejen carian mereka sendiri oleh pakar IT tempatan seperti laman video streaming Youku (bunyi macam Youtube plak kannnnn…haha), Sohu dan iQiyi dimana ianya sangat popular di China.


PENJELAJAHAN MASA (HEHHH….???)
Pernah menonton Back To The Future tak?? lepas korang tengok filem tu, ade tak korang mengambil keputusan untuk menulis semula sejarah, berdasarkan apa yang telah korang tengok? itulah apa yang sebenarnya kerajaan Cina takutkan (hahahaha >___<). larangan sepenuhnya diperkenalakan bg semua rancangan TV dan filem yang ada unsur-unsur perjalanan masa dan contoh filem seperti Lost dan Quantum Leap telah diharamakan.


BUKU
Buku , ada yang boleh dibaca dan ada yang diharamkan, kerana sebelum penerbitan buku, semua buku ini benar-benar ditapis untuk memastikan tiada Artikel yang  mempunyai ceramah kritikal mengenai hak asasi manusia , Tibet atau Parti Komuni. Laporan mengenai kekayaan pegawai China juga dilarang. Buku sering diseludup ke China dimana ia datangnya dari Hong Kong.


INTERNET UNTUK ANGGOTA TENTERA
Kerajaan China mengharamkan penggunaan internet untuk anggota tentera . Tentera hanya boleh menggunakan internet untuk kegunaan berkenaan tentera sahaja. Kegunaan peribadi daripada internet adalah diharamkan, dan tentera adalah dilarang utk pergi ke kafe berinternet. Para anggota tentera juga tidak boleh memiliki komputer , berdating dalam talian, dan menulis blog.


RANCANGAN TELEVISYEN AMERIKA
Warga China suka rancangan televisyen Amerika tp diharamkan banyak rancangan televisyen kegemaran mereka pada awal tahun 2014.NCIS , The Good Wife, dan Teori Big Bang theory adalah contoh2 rancanagan yang diharamakan.


BUNGA API
China mencipta bunga api pada abad ketujuh awal. Bunga api memainkan peranan penting dalam banyak festival tradisional di Cina. Adalah mengejutkan bahawa “funplosians " dilarang daripada budaya Cina. Pada tahun 2008 undang2 ini telah dimansuhkan, nasib baik !


ANJING
Kita semua sedar akan undang-undang " seorang kanak-kanak setiap pasangan " di China. Ia amat malang, tetapi ia juga adalah satu cara untuk mengawal pertumbuhan negara Asia yang padat dengan penduduk . Dengan kadar penurunan kanak-kanak yang mendadak dan untuk mengelakkan rasa sunyi dirumah , anjing telah menjadi sangat popular. Tapi anjing yang digunakan hanya dibenarkan kepada ahli-ahli masyarakat yg sangat elit.